Sesi Pasukan Badan Beruniform Bersama Ketua Polis Johor Dan Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Komandan Suksis Utm

Sesi Pasukan Badan Beruniform Bersama Ketua Polis Johor Dan Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Komandan Suksis Utm

Program ini ialah program dilaksanakan oleh pelatih Kor SUKSIS UTM. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada masyarakat tentang ilmu kepolisan dan mengeratkan hubungan antara pasukan uniform yang terdapat di UTM.
  • Tarikh : 22 OKTOBER 2019
  • Tempat: Dewan Alumni UTM
  • Penganjur : Suksis UTM & Alumni UTM
  • Jawatan : Naib Setiausaha

 

Program Sesi Pasukan Badan Beruniform Bersama Ketua Polis Johor ini telah dilaksanakan pada 22 oktober 2019 bertempat di Dewan Alumni UTM anjuran Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Alumni Universiti Teknologi Malaysia melibatkan badan beruniform seperti Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat, PALAPES Laut,Kor Siswa/Siswi  Pertahanan Awam (SISPA) dan Persatuan Pengakap Kelana.

Selain itu, program ini dapat membentuk nilai disiplin, integriti dan membentuk jati diri pelajar. Program yang melibatkan badan beruniform ini amatlah sewajarnya diperkukuhkan lagi pelaksanann dengan modul latihan yang lebih baik kerana dengan adanya program sebegini dapat melatih pelajar menggunakan saluran yang betul bagi berkomunikasi dengan pihak atasan dan mendapat maklumat secara terus melalui pertanyaan secara berhadapan kepada pihak badan beruniform seperti anggota PDRM sendiri

Saya merupakan naib setiausaha bagi program tersebut. Banyak perkara baru yang dipelajari oleh saya antaranya cara untuk berkomunikasi mengikut protokol kepolisian,penulisan laporan dan mini mesyuarat. Peluang yang diamanahkan kepada saya amat saya hargai.

IMG_1338.JPG.jpg

 

 
 
 
Details