SBEG1443- Research Nexus Project

WhatsApp Image 2019-11-17 at 2.21.10 PM.jpeg
             Pada 17 november 2019, Dr Hawani telah menjemput wakil daripada pihak biosekuriti untuk berkongsi tentang penyakit pokok seperti PRSV dan Papaya Dieback yang sering dijangkiti oleh betik, layu bakteria dan layu fusarium yang sering dijangkiti oleh pokok pisang dan mati rosot dan reput buah yang sering dijangkiti oleh pokok nangka. Antara input input yang dikongsikan ialah faktor penting dalam pengawasan, panduan pengawasan pokok dan cara mengenal pasti penyakit daripada pokok.

            Pada 28 November 2019, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 4/5 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan dibahagikan data2 yang berbeza. Kumpulan kami telah memperolehi data berkaitan penyakit betik pada januari hingga September 2019 oleh unit biosekuriti tumbuhan iaitu berkaitan penyakit prsv dan dieback. Oleh yang demikian,kami perlu menganalisis data tersebut untuk dipaparkan dalam peta. Data tersebut berkaitan pokok betik yang ada di seluruh daerah negeri johor,bacaan koordinat,jangka hayat tanaman,luas kawasan tanaman dan keadaan pokok. Kumpulan kami telah melakukan beberapa penyesuaian data bagi memastikan keseragaman dalam membentuk peta yang baik menggunakan perisian ArcGIS.

KAEDAH KAJIAN
Berikut adalah kaedah kajian dan perisian yang digunakan semasa menganalisis data.
Aplikasi yang digunakan: Microsoft excel, ArcGIS
Kaedah kajian;
i.mengatur semula data ke dalam Microsoft excel.
ii. mengekstrak data digital koordinat betik(x,y) dari excel ke dalam ArcMap
iii.mengeksport data digital berkaitan peta Malaysia ke dalam ArcMap.
iv.memilih data yang perlu ada di dalam peta seperti daerah johor,dan beberapa negeri.
v.mewujudkan layer baru berkaitan penyakit betik.
vi.memproses data.
vii.menghasilkan peta.


CABARAN YANG DIHADAPI SEPANJANG MENGHASILKAN SEBUAH PETA DAN CARA PENYELESAIAN.
CABARAN PENYELESAIAN
1.Sukar mengekstrak data yang diberi ke dalam ArcMap. -menukarkan data dalam bentuk excel
-menggabungkan semua data dalam satu file excel.
-membuat penyesuaian data yang bertindih.
2.Tidak dapat membezakan antara pokok betik yang sihat dan berpenyakit di dalam peta. -mengasingkan dua file data penyakit di dalam excel iaitu file berkaitan penyakit betik prsv dan penyakit dieback.
Seterusnya,ekstrak ke dalam arcmap.

3. Memberi nama tajuk yang sesuai berkaitan peta penyakit. - semua ahli kumpulan berbincang mengenai tajuk peta iaitu “ taburan lokasi bancian penyakit betik pada januari hingga september 2019”.

4. Memilih warna peta -memilih warna peta yang sesuai seakan akan peta dunia.
-tidak memilih banyak warna kerana ia dapat mengelirukan penilai.
5. Membuat field baru - mengeksport data untuk membuat field baru dan generalize field di layer arcmap.
6. Menyelaraskan label menggunakan arcmap -menukarkan label kepada anotasi (annotation)
-menyeragamkan saiz label
7. Menyelaraskan penggunaan bahasa dalam peta - memilih satu bahasa untuk digunakan dalam peta(B.melayu/B.inggeris)
8. Mencari ciri-ciri di dalam arcmap yang tidak diketahui seperti menukarkan warna latar belakang peta. -menguunakan sumber YouTube sebagai rujukan .
9. Keluasan kawasan peta negeri johor tidak tepat -menggunakan geoprocessing dalam arcmap(clip) untuk membuang kawasan yang tidak terlibat

10. Melabelkan lokasi pokok betik dalam peta -mengeksport data dari csv sebelum membuat perlabelan
11. Data pokok tidak berada di dalam lokasi yang sebenar -data tersebut diabaikan kerana faktor ralat yang disebabkan oleh manusia dalam mengambil bacaan koordinat

 

perjumpaan.jpg
Kami mengadakan beberapa kali perjumpaan untuk untuk berbincang tentang peta yang akan kami hasilkan supaya mengikut kriteria yang betul.

2.jpg.1

Pada minggu berikutnya, Dr Hawani meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja yang telah dilakukan pada rakan sekelas yang lain. Dr Hawani memberi peluang kepada setiap orang untuk mengundi untuk mencari tiga kumpulan yang terbaik dalam penghasilan peta.

3.jpg
Kumpulan kami mendapat tempat ketiga dalam penghasilan peta dan menerima cenderamata daripada Lecturer kami iaitu Dr Hawani

4.jpg
Berikut merupakan hasil peta daripada kumpulan kami. Dr telah memberi sedikit komen dan memberi peluang kepada kami untuk membuat penambaikan sebelum dibentangkan di hadapan pihak biosekuriti.

 

5.jpg
Pada 19 Disember 2019, Dr Hawani telah menjemput pihak biosekuriti sekali lagi untuk membentangkan hasil kerja kami. Pembentangan berjalan dengan lancar.

 

6.jpg
Hasil peta yang telah kami baik pulih untuk diberikan kepada pihak biosekuriti.

 

Kesimpulannya, daripada projek ini kami dapat belajar cara menggunakan apikasi Arcmap dengan lebih mendalam kerana banyak fungsi-fungsi dalam aplikasi Arcmap yang kami guna untuk menghasilkan peta. Selain itu, kami dapat belajar untuk bekerja dalam kumpulan dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek.