PROJEK BERSAMA DOA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada 15 Disember 2021, kami telah diagihkan kepada 10 kumpulan termaksud seksyen 1 dan seksyen 2 bagi subjek pelajaran prinsip sains maklumat geografi. Saya telah diagihkan untuk menyertai kumpan E bagi seksyen 1. Perkara ini telah dilakukan setelah kami tamat menghadiri satu webinar bersama Puan Normala tentang penerangan berkaitan dengan MyGAP. Kumpulan saya terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan. Dalam pada masa yang sama kami sekelas telah diberikan tugasan untuk membantu dan bekerjasama dengan Jabatan Pertanian bagi daerah Batu Pahat bersama Puan Normala.
Perkara pertama yang diminta oleh pensyarah kami ialah, kami telah diminta untuk mencari dan memilih tugas masing masing yang telah diamanahkan kepada kami. Perbincangan telah dilakukan secara dalam talian. kami telah sebulat suara memberikan pendapat terhadap tugas masing masing yang bakal digalas. Saya diberi tanggungjawab untuk menjadi 'data analyst' di dalam kumpulan ini. Dr Hawani telah memberikan kami satu set data untuk kami terjemahkan dan membuat satu data yang baru untuk kegunaan kami. Kami sekelas telah berganding bahu dalam mengagihkan tugasan untuk membuat satu data yang baru dalam satu Excel yang baru.
Setelah mendapat data dari pensyarah kami, kami telah memilih tajuk yang bersesuaian. Perbincangan tajuk telah di lakukan dan kami telah diminta untuk menukar tajuk pilihan kami kepada satu tajuk yang lebih baik dan berguna untuk Jabatan Pertanian daerah Batu Pahat ini.
Seterusnya saya kami telah memberikan data yang telah lengkap yang mana kami dikehendaki untuk menukarkan koordinat yang diberikan dalam format WGM84 kepada RSO. Dalam waktu ini kami menggunakan kemudahan Google Maps untuk mencari beberapa kawasan dan penggunaan epsg.io untuk menukarkan format koordinat. Setelah kami melakukan satu data baru, kami telah menyerahkan bahan ini kepada Muhammad Hazi selaku cartographer dalam kumpulan kami. Dalam masa yang sama, kami berdua telah membetulkan beberapa kesalahan koordinat dan akhirnya semua telah diselesaikan.
Pada masa pembuatan peta, kami satu kempulan telah memberikan beberapa pendapat dan menolong Hazi dalam menyelesaikan masalah. Satu peta akhir telah dihasilkan oleh kami yang mana ia belum di cadang penambahbaikan oleh kedua pensyarah kami bagi subjek ini iaitu Dr.Hawani dan Dr. Faisal. Setelah diberikan cadangan, kami telah menambah baikan peta kami.
Pada hari pembentangan kami bersama DOA, kami telah diberikan satu cadangan untuk menambah satu nilai pada petunjuk peta kami dan akhirnya kami telah diminta untuk turut memberikan penilaian kepada kumpulan lain terhadap peta yang telah dihasilkan oleh mereka. Sekian, itu sahaja daripada pengalaman saya dalam mengendalikan projek ini bersama ahli kumpulan saya yang lain. Saya berharap agar projek ini dapat membantu dan membuka minda saya dalam bidang pekerjaan ini pada masa depan.