Reflective Report 2
ExCEL Report Activity 1 – SUSKOM ‘19
Pada 18 Februari 2019, saya telah menyertai satu program yang dianjurkan oleh Persatuan
Sains Komputer (PERSAKA) iaitu program sukan sekolah sains komputeran (SUSKOM)
yang diadakan di sekitar kawasan sekolah komputeran. Program ini diadakan selama 6 hari
pada 18 Februari hingga 23 Februari 2019, keenam hari tersebut semua pelajar diberi peluang
untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan seperti E-games, sukaneka, futsal dan sebagainya.
Program ini diadakan untuk membantu pelajar untuk lebih aktif bukan sahaja dalam
akademik malah dalam sukan juga. Selain itu, Suskom juga merupakan salah satu program
yang dinantikan oleh semua pelajar sekolah komputeran kerana ia merupakan satu aktiviti
yang melibatkan semua pelajar untuk lebih aktif malah mereka juga boleh menyertainya
secara percuma. Program Suskom juga mengadakan penjualan baju rasmi program iaitu,
setiap jurusan yang terdapat di sekolah komputeran akan dikategorikan dengan warna pada
baju tersebut contohnya, jika pelajar tersebut dari jurusan kejuruteraan data maka baju rasmi
untuk jurusannya adalah warna merah jambu. Seterusnya, dalam program ini juga memberi
peluang kepada pelajar untuk menjadi peserta atau krew dalam setiap aktiviti yang diadakan,
setiap penyertaan pelajar dalam program tersebut akan diberi penghargaan berbentuk sijil.
Oleh itu, setiap penyertaan pelajar amat digalakkan kerana setiap aktiviti yang mereka sertai
akan diberi merit atau kuota dalam senarai aktiviti utm. Dalam pada itu, saya juga ada
menyertai salah satu aktiviti yang terdapat dalam program suskom ini, iaitu sukaneka.
Sukaneka ini memerlukan pendaftaran sebanyak 12-ringgit untuk satu kumpulan. Aktiviti
sukaneka memerlukan 6 orang ahli sahaja untuk satu kumpulan dan ia tidak terhad untuk satu
jurusan sahaja malah terbuka untuk semua jurusan. Dalam pada itu, sukaneka juga ada
dibahagikan kepada beberapa mini aktiviti seperti membawa bola ping pong dalam sudu,
permainan baling selipar dan sebagainya. Lebih – lebih lagi, sukaneka merupakan salah satu
aktiviti yang mempunyai jumlah penyertaan yang banyak dan juga setiap jurusan dari sekolah
komputeran mengambil bahagian untuk aktivit seperti ini. Hal ini kerana, sukaneka
merupakan aktiviti yang santai dan meyeronokkan untuk kita sertai dan juga ia mampu
membantu pelajar untuk melepaskan tekanan daripada pembelajaran buat seketika.
Permainan sukaneka merupakan aktiviti yang dilakukan pada hari terakhir untuk program
Suskom dan permainan ini diadakan dia sekitar kawasan sekolah komputeran pada waktu
pagi. Sebelum itu, saya merupakan salah satu kumpulan yang mewakili jurusan saya dan
dianggotai oleh beberapa rakan saya iaitu Alia, Batrisyia, Syazwani, Emylinda dan Athirah.
Keenam – enam kami dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan berlawan dengan
kumpulan yang terdiri daripada jurusan yang berbeza.
Pada hari kejadian, kami berkumpul di dataran sekolah pada waktu pagi untuk pendaftaran
dan juga sedikit taklimat mengenai permainan sukaneka ini. Selain itu, sebelum memelukan
permainan ini kami semua melakukan sedikit senaman ringan untuk mengelakkan daripada
kekejangan otot sewaktu permainan berlangsung, seusainya senaman tersebut kami semua
berbaris dalam kumpulan dan permainan sukaneka ini dimulakan. Sepanjang permainan ini
dilangsungkan, suasana sangat meriah dan semua pelajar yang terlibat terhibur dengan
aktiviti yang disediakan.
