UHAK 1012 Graduate Success Attributes

by CHENG SHIN WEI
Tags: GSA

GSA report

Name : Cheng Shin Wei

Matrix NO: A18CS0046

Masalah dalam pendaftaran kursus Bahasa Jepun di UTM

                Akademik Bahasa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah pusat latihan mengajar bahasa dan kebudayaan Jepun kepada mahasiswa dan mahasiswi di UTM. Banyak mahasiswa dan mahasiswi UTM tertarik kepada kursus Bahasa Jepun yang ditawarkan kerana ingin mempelajari budaya dan Bahasa Negara Jepun. Malangnya, Kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi menghadapi masalah dalam pendaftaran kursus ini. Antara masalah yang kerap berlaku adalah tidak tahu tarikh mendaftar bahasa asing, tiada dalam senarai pemilihan kursus UTM E-learning dan kursus bahasa asing telah penuh didaftar.

               Setelah mendapati kesukaran ini, saya telah bertemui dengan Profesor Kumaraguru A/L Ramayah, Penyelaras Program Bahasa Jepun. Dalam aktiviti temu bual dengan Profesor Kumaraguru, saya diberitahu bahawa kursus Bahasa Jepun diajar oleh tenaga pengajar dari pusah pengajian tinggi dari negara berkenaan. Sesi yang dibuka untuk mengajar Bahasa Jepun adalah terhad, biasanya tiga kelas bagi satu kod yang sama dan bilangan pelajar yang diambil bagi satu kelas adalah sebanyak 30 orang. Maka, banyak mahasiswa dan mahasiswi akan berebut untuk mendaftarkan kursus ini. Beliau juga mengatakan banyak mahasiswa dan mahasiswa merayu kerana keinginan dalam mendaftarkan subjek ini. Beliau mengatakan bahawa penambahan kelas bagi subjek ini kurang berkesan kerana kesukaran dalam menyusun atur masa dengan pensyarah dan juga lokasi yang terhad. Hal ini demikian kerana lokasi yang lain digunakan oleh kelas bahasa asing yang lain dan kekurangan dalam pensyarah mengajar Bahasa Jepun.

               Beliau mengatakan bahawa mahasiswa harus peka terhadap tarikh-tarikh pendaftaran kursus ini kerana kursus bahasa asing tidak disenaraikan dalam e-learning pra-pendaftaran kursus seperti mana kusus-kursus umum setiap fakulti. Mahasiswa dan mahasiswi kena mencari melalui kod kursus tersebut iaitu SLAJ1122. Pendaftaran online kursus bahasa asing bergantung kepada “siapa dahulu dia dapat” dan mahasiswa diingatkan bahawa tidak perlu mendapatkan tandatangan pensyarah atau Penyelaras Kursus Bahasa Asing sekiranya seksyen kursus yang ditawarkan masih belum penuh.

               Beliau juga mengatakan bahawa beliau akan memohon kerjasama fakulti pelajar untuk memaklum dan memastikan pelajar mendaftar secara atas talian semasa pra-pendaftaran kursus dan pendaftaran sebenar. Penasihat akademik pula perlu prihatin bagi menasihatkan pelajar bahawa sesuatu kursus bahasa asing hanya ditawarkan sekali sahaja pada satu sesi untuk setiap fakulti dan kegagalan pelajar mendaftar pada semester atau sesi sepatutnya boleh memberi kesan kepada semester bergraduan. Beliau juga mengatakan bahawa dua minggu sebelum pendaftaran kursus bahasa asing, notis pendaftaran kusus bahasa asing akan dipaparkan di papan kenyataan setiap fakulti dan mengharapkan mahasiswa dan mahasiswi mengambil perhatian dalam perkara ini.

               Saya ingin berucap ribuan terima kasih kepada Profrsor Kumaraguru yang sanggup meluangkan masa memberi peluang kepada saya untuk membincangkan masalah ini. Saya juga menhadapi masalah dalam mendaftarkan kursus ini disebabkan kami lambat mendapatkan maklumat berkaitan tarikh pendaftaran kursus. Selepas ini, saya akan mengambil berat terhadap notis yang dipaparkan di papan tanda di fakulti perkomputeran.

Details

Graduate Success Attributes- Thinking skill

Title: Thinking skill

Date: 3 October 2018

Lecturer name: Nurul Aini Binti Mohd Ahyan

 

Reflection:

Today section, Dr Nurul Aini want to train our thinking skill. We are required to answer the question set by her without refering any source:

1. Why red is brighter than yellow?

2. Why AirAsia cheaper than MAS?

3. What is the most important? Shirt or pant?

These question are not about true or false but it just want us to think about it...  To test how creative you are.

 

 

Details

Graduate Success Attributes- Adaptability skill

Title: Adaptability skill

Date: 5 December 2018

Lecturer name: Nurul Aini Binti Mohd Ahyan

 

Reflection:

This lesson is about how we gonna adapt to the situation of the people or respondent. We must emphasize with the people, stand on their view and figure how or what they think. This skill provide us a chance know well to the situation of somebody. As an exercise I been required to write the view of a resident who just facing the problem of building collapsion.

Details