LAPORAN AKTIVITI 2

YOUTH POWER CARNIVAL

YOUTH POWER CARNIVAL 2020

Karnival ini ialah anjuran Seketeriat Rakan Muda UTM yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Durrishah bt Idrus. Bersesuaian dengan slogan "Better Future Start From Us", program ini adalah untuk memberikan galakan kepada mahasiswa bahawa mereka adalah peneraju masa depan negara.

  • Tarikh : 12-14 MAC 2020
  • Tempat : TAPAK CCSL UTM
  • Penganjur: SEKETERIAT RAKAN MUDA UTM
  • Jawatan: UNIT PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti pertandingan e-games, pertandingan mewarna kanak-kanak sekolah, pertandingan kumpulan muzik, derma darah, bengkel, dan ceramah kecantikan yang disampaikan oleh Tyra Kamaruzzaman. Di samping itu, sebanyak 42 gerai jualan yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan telah dibuka. Program ini berjaya mencecah anggaran 1500 orang pengunjung setiap hari sepanjang program berlansung.

GRADUATE ATRRIBUTE:

-Adaptibility

-Communication Skill

-Entreprising

-Leadership and Teamworking Skills

Skop tugas:

  1. Menjadi penghubung semua jemputan.
  2. Menghantar surat jemputan kepada perasmi majlis, mendapatkan pengesahan jemputan dan menjemput jemputan pada malam majlis.
  3. Menghubungi PA artis jemputan untuk membuat perbincangan mengenai topik ceramah dan bayaran.
  4. Menjemput guru sekolah sebagai juri aktiviti mewarna.
  5. Menyediakan merit pendaftaran pelajar dan menguruskan pendaftaran setiap aktiviti.

Malangnya program hanya dapat dilaksanakan selama dua hari sahaja atas faktor Covid-19. Kami terpaksa membatalkan semua aktiviti yang telah dirancang dan akur dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan universiti. Artis-artis jemputan yang terlibat telah sampai seperti Kucaimars, Tyra Kamaruzzaman dan Haze tetapi aktiviti bersama pada malam kedua terpaksa dibatalkan. Walaupun, artis-artis tidak sempat membuat persembahan dan memberi ceramah tetapi kami terpaksa membayar kerana mereka telah sampai ke UTM. Kami juga terpaksa membayar ganti rugi kepada semua penjual kerana mereka telah membayar sewa tapak jualan untuk tiga hari program tetapi dapat berniaga selama dua hari sahaja. Pekeliling yang dikeluarkan secara tiba-tiba membuatkan penjual-penjual marah kepada kami sebagai penganjur. Sebagai penganjur kami hanyalah pelajar yang terpaksa akur dengan arahan pihak pengurusan universiti. Bagi mengurangkan kerugian penjual-penjual, kami terpaksa membuat satu tindakan drastik iaitu memberi merit kepada pelajar-pelajar yang datang membeli di tapak jualan.

Youth Power Carnival telah memberikan satu pengalaman baru dengan cabaran yang besar kepada kami. Program yang terpaksa dibatalkan serta merta menyebabkan pelbagai masalah perlu kami tempuhi dan selesaikan. Kami agak kecewa dengan pihak pengurusan universiti yang tidak turun membantu ketika arahan untuk mengosongkan tapak CCSL dikeluarkan. Pengarah program terpaksa memberitahu sendiri kepada penjual-penjual. Ketika pemberitahuan dibuat berlaku ketidakpuasan hati kerana mereka inginkan kenyataan rasmi dari pihak pengurusan universiti. Kami dimarah dengan ayat yang agak kasar.  Pihak pengurusan universiti mengambil masa agak lama untuk turun ke tapak CCSL bagi membuat penjelasan. Penat lelah yang kami lalui selama beberapa bulan untuk menjayakan program ini tidak berjaya sampai ke penghujung. Air mata yang turun membasahi pipi semua ahli jawatankuasa menggambarkan kekecewaan dan kesedihan pada ketika itu. Virus dan wabak penyakit adalah di luar kawalan kami. Saya sangat bersyukur menjadi salah seorang ahli jawatankuasa kerana pengalaman menguruskan Youth Power Carnival adalah sangat bernilai.

 

Unit P&P - Nurnadwatul _page-0001.jpg

WhatsApp Image 2020-12-30 at 19.05.38.jpeg

Details