Nilai yang saya perolehi daripada sepanjang program Suskom ini ialah semangat
bekerjasama, semangat kesukanan dan juga kemahiran berkomunikasi dengan rakan
sepasukan. Hal ini demikian, ketiga – tiga nilai tersebut sangat memberi impak yang besar
kepada saya sewaktu program ini diadakan, lebih – lebih lagi, nilai semangat kesukanan yang
membuak-buak dalam diri. Semangat kesukanan merupakan nilai yang baik yang perlu kita
terapkan dalam diri kita, kerana dengan adanya semangat ini kita akan lebih bersemangat
untuk menang dalam permainan sukaneka malah ia juga menyuntik diri kita untuk lebih aktif
dan juga cerdas. Hal ini kerana, permainan sukaneka memerlukan kita untuk menggunakan
tenaga fizikal kita berbanding menggunakan tenaga dalaman (mental) kita. Selain itu,
semangat untuk bekerjasama kerana dalam permainan ini kita bermain secara berkumpulan
dan setiap ahli kumpulan sangat memainkan peranan yang penting dalam memenangi
permainan sukaneka walaupun hakitkatnya kumpulan saya kalah pada ketika itu. Di samping
itu, kemahiran komunikasi saya boleh diperbaiki sepanjang permainan ini kerana ketika
permainan itu berlangsung kita bukan sahaja berinteraksi dengan kumpulan kita sahaja malah
dengan pelajar lain. Hal ini kerana, program suskom ini mampu memberi peluang dan juga
tempat untuk kami terutama saya berinteraksi malah berjumpa dengan pelajar daripada
jurusan yang lain dari saya. Setersunya, nilai ini sangat penting kepada diri saya sendiri
kerana saya merupakan pelajar yang gemar bercakap dengan orang saya tidak kenal, oleh itu
dengan adanya program suskom ini, ia dapat memberi saya sedikit ruang untuk berinteraksi
dengan pelajar lain.
Ketiga-tiga nilai yang saya perolehi ini sangat berkait rapat dengan saya seperti kemahiran
komunikasi ini memerlukan saya untuk bercakap di hadapan orang ramai malah ia juga dapat
membantu saya untuk lebih berkeyakinan bila melakukan sesuatu perkara yang melibatkan
sata untuk berinteraksi dengan orang ramai. Selain itu, komunikasi juga amat penting untuk
saya bagi mengelak daripada berlakunya salah faham dan bertengkar dengan orang lain.
Selain itu, komunikasi juga penting untuk kerana dengan adanya kemahiran ini saya akan
lebih difahami oleh orang ramai dengan cara pertuturan yang lebih efektif dan jelas. Begitu
juga dengan nilai yang lain seperti semangat bekerjasama kerana setiap manusia memerlukan
bantuan daripada orang lain kerana manusia itu saling bergantung antara satu sama lain.
Kerjasama merupakan perbuatan atau sikap yang dilakukan untuk mencapai tujuan yang
sama dan ia juga mampu membuat sesuatu benda dengan lebih mudah. Selain itu, melalui
nilai bekerjasama ini saya berasa lebih bertanggungjawab kerana saya akan sentiasa untuk
melakukan yang terbaik untuk tugasan yang diberi seperti menyiapakan tugasan dengan
tempoh masa yang ditetapkan. Seterusnya, kesan daripada kerjasama ini mampu dikaitkan
dengan sifat prihatin, sifat ini dapat ditimbulkan dalam diri saya malah orang lain juga kerana
ia akan mendetik perasaan untuk menolong rakan yang berada dalam kesusahan, hidup ini
usahlah kita menindas orang malah memberi bantuan itu lebih baik. Dalam pada itu, apa
yang boleh dikaitkan dengan nilai kerjasama ini dengan saya ialah saya lebih menghargai
pendapat orang lain, kerana dalam pasukan atau kumpulan yang kita bekerja masing – masing
mempunyai pendapat yang berlainan. Oleh itu, amat penting untuk kita terutamanya saya
untuk mendengar pendapat rakan yang lain dan bertukar idea untuk memudahkan sesuatu
tugasan atau kerja yang diberi.
