Open Day PSSCUTM
Pada 23 November 2019, saya menghadiri program Family Day PSSCUTM yang berlangsung di Kolej Tun Razak. Tujuan program ini dijalankan bagi merapatkan lagi hubungan di antara ahli-ahli silat dari kelas yang berbeza. Selesai sesi pendaftaran, kami diberikan sarapan oleh pihak penganjur. Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah aktiviti senam robik bagi memanaskan badan. Setelah itu, kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan akan bergerak ke stesen-stesen yang telah ditetapkan.
Kami telah diberikan satu teka teki untuk menentukan stesen mana yang perlu kami pergi. Kemudian, kami diberikan satu game di setiap stesen dan perlu menamatkan game tersebut dalam masa yang ditetapkan. Dengan kerjasama yang baik dari semua ahli kumpulan, kami berjaya menghabiskan semua game dan dapat mengumpul markah yang banyak, Setelah menamatkan semua stesen, kami diarahkan untuk berkumpul di dalam dewan untuk melihat persembahan dari ahli silat.
Kemudian, pemberian anugerah kepada semua ahli kumpulan dan cabutan bertuah telah disampaikan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan makan tengah hari bersama-sama.