dinamika malaysia

pembangunan politik dalam hubungan etnik

  • memfokuskan tentang perkembangan kegiatan nasionalisme orang Melayu dan kegiatan politik bukan Melayu sama ada yang diiktiraf ataupun yang tidak diiktiraf oleh pihak penjajah British dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan.
  • perkembangan politik Tanah Melayu disemarakkan dengan kesedaran nasionalisme yang berasaskan kaum yang didorong oleh dasar ‘pecah dan perintah’ British sendiri.

parti politik berasaskan kaum

parti kebangsaan melayu malaya (PKMM):

  • ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak oleh Ahmad Boestamam
  • Matlamat: menentang penjajahan dan penindasan politik. Mereka menerbitkan akhbar Suara Rakyat untuk menyalurkan idea perjuangan mereka.

angkatan pemuda insaf (API) dan angkatan wanita sedar (AWAS):

  • API ditubuhkan pada tahun 1946 yang membawa matlamat ‘Merdeka dengan Darah’ yang membawa haluan sosialis Melayu. Pemimpin API yang paling aktif ialah Ahmad Boestamam.
  • AWAS ditubuhkan di Perak pada tahun 1946 yang membawa fahaman sosialis wanita Melayu dan hanya bertahan sehingga tahun 1948 sahaja. Ketua yang pertama ialah Aishah Ghani.

Hizbul Muslimin:

  • pengasas utama parti ini ialah Ustaz Haji Abu Bakar al-Baqir. Parti ini bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu yang merdeka. Pertubuhan ini telah dibubarkan dan pada tahun 1951, golongan ini telah menubuhkan Parti Islam Se-Malaya (PAS).

united malays national organization (UMNO):

  • Di tubuhkan pada 11 mei 1946 oleh Dato Onn bin Jaafar
  • Matlamat: memelihara kepentingan, memaju dan memperbaiki keadaan orang Melayu
  • UMNO telah mendapat sambutan padu daripada semua negeri dan mempunyai 39 bahagian menjelang tahun 1951

parti komunis malaya (PKM), idelogi komunisme:

  • ditubuhkan pada bulan April 1930
  • menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya dan hampir keseluruhan ahli PKM merupakan masyarakat Cina

 

 

persatuan politik-politik awal

kesatuan melayu singapura:

  • Kesatuan Melayu Singapura (KMS) di tubuhkan oleh Mohd. Eunos Abdullah pada tahun 1926 dan seterusnya kesatuan-kesatuan negeri yang lain pada tahun 1930-an.
  • tujuan penubuhan: menggalakkan orang Melayu supaya mengambil berat terhadap perkembangan negeri serta kemajuan orang Melayu dalam bidang politik dan pendidikan.

kesatuan melayu muda:

  • Penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1937 oleh golongan nasionalis yang berpendidikan Melayu serta dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia telah memperlihatkan pertubuhan politik yang bersifat agresif.
  • Diasaskna oleh Ibrahim Haji bin Haji Yaakob
  • Matlamat penubuhan: memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dari kolonial British, mengkritik raja-raja Melayu yang gagal melindungi hak dan kepentingan orang Melayu daripada penindasan dan seterusnya melahirkan semangat kebangsaan yang meluap-luap.

reflection

  • seperti yang kita ketahui pembangunan politik berlaku sejak zaman dahulu lagi. di mana,ia lebih menekankan semangat nasionalisme orang Melayu dan kegiatan politik bukan Melayu sama ada yang diiktiraf ataupun yang tidak diiktiraf oleh pihak penjajah British dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan.
  • semangat patriotik haruslah di praktiskan dalam diri seseorang individu khususnya kepada golongan muda, yakni golongan muda merupakan tonggak kepada kemajuan sesebuah negara.
Details