Semangat kesukanan merupakan nilai yang jarang saya terapkan dalam diri saya, kerana saya
bukan pelajar yang aktif dalam sukan mahupun permainan. Hal ini kerana, keluarga saya
amat menitikberatkan akademik berbanding sukan di awal peringkat pengajian lagi. Justeru
itu, melalui program suskom ini saya mampu menerima malah menerapkan semangat
kesukanan dalam diri saya. Apa yang boleh saya kaitkan nilai ini dalam diri saya ialah dapat
memupuk semangat perpaduan kerana setiap pelajar yang menyertai aktiviti sukaneka ini
tidak terdiri daripada kaum melayu sahaja malah daripada pelbagai kaum. Hal ini kerana,
sikap tolak ansur malah saling menghormati dapat diwujudkan antara pelajar. Ini juga
merupakan sahsiah yang terpuji malah pelajar mampu berinteraksi antara satu sama lain tanpa
ada sekatan. Selain itu, semangat untuk bersukan ini mampu mengaitkan dengan minda yang
cerdas serta badan yang sihat. Oleh yang demikian, apabila saya menyertai sukaneka ini ia
dapat menjadikan badan saya sihat sekaligus dapat mengelakkan diri daripada penyakit.
Setersunya, saya dapat melatih minda saya untuk lebih cerdas mahupun aktif kerana saya
percaya dengan bersukan boleh memberikan fokus terhadap pembelajaran di dalam kuliah
dengan lebih baik. Di samping itu, semangat kesukanan merujuk kepada merujuk kepada
kebajikan seperti keadilan, kawalan diri, keberanian,dan kegigihan, dan telah dikaitkan
dengan konsep interpersonal melayan orang lain dan menjadi dilayan dengan adil, menjaga
kawalan diri jika berhadapan dengan yang lain, dan menghormati pihak berkuasa dan lawan.
Akhir sekali, kesemua nilai yang saya perolehi amat diperlukan untuk masa hadapan saya
terutama dalam alam pekerjaan. Seterusnya, peringkat universiti merupakan peringkat awal
untuk saya mengilap semua kemahiran yang boleh saya dapati melalui program yang
sebegini. Tiada perkara yang saya rasa ingin ubah malah saya amat gembira menerimanya
kerana ia merupakan satu pengalaman dan juga aktiviti yang menyeronokkan. Pada pendapat
saya, acara seperti suskom adalah acara wajib yang mesti dilakukan oleh PERSAKA kerana
ia adalah aktiviti yang baik untuk pelajar dan sangat membantu pelajar untuk melepaskan
tekanan mereka dalam tempoh pengajian. Lebih-lebih lagi, suskom juga mengembangkan
semangat kesukanan dalam diri saya yang saya rasa itu adalah sifat-sifat baik yang ada pada
setiap pelajar memerlukannya. Sekalung penghargaan kepada penganjur kerana bijak
membuat program seperti ini walaupun hanya setahun sekali akan tetapi ia merupakan
program yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pelajar. Lebih – lebih lagi, program seperti
ini mampu memberi ruang kepada pelajar untuk lebih bersosial dan berinteraksi dengan
pelajar yang lain, dan juga mampu memberi peluang pelajar menonjolkan bakat mereka
dalam aktiviti dan permainan yang dianjurkan oleh penganjur untuk pelajar. Setiap pelajar
yang terlibat boleh dikatakan mendapat banyak kebaikan dan juga input yang berguna dan
diboleh pakai untuk masa hadapan kelak. Oleh yang demikian, maka ini refleksi atau laporan
saya mengenai program suskom ini, banyak input yang saya dapat malah kesemua aktiviti
yang saya sertai rata-ratanya sangat menghiburkan. Dalam masa yang sama, saya juga dapat
melepaskan tekanan pembelajaran melalui program seperti kerana ia membuat saya leka
seketika mengenai akademik saya yang kini makin serabut. Akhir kata, nilai atau atribut yang
diterapkan amat berguna dan mampu memberi impak yang baik untuk diri saya dan juga
pelajar yang lain. Saya percaya, program seperti ini memang tujuannya untuk menghiburkan
pelajar dan mengetenegahkan minat pelajar terhadap aktiviti bersukan seperti E-games yang
kini menjadi kegilaan pelajar dan mahasiswa kita sekarang.