dinamika malaysia

pembangunan sosial dalam hubungan etnik

  • Pembangunan sosial merupakan suatu proses pembangunan yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia dan sistem sosialnya.
  • Ia berhubung kait dengan dasar, program dan aktiviti yang menjurus kepada pengisian nilai dan pembangunan budaya yang dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Dalam konteks Malaysia, pembangunan bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian ekonomi dan pembangunan fizikal, tetapi ia mesti diintegrasikan dengan usaha-usaha dan program untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional

dasar kebudayaaan kebangsaan (DKK)

is.jpg.6
  • pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menjadi garis panduan dalam usaha membentuk satu bangsa yang bersatu dan mempunyai identiti negara, serta dapat mencirikan keperibadian bangsa Malaysia yang unik dan unggul.
  • Dalam masyarakat majmuk budaya juga menjadi faktor pembentukan jati diri bangsa atau negara dan sumber perpaduan kaum.
  • matlamat: menyatupadukan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum.
  • strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat Negara, dan sebagainya.

reflection

berdasarkan apa yang saya pelajari, saya mendapati:

  • dasar yang diwujudkan merupakan satu program dan aktiviti yang menjurus kepada pengisian nilai dan pembangunan budaya yang dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
  • pada asalnya, dasar kebudayaan kebangsaan(DKK) diwujudkan untuk membentuk semangat jati diri banga dalam kalangan masyarakat majmuk.
  • bagi menstabilkan dan meningkatkan taraf hudup masyarakat kerajaan mewujudkan dasar pembangunan sosial(DSN)
Details

dasar sosial negara (DSN)

  • Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
  • matlamat penubuhan: Dasar ini telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 19 Ogos 2003 dan bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
  • terdapat dua objektif:
    Objektif Umum

    • Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

    Objektif Khusus

    • Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni.
  • Tiga skop penting DSN:
    • Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
    • Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
    • Islam menjadi unsur penting