Kemahiran Kesarjanaan dan Warga Global
Laporan Mini:
Penglibatan saya dalam program ini adalah secara sukarela dan saya berasa bertuah kerana dapat menyertai program ini. Saya telah melibatkan diri dalam beberapa aktiviti sewaktu program dijalankan. Selain daripada itu, kami bersama rakan-rakan disana banyak berkongsi pengalaman yang berbeza dan ilmu yang baru yang tidak dapat dirasai di kampus masing-masing. Itulah pertama kali saya menyertai program sedemikian dan banyak manfaat yang diperoleh.
Atribut siswazah yang dapat diperoleh menjadi warga global yang bersifat kesarjanaan. Walaupun ianya dilihat sebagai suatu lawatan delgasi, tetapi pada saya ia membuka minda saya terhadap cabang sains komputeran yang lebih luas. Sewaktu sesi perkongsian, kami banyak bertanya mengenai subjek yang dipelajari dan yang baru buat kami dengari. Selain daripada itu, terdapat bidang yang menarik seperti rekaan permainan game dan subjek IT yang diketengahkan adalah sangat menarik. Rata-rata daripada yang melakukan perkongsian oleh mereka mempunyai purata nilai gred yang tinggi jad bagi mereka walaupun mereka aktif dalam bidang kokurikulum namun akademik tidak diabaikan. Aura pemikiran warga global dapat dirasai dan dikongsikan sewaktu program dijalankan.
Saya berasa gembira apabila dapat menyertai program delegasi di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka. Program ini merupakan program anjuran Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA) dan mereka berkolaborasi dengan FICTS di UTem untuk membuat perkongsian ilmu disana. Kehadiran kami di Melaka disambut baik oleh mereka. Kami dibawa melawat ke fakulti mereka dan merasakan sendiri pengalaman belajar sesuatu yang tidak ada di fakulti kami. Selain daripada itu, kami juga beramah mesra dengan lebih dekat bersama mereka dan dibawa ke tempat-tempat menarik disekitar UteM. Pada sebelah malamnya, secara kebetulan mereka mengadakan aktiviti di kolej mereka jadi kami dapat menyertai pelbagai aktiviti disediakan disitu. Kami juga tidak melepaskan peluang dibawa melawat di sekitar Bandaraya Melaka.
Refleksi Kendiri:
Kesan daripada program delegasi sekolah, saya dapat menimba banyak ilmu pengetahuan sekaligus melahirkan pemikiran yang bersifat global dan intelektual. Ianya juga dapat menjadikan saya seorang pelajar yang ingin berfikir diluar kotak mengenai apa sahaja masalah yang dihadapi. Pengalaman yang diperoleh juga sangat bernilai dan jarang sekali untuk diperoleh.
Kekuatan yang dapat saya ketengahkan adalah untuk berada diluar zon selesa. Saya banyak membuat kenalan baru dan melalui ilmu juga saya berkongsi pendapat. Bukan hanya dengan pelajar UTeM malah saya juga membuat kenalan dengan senior di fakulti saya yang tidak pernah bertemu. Ini dapat memberi kelebihan kedapa saya untuk saya sentiasa mendapatkan nasihat dan pandangan daripada yang lebih berpengalaman. Sejak daripada itu, saya banyak berkawan dengan pelajar diluar bidang sendiri.
Cabaran yang diperoleh sewaktu program dijalankan adalah untuk merapatkan jurang diantara dua persatuan daripada dua universiti yang berbeza. Walaupun secara dasarnya kami datang daripada fakulti yang sama, namun hendak mencari keserasian pada awalnya agak sukar. Namun setelah beberapa sesi bersama, kami dapat atasi masalah itu. Segala perasaan segan dan malu diketepikan selepas sesi ice breaking bersama.