CCSL

WELCOME TO

CENTRE FOR CO-CURRICULUM & SERVICE LEARNING

(CCSL)

Details

Pengenalan CCSL

Pusat Kursus Kokurikulum & Pembelajaran Servis (CCSL) telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1992 bertujuan untuk mengendalikan penawaran kursus kokurikulum berkredit kepada mahasiswa yang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa berikutan dengan kursus kokurikulum telah menjadi syarat wajib untuk pengijazahan.

Mahasiswa UTM yang mengikuti program Diploma disyaratkan mengambil dan lulus satu (1) kredit manakala; Mahasiswa UTM yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda disyaratkan mengambil dan lulus dua (2) kredit bagi memenuhi syarat pengijazahan. Penawaran kursus kokuriklum berkredit oleh CCSL telah dimulakan pada (Julai 1992) Semester I, sesi pengajian1992/1993

 

Peranan CCSL :

 

  1. Menguruskan kursus ko-kurikulum berkredit (2 kredit).
  2. Mengurus dan menyelaras kursus pembelajaran servis (service learning).
  3. Mengurus dan melantik jurulatih/tenaga pengajar kursus ko-kurikulum berkredit dan pembelajaran servis dan melaksanakan program latihan (TOT) .
  4. Menyediakan polisi dan memantau pelaksanaan kursus ko-kurikulum berkredit serta menerajui penambahbaikan kursus ko-kurikulum.
  5. Menyelaras dan memantau pelaksanaan kursus umum universiti.

Struktur Organisasi CCSL

Details

Matlamat :

Untuk menggalakkan interaksi di kalangan mahasiswa dalam usaha untuk membantu Universiti melahirkan graduan yang boleh menyesuaikan diri dan bekerjasama

Alamat :

Alamat :

Pusat Ko-Kurikulum & Pembelajaran Servis

Pejabat Pengajian Prasiswazah

Blok L52, Universiti Teknologi Malaysia,

81310 UTM, Johor Bahru, Johor

 

Telefon :

+607 - 55 32284 / 32287 / 32290 / 37336

 

Emel :

ccsl.ugs@utm.my

Lab Komuniti Pembelajaran Servis UTM

Details

Co-CSL

APA ITU ‘Co-CSL’  ?

 

Co-Curriculum Service Leaning’ atau Ko-Kurikulum Pembelajaran Servis merupakan kursus ko-kurikulum berkredit yang melibatkan aktiviti secara praktikal untuk memperkasa kemahiran insaniah mahasiswa dalam berkongsi pengetahuan yang diperoleh bersama masyarakat.

 

Mahasiswa diberi pendedahan untuk memperoleh pengalaman secara berstruktur melalui aktiviti 'service learning' yang dijalankan dengan mengenalpasti keperluan masyarakat, mencadangkan projek bersesuaian, melaksanakan projek komuniti dan seterusnya melakukan refleksi terhadap aktiviti tersebut.

 

Kursus Ko-Kurikulum yang ditawarkan di UTM dibahagikan kepada 4 kluster seperti berikut:

4 cluster kursus KoQ.jpg

 

Carta Aliran Kerja Co-CSL & ASL

 

carta alir kerja CoCSL & ASL.jpg

ASL

APA ITU ‘ASL’  ?

 

Academic Service Learning’ atau Akademik Pembelajaran Servis merupakan penggabungan objektif pembelajaran akademik dengan khidmat komuniti bagi memberi pengalaman pembelajaran yang progresif dengan menyelesaikan permasalahan sebenar dalam komuniti dan berteraskan Love, Happiness and Mutual Respect. Ia amat berkesan bagi pembinaan watak dan personality, pembangunan kemahiran teknikal dan kemahiran social seperti yang dihasratkan dalam PPPM(PT) 2015-2025

 

poster asl.jpg

 

poster asl 2.jpg