1. PEMBINAAN TANGGAM ( AMALI 4)
Tanggam lekap bajang ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada hujung kayu yang kedua. Ia merupakan tanggam siku yang paling kuat, pin ini dibuat menyerupai bentuk ekor burung. Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1:6. Tanggam ini digunakan untuk pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang. Tambahan pula tanggam ini kegunaannya sama dengan tanggam lekap T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan dari sebelah luar.
Rajah 1 : Tanggam bajang tunggal
2. LUKISAN UTIRAN PROJEK
Berikut merupakan lukisan butiran projek yang telah diberikan. Melalui lukisan ini, ianya kan dijadikan panduan untuk membuat tanggam bajang tunggal.
3. BAHAN PROJEK
Bahan yang digunakan untuk membuat tanggam bajang tunggal ini ialah :
1 keping kayu meranti 30 x 60 x 170
1 keping kayu meranti 30 x 60 x 270
(ukuran digunakan dalam mm)
4. PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Proses menyiapkan tanggam bajang tunggal ini menggunakan beberapa alatan seperti berikut :
- Alat menanda dan merancang tanda
No |
Gambar |
Nama Alat |
Kegunaan Alat |
1 |
|
Pita Pengukur |
· Untuk mengukur jarak yang panjang dan pendek. · Boleh juga digunakan untuk memindahkan ukuran. |
2 |
Pensel tukang |
· Digunakan untuk kerja kasar seperti menanda dan merancang tanda |
|
3 |
|
Pembaris keluli |
· Mengukur dan memindahkan tanda · Membina garis lurus pada permukaan |
4 |
|
Sesiku L |
· Digunakan untuk memgarisan bersudut tepat (90°) · Digunakan menguji kerataan permukaan kayu
|
- Alat mengapit dan menyangga
No |
Gambar |
Nama Alat |
Kegunaan Alat |
1 |
|
Ragum Meja |
· Digunakan untuk memegang benda kerja semasa proses kerja |
2 |
|
Apit G |
· Mengapit kayu ketika proses memotong · Memegang kayu yang hendak digerudi, pahat atau gergaji |
- Alatan mengetam memotong
No |
Gambar |
Nama Alat |
Kegunaan Alat |
1 |
|
Gergaji Puting |
· Digunakan untuk mengerat kayu-kayu secara lurus untuk membuat tanggam |
2 |
|
Radial Arm Saw |
· Digunakan untuk memotong kayu |
3 |
|
Mesin Bandsaw |
· Digunakan untuk memotong blok/ persegi atau bersudut |
4 |
Kikir Pipih Kasar |
· Digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. |
||
|
Kikir Segi Empat Sama |
· Digunakan untuk mengkir dan membentuk hujung kayu |
||
|
Kikir Bulat |
· Digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang melengkung |
- Alat menukul dan memutar
No |
Gambar |
Nama Alat |
Kegunaan Alat |
1 |
Gandin kayu |
· Digunakan untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam |
5. LANGKAH MENGHASILKAN PROJEK
- Langkah 1
Kayu yang digunakan untuk tanggam bajang tunggal ini ialah kayu mati.
Oleh itu, kayu tersebut diratakan permukaannya terlebih dahulu supaya selumbar tajam dapat dihilangkan daripada mendatangkan kecederaan kepada tangan. Untuk proses ini kami menggunakan mesin ‘sanding balter’.
- Langkah 2
Bagi menghasilkan projek amali 4 ini, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah pemahaman terhadap lukisan butiran projek terlebih dahulu. Selepas itu, penandaan akan dibuat pada permukaan kayu mengikut lukisan butiran projek yang telah diberikan.
- Langkah 3
Untuk kayu yang akan dijadikan soket, ianya perlua dipotong sepatuh kayu daripada ketebalan kayu.
Selepas pemotongan tersebut, kayu yang telah dipotong terbabit akan ditandakan dengan skala 1:6 untuk dijadikan bajang tunggal atau dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Dovetail’.
Kayu yang telah ditanda itu akan dipotong bentuknya menggunakan ‘Band Saw’.
- Langkah 4
Pada bahagian kayu yang dijadikan soket pula, penandaan akan dibuat mengikut saiz soket (bajang tunggal) yang telah dipotong.
Ini untuk memastikan pin kepada soket bersesuaian. Kayu yang akan dijadikan pin tersebut akan dipotong menggunakan mesin ‘Radial Arm Saw’.
- Langkah 5
Bagi kaedah pemasangan antara pin dan soket pula, proses hendaklah menggunkana gandin kayu dengan mengetuk secara perlahan bagi keduanya bersambung cantik. Sekiranya soket dan pin masuk secara ketat maka ianya merupakan tanggam yang baik.
6. MASALAH YANG DIHADAPI DAN CARA MENGATASI
- Masalah yang saya hadapi ketika menyelesaikan projek tanggam bajang tunggal ini ialah apabila saya memakan masa untuk mengukur skala 1:6 bajang tunggal tersebut. Pada mulanya ukuran saya salah dan terpaksa menukar semula penandaan asal.
Penyelesaian untuk masalah ini ialah, saya menggunakan kaedah yang telah ditunjukkan oleh Dr Fadilah iaitu mengggunakan panduan ukuran yang diberikan,. Ukuran skala 1:6 tersebut hendaklah dibuat di atas keras yang keras dan dapat diaplikasikan untuk semua.
- Masalah seterusnya yang saya hadapi ialah permukaan kayu diantara pin dan soket menjadi terjungkit dan tidak rata. Ini disebabkan kesalahan sewaktu penandaan .
Cara saya mengatasi masalah ini ialah, saya mengambil inisiatif untuk meratakan permukaan kayu tersebut menggunakan mesin ‘sanding balter’. Ianya mengurangkan ketidakrataan tersebut tetapi tidak mampu memperbaiki kecacatan yang terjadi.
7. REFLEKSI
Melalui amali projek ini, ianya mengajar untuk lebih teliti sewaktu proses paling asas iaitu penandaan. Proses penandaan menentukan hasil untuk gerak kerja yang seterusnya. Selain itu, proses pemotongan perlulah dilakukan secara berhati-hati dan tepat untuk mendapatkan tanggam yang baik.
Selain itu, perkara yang saya pelajari ialah, untuk mendapakan hasil yang baik cara penggunaan alatan mesin mahupun tangan perlulah dilakukan dengan betul. Cara penggunaan yang salah akan mengakibatkan kecacatan pada projek. Amali ini mengajar saya untuk menjadi lebih teliti dalam pekerjaan supaya dapat mengelakkan kekurangan dalam kerja yang dilakukan.