ExCEL REPORT 1 : LAPORAN TENTANG PROGRAM PENGENALAN KEPADA KELAB IQRA UTM

Nama Program:  Introduction to Kelab Iqra Programme

Tarikh:  17 September 2018

Tempat:  Bilik Meeting Fakulti Sains

Penganjur:  Kelab Iqra UTM

 

LAPORAN TENTANG PROGRAM PENGENALAN KEPADA KELAB IQRA UTM

 

1.0       Laporan ringkas.

Pada 8 September 2018, Kelab Iqra utm telah mengadakan satu majlis bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja menyertai kelab tersebut. Program tersebut dijalankan bertujuan sebagai langkah di dalam memastikan ahli-ahli baru tahu identiti Kelab Iqra. Didalam program ini juga boleh dilihat di mana ahli-ahli baru turut diterapkan dengan atribut-atribut penting seperti `adaptability’, `leadership’ dan juga membantu dalam mendidik ahli-ahli baru dalam semangat berpasukan. Aktiviti yang dijalankan banyak dijalankan secara berkumpulan di mana setiap aktiviti yang dilakukan adalah berunsurkan keagamaan bersesuaian dengan wawasan kelab tersebut 'Wawasan bersama membina generasi AlQuran'. Ahli-ahli baru dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti bersama di sini bermulanya sesi penerapan atribut `adaptability’ dan semangat berpasukan kerana setiap ahli perlu berkerjasama dalam menjayakan setiap tugasan yang diberikan. Walaupun aktiviti hanya berunsurkan keagamaan namun menyediakan aktiviti yang menarik malahan aktiviti yang dijalankan juga mendorong dalam mencapai matlamat utama program tersebut. Aktiviti didalam kumpulan diakhiri degan ucapan daripada pengerusi kelab iqra sendiri iaitu Al Fadhil Ustaz Prof. Madya Dr Ajmain bin Safar. Di mana di dalam ucapan beliau banyak menyedarkan para pelajar di dalam memupuk semangat kepimpinan.

2.0       Refleksi diri.

Saya sebagai ahli baru di dalam kelab iqra tersebut amatlah bangga kerana dapat meluangkan masa saya di dalam program pengenalan kepada kelab iqra yang diadakan di salah satu bilik seminar di fakulti sains. Program tersebut merupakan program pertama yang saya jalani setelah memasuki alam universiti, di mana program ini banyak memberikan impak kepada diri saya dan juga ahli-ahli baru yang lain. Aktitviti yang dijalankan secara berkumpulan dapat meningkatkan semangat berkumpulan di dalam diri saya. Seperti yang telah dijangka oleh saya disebabkan program itu merupakan program pertama saya semasa belajar di UTM, saya agak risau untuk menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar lain kerana masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza dan tidak mengenali antara satu sama lain. Namun aktiviti yang dijalankan dapat membantu saya dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan mengenali orang-orang yang baru. Saya berharap agar impak yang diberikan ini dapat saya pratikkan walau di mana saya berada atau mungkin semasa menempuh dunia pekerjaan kelak.

 

 

 

3.0       Lampiran

WhatsApp Image 2020-05-27 at 23.21.37.jpegWhatsApp Image 2020-05-27 at 23.21.36 (2).jpegWhatsApp Image 2020-05-27 at 23.21.37 (1).jpegWhatsApp Image 2020-05-27 at 23.21.36 (4).jpeg