LAPORAN AKTIVITI 1

MAJLIS AMANAT BERSAMA KOMANDAN DAN PENGENALAN AHLI MAJLIS TERTINGGI INDUK KOR SUKSIS UTM 2020/2021

MAJLIS AMANAT BERSAMA KOMANDAN DAN PENGENALAN AHLI MAJLIS TERTINGGI INDUK KOR SUKSIS UTM 2020/2021

Majlis ini dianjurkan untuk mendengar amanat dari komandan iaitu ACP K/S Prof. Dr. Durrishah bt. Idrus kepada pelatih dari skuad super senior, senior dan intermediate untuk mengadaptasikan diri dengan norma baru sepanjang PKPP dan pengenalan ahli majlis tertinggi induk bagi tahun 2020/2021 yang mana perlantikannya telah dijalankan secara atas talian.

  • Tarikh : 23 September 2020
  • Tempat : WEBEX
  • Penganjur: SUKSIS UTM
  • Jawatan: Unit Protokol 

Graduate Attributes:

-Adaptibility

-Communication Skill

-Leadership and Teamworking Skills

Saya selaku ahli jawatankuasa unit protokol telah melakukan tugas seperti menguruskan hal jemputan tetamu dan bertanggungjawab untuk menyediakan surat jemputan tetamu. Surat jemputan dihantar melalui dua medium iaitu melalui e-mel dan whatsapp. Selain itu, kami bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perjalanan program supaya mengikut tentatif dan berjalan dengan lancar. Ayat hebahan dan notis makluman kepada pelatih di bawah tanggungjawab kami untuk disemak sebelum disiarkan di semua platform media sosial rasmi KOR SUKSIS UTM. Saya sebagai ketua bersama seorang ahli jawatankuasa menjalankan tugas ini bersama-sama.

Sebelum majlis dijalankan, terdapat beberapa masalah yang mengganggu kelancaran majlis iaitu ;

  1. Ahli jawatankuasa tidak membuat "follow up" dengan tetamu jemputan.
  2. VVIP tidak membaca email yang dihantar seminggu lebih awal.
  3. Tentatif perlu diubah kerana kehadiran jemputan tidak tetap.

Semasa majlis dijalankan, terdapat beberapa masalah yang mengganggu kelancaran majlis iaitu ;

  • VVIP lewat menghadiri majlis dari masa yang ditetapkan.
  • Ahli jawatankuasa teknikal telah memberi arahan supaya memulakan majlis tanpa menunggu ketibaan VVIP, maka majlis berjalan dengan tidak mengikut tentatif yang sepatutnya.
  • Mikrofon pengacara majlis rosak semasa ketibaan VVIP sehingga ke hujung majlis menyebabkan semua ajk risau kerana tiada pengganti pengacara majlis. Seorang ahli jawatakuasa tugas-tugas khas bertindak menjadi pengacara majlis secara bidan terjun.

Kesimpulannya, majlis berjaya dilaksanakan mengikut protokol kepolisan yang telah ditetapkan oleh jurulatih. Walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi semasa majlis tetapi dapat diselesaikan dengan cepat. Kerjasama semua ahli jawatankuasa yang ringan tulang memberi bantuan kepada unit lain membuatkan majlis berjalan dengan lancar. Majlis yang diuruskan dan diadakan secara atas talian memberi cabaran baru kepada kami. Ketidakstabilan internet adalah di luar kawalan ahli jawatankuasa walaupun raptai telah dijalankan beberapa kali sebelum majlis. 

 

WhatsApp Image 2020-12-30 at 18.16.50.jpeg

WhatsApp Image 2020-12-30 at 18.16.50 (1).jpeg

Details