My Activities

Semester 1

Machine Learning with Python

Date: 16 November 2019 

Time: 9.00 am - 2.00 pm

Venue: MP1, N28A

I had attend one program that held by PERSAKA to students who wants to learn machine learning which is Python. I was so excited to learn about it. Python is one of programming language and it is very helpful for me if I know how to coding it. The only programming language that I know for now is C++. So, I want widen my knowledge in programming language by attending this program besides to get merit UTM also. We learn so many thing especially on how to do coding, how to save the file and understanding what is data science. 

WhatsApp Image 2019-12-20 at 11.33.47 PM (1).jpeg    WhatsApp Image 2019-12-20 at 11.33.47 PM.jpeg

Details

FASFEST 2.0

Date: 15 November 2019

Time: 9.00 am - 12.00 pm

Venue: Dewan Al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail, UTM

 

     Saya telah menghadiri satu bicara ilmu yang berkaitan dengan falak dan astronomi. Tujuan program ini dijalankan untuk mendalami dengan lebih dalam tentang ilmu astronomi. Antara tajuk yang dibincangkan dalam bicara ilmu tersebut ialah Gerhana Matahari Cincin Tanjung Piai. Gerhana matahari cincin akan berlangsung pada 26 Disember 2019 dan kawasan yang mendapat keberangkalian untuk melihat gerhana cincin ini ialah di Singapura, Tanjung Piai dan Sarawak. Manakala di kawasan lain pula akan mengalami gerhana separa. Tajuk yang kedua ialah Gerhana Matahari Separa Mac 2016. Tajuk yang seterusnya ialah Gerhana Matahari: Pengalaman Agensi Angkasa Negara iaitu suatu tajuk yang menceritakan pengalamna mereka mengembara ke seluruh negara untuk menyaksikan gerhana matahari dan merakam detik itu. Tajuk yang terakhir ialah Gerhana Matahari: Fenomena 20 tahun sekali.

gerhana cincin.jpg

 

 

Details

Kursus Asas Bela Diri Wanita 5.0

Date: 30 November 2019

Time: 8.00 am - 4.30 pm

Venue: Dewan Seri Alam, Kolej Tun Fatimah

     Kursus Asas Bela Diri Wanita atau KABDW 5.0 telah dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Gayung UTM.  Kursus ini di jalankan untuk mengajar individu terutamanya wanita untuk mempertahankan diri sekiranya dalam keadaan bahaya. Program dimulakan dengan ucapan daripada pihak polis tentang jenayah yang pernah direkodkan dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku situasi yang sama. Setelah itu, proses pembelajaran bermula dengan tenaga pengajar menunjukkan beberapa kaedah dan cara untuk melawan musuh. Kemudian kami akan berlatih untuk mendapatkan kaedah yang betul. Program diakhiri dengan sesi bergambar dan cabutan bertuah.

 DSC_0371.JPG             DSC_0365.JPG

Details

Iftar 3in1 KTDI 2019

Date: 16 Disember 2019

Time: 6.30 pm - 8.45 pm

Venue: Surau MA3 KTDI

Kelab Iqra UTM dengan kerjasama KTDI dan Kelab Gen-i telah mengadakan iftar 3in1 iaitu iftar, tazkirah dan solat hajat. Tujuan program ini dijalankan sebagai satu ibadah kepada umat Islam untuk berpuasa sunat pada hari Isnin. Selain itu, solat hajat dilakukan untuk menghadapi peperiksaan akhir pada bulan Januari 2020. Satu ceramah telah diadakan dengan tajuk 'Muslimkah aku?' untuk memberi kesedaran kepada orang Islam sama ada kita benar-benar menjadi orang Islam atau hanya Islam pada nama. 

iftar.jpg

Details