ciri-ciri masyarakat
terdapat 7 ciri-ciri masyarakat:
- Masyarakat terdiri daripada manusia yang hidup dalam satu kumpulan
- Masyarakat melahirkan kebudayaan
- Masyarakat berubah
-
Masyarakat saling berhubungan
- Masyarakat mempunyai kepimpinan
- Stratifikasi sosial
- Sistem sosial
ciri-ciri budaya
- Dipelajari
- Dikongsi
- Diwarisi
- Berubah
- Sejagat
- Simbolik
- Sistem perlembagaan
- Pola dan Berstruktur
Text
ETNIK:
Ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.
ETNISITI:
Etnisiti merujuk kepada gabungan pelbagai sifat dan komponen yang kebiasaannya dimiliki oleh kumpulan etnik (Smelser, 1988). Etnisiti merangkumi perkongsian kepercayaan, norma, nilai, keutamaan di Dalam kumpulan, ketaatan dan menyenangi kelompoknya sendiri.
ETNOSENTRISME:
Satu tanggapan bahawa kumpulannya adalah yang terbaik berbanding dengan kumpulan yang lain. Ini mengakibatkan kegagalan untuk menerima pandangan orang daripada kumpulan lain. Contohnya seperti dalam sistem kasta, golongan Brahmin menganggap diri mereka adalah suci dan mulia. Oleh itu mereka tidak boleh bergaul
dengan kasta lain, sebagai contoh, individu yang datang daripada kasta Sudra.
JARAK SOSIAL:
Jarak sosial merujuk kepada pengasingan secara fizikal atau emosi antara individu yang mempunyai perbezaan tanggapan. Jarak sosial boleh wujud akibat sikap negatif terhadap kelompok lain. Kewujudan jarak sosial disebabkan oleh ketiadaan interaksi sosial di antara kelompok kerana perbezaan tempat tinggal, pekerjaan, bahasa, agama, adat resam dan perbezaan etnik.
INTERGRASI:
Integrasi ialah penyatuan antara kelompok yang berbeza tetapi hidup di bawah sistem pemerintahan yang sama. Setiap kelompok hidup bersama secara aman tanpa mengira latar belakang dan bebas mengamalkan budaya masing-masing. Integrasi boleh berlaku melalui proses akomodasi, akulturasi dan asimilasi.
AKOMODASI:
Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Dalam perkataaan lain, akomodasi juga dikenali sebagai situasi menang-menang (win-win situation) di mana kedua-dua pihak yang bertentangan pendapat atau matlamat akan memperoleh faedah daripada satu matlamat baru yang telah dibina secara bersama dan kolektif.
ASIMILASI:
Asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan kebudayaan masyarakat yang berbeza-beza untuk membentuk satu kebudayaan serta identiti masyarakat yang baru. Asimilasi boleh mendatangkan dua jenis kesan yang berbeza.
reflection
berdasarkan apa yang saya pelajari, saya mendapati:
- pembentukan asas sesebuah kaum dapat di wujudkan apabila terdapat persefahaman di antara individu.
- walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, namun wujud sebuah persefahamn dan ikatan silaturrahim yang utuh di antara semua kaum tanpa melibatkan isu-isu sensitif. seperti, agama dan sebagainya.
Add comment