Tamadun Asia dan Tamadun Islam

Refleksi kendiri mengenai TITAS

Refleksi

Refleksi yang saya dapat semasa mempelajari subjek ini ialah dapat menjadi iktibar kepada kita tentang gemilangnya masyarakat Islam dan tamadun Asia lain dahulu dalam semua aspek kehidupan. Dengan mempelajari sejarah Tamadun Islam akan menjadikan umat Islam memahami kehendak Islam yang sebanar seterusnya membuka hati umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam seterusnya mengembalikan maruah umat Islam. Manakala bagi masyarakat yang lain turut dapat menuntut suatu sistem hidup yang berteraskan nilai sejagat, sederhana dan progresif, serta dapat diterima oleh semua pihak. Dengan mempelajari TITAS, kita juga dapat mempelajari pengalaman serta kebijaksanaan orang tamadun dahulu dan da[patlah memupuk keharmonian masyarakat serta menghadapi cabaran dalam realiti hidup yang serba mencabar dewasa ini. Pembelajaran TITAS turut memberikan kefahaman yang padu bagi pelajar berkaitan sejarah, prinsip, nilai  serta aspek utama pengajian ketamadunan di Malaysia dan oleh itu dapat membina pengetahuan, kefahaman dan sikap toleransi dalam kalangan pelajar yang dari latar belakang yang majmuk dan berbilang. Bukan begitu sahaja, generasi muda yang berpengetahuan, berfikiran matang serta sensitif terhadap isu-isu ketamadunan kontemporari juga dapat dilahirkan di samping pengukuhan jati diri dalam kalangan mereka dapat diberi penekanan melalui kursus TITAS ini.

Dengan adanya subjek ini, saya juga dapat berkomunikasi dengan masyarakat tempatan melalui projek luar yang kami jalankan pada awal semester. Subjek ini bukan sahaja mengajar saya tentang sejarah lama tamadun, malah ia megajar erti kehidupan bermasyarakat di kalangan kita.