ExCEL REPORT 2 : LAPORAN TENTANG PERKONGSIAN BERKENAAN TOPIK KESEIMBANGAN PELAJAR DALAM PENGURUSAN PERSATUAN DAN PELAJARAN

Nama Program:  Sesi bual bicara berkenaan topik Keseimbangan Pelajar Dalam Pengurusan Persatuan Dan Pelajaran

Tarikh:  16 April 2020

Tempat:  platform Facebook Students’ Union Task Force UTM

Penganjur:  Students ' Union Task Force UTM

 

 

LAPORAN TENTANG PERKONGSIAN BERKENAAN TOPIK KESEIMBANGAN PELAJAR DALAM PENGURUSAN PERSATUAN DAN PELAJARAN

 

1.0   Laporan ringkas.

 

Pada 16 April 2020 lalu, Students ' Union Task Force UTM telah menganjurkan Sesi Bual Bicara bersama Prof. Dr. Zaidatun Tasir, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM (FSSK UTM).Sesi Bual Bicara ini buat julung kalinya diadakan secara maya melalui platform Facebook Students’ Union Task Force UTM dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada mahasiswa/i UTM. Pelbagai tips dan perkongsian yang sangat menarik diberikan oleh Prof. Dr. Zaidatun mengenai topik Keseimbangan Pelajar Dalam Pengurusan Persatuan Dan Pelajaran.Ini merupakan salah satu inisiatif pihak SUTF bagi menyemarakkan lagi Students’ Empowerment dalam kalangan mahasiswa/I UTM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) sejak 18 Mac 2020. Antara tips yang dapat saya gariskan daripada Prof. Dr. Zaidatun didalam menyeimbangkan pengurusan persatuan dan pelajaran dalam diri pelajar adalah sentiasa menghargai masa. Beliau berkata selain mengbahagi masa dengan bagus, menghargai masa adalah sangat penting didalam rutin harian pelajar. Beliau juga menyentuh tentang kemahiran-kemahiran yang penting bagi seseorang pelajar boleh pelajari semasa melakukan aktiviti persatuan di luar waktu pembelajaran yang boleh dipraktikkan apabila menceburi bidang pekerjaan.

2.0   Refleksi diri.

 

Daripada sesi bual bicara tersebut, dapat saya simpulkan bahawa menyertai aktiviti persatuan sebenarnya menyumbang begitu banyak impak positif kepada pelajar. Saya yang sudah tahun 2 di UTM amat kurang meminati untuk menyertai mana-mana persatuan di UTM kerana risau akan mengganggu pembelajaran saya, namun begitu amat rugi jika saya lepaskan peluang di mana dengan menyertai persatuan-persatuan di UTM, saya dapat meningkatkan kriteria-kriteria pentig seperti kebolehan berkomunikasi dengn yakin, memupuk semangat berkumpulan, melatih diri daripada menahan tekanan emosi malah ia juga dapat melatih diri saya dalam kehidupan bersosial. Melalui pesanan daripada beliau juga, saya akan lebih menghargai masa yang saya ada dengan sebaik-baiknya disamping saya menguruskan masa saya untuk menyeimbangkan waktu bagi pembelajaran dan aktiviti persatuan. Seperti contoh saya akan membuat sedikit latihan apabila mempunyai masa lapang dan bukan hanya berehat sepanjang hari. Atribut-atribut yang dijelaskan oleh beliau juga sebenarnya amat berguna kepada saya untuk saya menenpuh bidang pekerjaan pada masa akan datang.

3.0       Lampiran.

1 (2).jpg2.png