KAYAK

k.jpg

 

REFLEKSI AKTIVITI BERKAYAK

  • TARIKH: 24/2/2020 (ISNIN)
  • MASA: 2:00 P.M-5:00 P.M
  • TEMPAT: TASIK PUSAT KESIHATAN UTM

Secara keseluruhan aktiviti berkayak pada hari isnin yang lalu berjalan dengan sangat baik dan teratur. Pada permulaan ketika pembahagiaan kumpulan menjadi sedikit kekocohan kerana setiap dua orang yang berpasangan hendaklah menggabungkan lelaki dan perempuan atau dua orang pelajar yang terdiri daripada berlainan kos. Oleh faktor keselesaan dan kepercayaan kepada rakan pengajar memberi peluang untuk membuat pemilihan sendiri. Walaupun cuaca tidak begitu baik di pertengahan aktiviti namun semua pelajar tetap berseronok dan berjaya mengikut segala arahan pengajar. Dari segi keselamatan,semua peralatan yang dibekalkan seperti jaket keselamatan,pendayung kayak dan kayak rekreasi dalam keadaan yang selamat untuk digunakan oleh pelajar. Pengajar yang memberi tunjuk ajar pada hari tersebut menerangkan perkara asas dan kemahiran yang diperlukan untuk berkayak dengan begitu terperinci dan jelas untuk diikuti dan dilaksanakan.

Bagi saya yang pertama kali mencuba aktiviti berkayak, melalui pengalaman pertama saya pada hari tersebut banyak perkara yang boleh dibaiki contohnya mengenai pakaian bersesuaian,komunikasi antara rakan dan asas berkayak. Pakaian bersesuaian misalnya saya lihat ada yang hanya memakai selipar. Kasut bertutup penting kerana kita tidak tahu apa yang ada dalam kayak dan di dalam air. Kedua,komunikasi antara rakan di atas kayak ketika mendayung sangat penting kerana untuk membelok ke kiri misalnya kedua-dua orang perlu mendayung di sebelah kanan ke belakang jika tidak kayak tidak akan membelok ke kiri. Asas berkayak mudah untuk di dapat tetapi satu hari aktiviti dalam masa dua jam,banyak perkara boleh dipelajari lagi contohnya isyarat menggunakan pendayung. Lagi satu aktiviti memanaskan badan dijalankan seblum berkayak tetapi selepas berjayak sesi menyejukkan badan tidak dijalankan oleh pengajar mungkin disebabkan hujan yang agak lebat ketika itu.

Dalam masa dua jam berkayak tersebut saya rasa tidak puas biarpun agak memenatkan. Mungkin aktiviti ini boleh dilakukan dalam masa sehari iaitu seperti klinik berkayak. Ditambahkan modul contohnya ketika pembahagian kumpulan boleh diadakan sesi “ice-breaking” supaya tiada jurang antara pelajar dan pelatih. Seterusnya,sesi “water-confident” dijalankan setelah sesi memanaskan badan agar pelajar yang dapat mengatasi ketakutan dalam air dan serta tahu untuk menyelamatkan diri jika kayak terbalik dan jatuh. Selesai perkara di atas kita teruskan dengan aktiviti berkayak di mana sambil berkayak akan diajarkan isyarat yang digunakan dan sebagainya. Di akhir klinik setelah semua diajar mungkin boleh diadakan pertandingan berbentuk demonstrasi atau perlumbaan jarak dekat berkayak.

Saya rasa aktiviti berkayak ini perlu diteruskan kerana banyak kebaikan yang diperoleh. Pertama semangat berpasukan,contohnya ketika hendak mengangkat kayak kudrat dua orang perempuan tak mampu namun pada hari kejadian dengan pertolongan rakan sekelas yang lain tanpa berkira semua dapat dilakukan dengan mudah.Seterusnya,komunikasi dua hala sesame rakan pasukan,rakan sekelas dan pengajar. Untuk menjayakan aktiviti di atas air dalam keadaan terbuka komunikas iberkesan antara dua pihak amat penting pada hari kejadian kerjasama dari semua memudahkan lagi aktviti tersebut. Selain itu, apa yang saya lihat disebabkan pensyarah todak dapat sertai pada saat akhir pelajar berjaya untuk menyusun sendiri dan menuruskan dengan sangat baik. Akhir sekali,kemahiran untuk berfikir ketika dalam kedaan kritikal contohnya ketika melalui terowong pendayung tidak boleh digunakan bagaimana hendak menggerakkan kayak. Semua yang diperoleh pada hari tersebut amat membantu kami sebagai seerong mahasiswa/mahasiswi bersedia untuk menghadapi cabaran selepas habis belajar.

Jika diberi peluang lagi saya akan membuat dengan lebih baik dari segi mengatasi ketakutan. Sejujurnya pada permulaan saya agak gementar dan takut kerana saya tidak pandai berenang. Perkara-perkara negatif seperti bagaimana jika kayak terbalik dan kalau lemas siapa akan tolong. Setelah menjalani aktiviti berkayak saya berjaya mengatasi ketakutan itu. Selain itu,kepercayaan kepada rakan di mana saya agak sangsi dengan rakan pasukan. Saya berpasukan dengan rakan sekelas yang sama kos atas faktor kepercayaan tersebut. Oleh itu, mungkin pada masa akan datang saya perlu berani mengambil cabaran untuk berpasukan dengan orang yang tidak dikenali.

Saya rasa sangat seronok walaupun agak memenatkan badan. Saya bangga dengan diri saya yang berjaya menyesuaikan diri dengan air tasik yang agak busuk di mana saya sedaya upaya mengehadkan percikan air. Semua saling membantu ketika mengangkat kayak dan membasuh pendayung yang digunakan tidak mengira siapa yang menggunakan alatan tersebut. Semua sangat berdisplin dan teratur semasa aktiviti dijalankan. Tiada jurang perbezaan bangsa biarpun berlainan bahsa dituturkan ketika berkayak. Ketika cheers semua bersemangat walaupun dalam hujan. Saya berjaya mewujudkan satu jaringan kenalan yang lebih luas di samping menyihatkan tubuh badan.

 

 

i.jpg