PROGRAM PYRAMINX FUN SOLVING
MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 23 Disember 2022
Tempat : Bilik Dewan Seminar Kolej Rahman Putra
Penganjur : Biro tugas-tugas khas anjuran Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra
ATRIBUT GRADUAN
JAWATAN DALAM PROGRAM
Jawatan yang disandang oleh saya dalam program ini ialah sebagai unit multimedia Kolej Rahman Putra
RINGKASAN LAPORAN
Buat kali pertamanya program dibawah Biro tugas-tugas khas anjuran Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra
menggalakkan peserta untuk untuk memasuki alam “Cubing”. Pengarah Program ini Chong Yew Lee mengatakan bahawa tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan keupayaan berfikir dan imaginasi peserta.
Objektif bagi program ini diadakan adalah untuk menggalakkan peserta memupuk hobi
baharu, merapatkan hubungan peserta-peserta melalui program ini dan meningkatkan
keyakinan peserta selaras dengan tema yang diadakan iaitu “Let’s Pick up New Hobby”
ulas pengarah.
Seterusnya, program ini mengenakan bayaran kemasukan sebanyak RM3 bagi setiap
peserta dan peserta boleh membawa pulang pyraminx secara percuma. Elemen program
ini terdiri daripada 4 bahagian dan dianjurkan pada hari yang sama iaitu 23 Disember
2022. Peserta akan belajar menyelesaikan pyraminx melalui bantuan guru dari pihak
penganjur. Peserta yang menghadiri program ini adalah seramai 30 orang dan seorang
guru akan mengajar 4-6 orang peserta. Terdapat 7 orang guru yang mengajar dan kaedah
yang digunakan untuk menyelesaikan pyraminx adalah bergantung kepada pihak
penganjur.
Program ini terdiri daripada 4 bahagian, bahagian pertama ialah dimana sesi belajar
menyelesaikan pyraminx dari guru yang disediakan oleh pihak penganjur. Dalam
bahagian ini, peserta dikehendaki untuk belajar menyelesaikan pyraminx menggunakan
kaedah “keyhole” memalui bantuan guru. Seterusnya, bahagian kedua pula ialah
menerokai pertandingan Rubiks yang diakan di Malaysia, pihak penganjur akan
menerangkan serba sedikit mengenai objektif program ini. Bahagian ketiga pula ialah sesi
latihan dimana 20 minit akan diberikan kepada peserta sebagai latihan sebelum
pertandingan dijalankan. Bahagian terakhir ialah pertandingan, dalam bahagian ini
pertandingan dijalankan dengan memberi masa kepada setiap peserta untuk
menyelasaikan pyraminx dan guru diminta untuk merekod masa. Peserta yang dapat
menyelesaikan pyraminx dengan pantas dikehendaki untuk mengangkat tangan dan 3
peserta terawal akan diberikan hadiah.
Setelah pertandingan diajalankan, Johan bagi pertandingan menyelesaikan pyraminx
dianugerahkan kepada Muhammad Haiqal bin Nor Ramzi dengan capaian masa yang
diambil hanya selama 22 saat. Seterusnya naib johan dianugerahkan kepada Siti Nur
Syazwa binti Ab Jalal dengan masa hanya 25 saat. Tempat ketiga pula diberikan kepada
Muhammad Aizat Naqiudin bin Mohd Nasir dengan masa hanya 31 saat. Syabas dan
tahniah diberikan kepada peserta kerana semangat yang diberikan.
Program yang berjalan selama 2 jam 30 minit ini mendapat sambutan hangat daripada
semua yang terlibat. Diharapkan manifestasi pelaksanaan program ini dapat memberikan
impak yang positif kepada para pelajar supaya dapat meningkatkan kebolehan berfikir
dan imaginasi melalui pyraminx serta dapat memberi peluang kepada peserta untuk
memupuk satu hobi baharu
REFLEKSI DIRI
Sepanjang program ini banyak input yang telah saya pelajari antaranya bagaimana untuk mengendalikan sesuatu program , hal ini kerana saya memerhatikan bagaimana pihak atasan mengawal aktiviti dan saya juga mendapat banyak tunjuk ajar daripada mereka. program ini banyak memberi makna kepada saya kerana melalui program ini saya dapat mengenal ramai kawan-kawan baharu dan belajar bagaimana mengendalikan cubix. Akhir kata, program ini telah berjaya memberi kenangan kepada saya ketika saya meninggalkan UTM.