Report Activity No 3

PROJEK MURAL KOLEJ RAHMAN PUTRA

MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH ; 6-7 JANUARI 2023

TEMPAT: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI

ORGANISASI : JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ RAHMAN PUTRA

Details

ATRIBUT GRADUAN

1) KEMAHIRAN BERPASUKAN

2) KEMAHIRAN KOMUNIKASI

3) KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Details

JAWATAN DALAM PROGRAM

Jawatan saya didalam program Mural ini ialah sebagai unit Multimedia Kolej Rahman Putra.

Details

RINGKASAN LAPORAN

– Program projek mural yang
dilangsungkan selama dua hari dibawah Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Rahman Putra
diadakan bertujuan untuk menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah, inisiatif ini
bertepatan dengan faktor penyumbang kepada proses pembelajaran dimana persekitaran
yang menarik dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Ulas pengarah program
Siti Soraya Maisarah binti Razali.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran sekolah tentang
3R “Reduce, Reuse, Recycle”. Mewujudkan persekitaran yang ceria dan menarik
disekolah serta meningkatkan sumber untuk pertumbuhan individu, keluarga dan komuniti
yang positif selari dengan matlamat tema yang diberikan iaitu “Berbakti Melalui Lukisan
Mural,” tambah pengarah lagi.
Seterusnya, projek ini melibatkan 34 peserta termasuk sukarelawan. Peserta dibahagikan
kepada beberapa kumpulan mengikut hari yang ditetapkan agar perjalanan proses
dipermudah. Lukisan yang menjadi pilihan dipilih melalui pertandingan yang telah
dijalankan dan pemenang bagi pertandingan tersebut diucapkan tahniah kepada Siti Nur
Anisah binti Zamri yang berumur 22 tahun. Beliau menginspirasikan lukisan tersebut
terhadap pemandangan daripada balai cerap kawasan tertinggi di Universiti Teknologi
Malaysia selari dengan tema lukisan iaitu “pemandangan.”
Pada hari pertama 6 Januari 2022, peserta yang terpilih pada hari tersebut diminta untuk
cat alas bewarna putih terhadap dinding yang dipilih kerana dinding tersebut dipenuhi
dengan lukisan lama yang sudah kelihatan usang. Lapisan dilakukan beberapa kali agar
lukisan mural kelihatan lebih kemas. Setelah itu, peserta diminta untuk melakar lukisan
mural pada dinding yang dipantau oleh pemenang lukisan iaitu Siti Nur Anisah binti Zamri.
Projek berjalan dengan lancar pada hari pertama seiring dengan tentatif yang disediakan.
Seterusnya, pada hari kedua iaitu 7 Januari 2022, kesemua peserta diminta hadir untuk
meneruskan projek mural. Projek diteruskan dengan membahagikan kepada beberapa
kumpulan mengikut warna lukisan yang telah dietapkan dan diiring oleh ketua bagi setiap
kumpulan. Peserta kelihatan teruja dan bersemangat menyiapkan lukisan mural.

Akhir sekali,program yang berjalan selama dua hari ini banyak mengajar dan memberikan
manfaat kepada pelajar antaranya sikap bekerjasama, bertoleransi dan ilmu pengetahuan
mengendalikan program sekali gus memberi manfaat kepada pihak sekolah. Ucapan
ribuan terima kasih diberikan kepada pihak Hal Ehwal Pelajar, penasihat program,
pengetua, felo-felo dan jawatankuasa Koleh Rahman Putra kerana bersama-sama
berganding bahu berusaha menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat
dijayakan lagi sekali pada masa akan datang

Details

REFLEKSI DIRI

Program ini mengajar saya untuk kerja secara berpasukan dalam menyiapkan lukisan mural, justeru itu saya juga dapat mengenali ramai kawan-kawan baharu. Program yang dijalankan ini agak memenatkan tetapi dengan pertolongan diantara satu sama lain, segala kepenatan tidak dirasa. Sebagai unit multimedia, saya dapat merakamkan pelbagai momen momen gembira daripada mereka yang terlibat. Akhir kata, program ini banyak memberi makna kepada saya dari segi kesabaran dan kerjasama.

Details

SIJIL

mural.jpg

Details