Proram Jati Diri & Program Jiwa Murni
RSS
Tarikh :26 mac sehingga 31mac 2020
Tempat : KD Sultan Ismail
Jawatan: Pegawai Kadet
em tahunan fomdex untuk Pegawai Kadet PALAPES Laut Tahun 1 Fasa 1 bagi Pegawai Kadet Palapes Laut Universiti Teknologi di jalankan di Pularek Tldm tanjung pengelih, pada 26 mac sehingga 31 mac 2019 yang lepas.Kem ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik,bekerjasama serta kepimpinan dalam kumpulan.Pada masa ini,kawan-kawan saya tengah menikmati cuti semester dimana hampir 1 minggu bercuti,ketika itu saya mempunyai latihan hampir selama 1 minggu.Ketika itu,saya tekad pada diri saya untuk menghabiskan latihan fomdex ini yang dipanggil Fizikal orientated Mental Development Exercise.
Pada hari sebelum latihan bermula,kami dihimpunkan di markas palapes laut dimana subby2 diperkenalkan pada masa itu.selepas itu,kami diberi taklimat tentang minggu fomdex ini.contohnya,baju hendaklah seragam,tidak boleh mempunyai benang terkeluar.pada malam itu,kami selalunya minum air sebanyak 1.6 liter untuk esok sambil memperkenalkan diri masing-masing.
Pada hari kejadian , Pegawai Kadet PALAPES LAUT Tahun 1, 2 dan 3, telah berangkat pergi ke Pularek Tldm, ketika itu saya berasa berdebar tapi saya paksakan diri untuk meneruskan juga kem fomdex itu. Pada hari pertama, kami telah membina satu khemah dan juga jurulatih meminta kami membuat rak dari kayu ambik dari hutan.selain itu, pada hari itu juga kami juga diberi satu ilmu dimana cara-cara solat ketika perang.Kesokkan harinya, seperti biasa kami dikehendaki melakukan aktiviti pagi dikenali sebagai ema(early morning activity) dan pelbagai acara telah kami sertai contohnya berkayak di pularek adalah pengalaman paling manis saya. Selain itu, kami juga ada membuat kerja kebajikan dimana kami dikehendaki membuat kerja amal dengan membersih kawasan kampong dan menggalakkan penduduk kampong bermesra dengan kami.
Pelbagai aktiviti dan ilmu yang saya pelajari, yang saya tidak mendapat lupakan adalah berkayak di Pularek dan menikmati ema iaitu latihan sekitar pularek tldm. Walaupun penat, ia amat berbaloi sekali kerana bukan semua dapat berlatih di dalam kem Pularek tldm di tanjung Pengelih.