ExCEL REPORT 3 : Perkongsian tentang tajuk Perlukah Kemahiran Teknikal Selain Ijazah?

Nama Program:  Perkongsian tentang tajuk Perlukah Kemahiran Teknikal Selain Ijazah?

Tarikh:  26 April 2020 (Ahad)

Tempat:  platform Facebook UTM Career Centre, UTM Johor Bahru

Penganjur:  UTM Career Centre, Jabatan TNCHEP

 

 

LAPORAN TENTANG PERKONGSIAN BERDASARKAN TAJUK PERLUKAH KEMAHIRAN TEKNIKAL SELAIN IJAZAH

 

1.0       Laporan ringkas.

Pada 26 April 2020 lalu, UTM Career Centre daripada Jabatan TNCHEP telah menganjurkan suatu sesi perkonsian oleh Dr. Zool Hilmi bin Mohamed Ashari, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Sesi perkongsian ini diadakan secara maya melalui platform Facebook UTM Career Centre, UTM Johor Bahru dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada mahasiswa/i UTM. Perkongsian beliau adalah berdasarkan tajuk ‘Perlukah Kemahiran Teknikal Selain Ijazah?’ Beliau berkongsi bagaimana kemahiran teknikal yang merupakan salah satu kemahiran pekerjaan yang diperlukan dalam pasaran kerjaya khususnya bagi mendepani Revolusi Perindustrian 4.0. Selain itu beliau menekankan dimana ilmu dan kemahiran perlu sentiasa ditingkatkan mengikut perkembangan dan keperluan. Dr Zool juga membahaskan bagaimana keperluan teknikal selain ijazah berdasarkan empat perspektif iaitu perubahan ekonomi, `emerging collar workforce`, kadar pengangguran dan juga permintaan terhadap `job creator`. Perkongsian beliau sangat menarik di mana membantu para mahasiswa untuk bersedia dalam menghadapi dunia pekerjaan kelak. Beliau juga memberi contoh kemahiran-kemahiran teknikal yang diperlukan oleh para graduasi terutamanya dalam bidang teknologi maklumat (ICT).

2.0   Refleksi diri.

Melalui perkongsian Dr Zool Hilmi, dapat saya simpulkan sememangnya menyedarkan saya betapa penting kemahiran teknikal untuk menmpuhi dunia pekerjaan kelak. Hal ini secara tidak lansung membuatkan saya untuk menyertai  aktiviti-aktiviti yang diadakan di UTM yang boleh meningkatkan kemahiran teknikal saya seperti contoh, bengkel Excel, bengkel IT atau bengkel-bengkel yang boleh menolong saya didalam meningkatkan kemahiran saya. Kemahiran-kemahiran seperti ini tidak dapat diperoleh jika hanya menghadiri kelas akademik malah bengkel-bengkel yang diadakan adalah salah satu jalan untuk meningkatkan kemahiran itu. Saya percaya jika saya mempunyai kemahiran-kemahiran asas tersebut, saya akan lebih yakin akan diri saya untuk menempuh dunia pekerjaan. Hal ini juga akan menjadi satu kelebihan bagi saya kerana mempunyai kemahiran teknikal selain ijazah secara tidak lansung juga ia dapat memjadikan saya seorang yang produktif dan berkualiti. Perkonsian daripada Dr Zool amatlah berguna untuk mahasiswa/I untuk persediaan mereka pada masa depan di dalam menempuh dunia pekerjaan.

3.0 Lampiran

4.jpg5.jpg