MENYANTUNI GOLONGAN ASNAF
MAKLUMAT PROGRAM
TARIKH : 30 DISEMBER 2022
TEMPAT : MASJID KAMPUNG CAHAYA BARU PASIR GUDANG
PENGURUS : Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra (JKM KRP)
ATRIBUT GRADUAN
JAWATAN DALAM PROGRAM
Jawatan saya didalam program ini ialah saya merupakan sukarelawan bagi program menyantuni golongan asnaf
RINGKASAN LAPORAN
Kelab Volunteer dengan kerjasama Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra (JKM KRP) telah menganjurkan satu program komuniti iaitu Program Menyantuni Asnaf bertempat di Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang, Johor. Program ini turut mendapat sokongan padu dan jitu daripada Persatuan Kebajikan Pemangkin Wanita Negeri Johor, ahli jawatankuasa Masjid Kampung Cahaya Baru dan komuniti Kampung Cahaya Baru.
Penglibatan sebanyak 80 orang peserta dalam program ini merangkumi jawatankuasa pelaksana, para sukarelawan Kelab Volunteer dan juga orang awam. Program ini turut menerima kerjasama pihak-pihak seperti Syarikat Faiza dan Resipi Bonda Ku terutama dalam bentuk sumbangan kepada golongan asnaf.
Majlis perasmian program telah disempurkan oleh ahli jawatankuasa Masjid Kampung Cahaya Baru. Para sukarelawan kemudian dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk mengunjungi rumah golongan asnaf bagi sesi pemberian bantuan.
Selepas selesai sesi agihan bantuan di rumah-rumah penerima, para sukarelawan telah mendirikan solat jumaat bersama ahli jawatankuasa Masjid Kampung Cahaya Baru dan penduduk kampung. Selepas solat jumaat, majlis penutup telah diadakan yang mana telah disempurnakan oleh Pengetua KRP, Prof. Madya Dr. Mohd Haizal Jamaluddin.
Penganjuran program seperti ini akan menjadi pencetus kepada warga UTM terutama pelajar KRP untuk melibatkan diri secara langsung dalam program-program berbentuk kesukarelawanan yang bakal dianjurkan pada masa akan datang.
REFLEKSI DIRI
Melalui program ini terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari antaranya ialah kita perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan dan saya juga mengingatkan diri saya bahawa sekiranya kita merasakan diri kita dalam kesusahan, percayalah bahawa ramai lagi yang lebih susah dari diri kita. Program ini menyedarkan saya bahawa kita perlulah sentiasa membantu orang yang berada dalam kesusahan agar setiap rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada kita sentiasa diredhoi. Akhir kata, program ini memberi makna dan impak yang sangat besar pada diri saya.