Penyenggaraan Jentera

Penyenggaraan adalah kerja yang dijalankan bagi mengekalkan loji pada standard yang diterima.

Keperluan Penyenggaraan

  • Memastikan operasi loji dalam keadaan lancar
  • Memastikan operasi loji dalam keadaan selamat
  • Meningkatkan kekemasan tempat kerja supaya selamat

Jenis Penyenggaraan

1. Penyenggaraan Pencegahan

  • Menjalankan penyenggaraan mengikut skala masa tertentu yang telah ditetapkan
  • Mengganti dan membaikpulih peralatan yang rosak mengikut jadual
  • Menyimpan rekod penyenggaraan dan baikpulih

2. Penyenggaraan Pencegahan Statutori

  • dilaksanakan untuk mencegah berlakunya sebarang kerosakan yang boleh mengakibatkan kerja tergendala dan kemalangan.
  • dilaksanakan bagi mematuhi Peruntukan Akta Kilang dan Jentera 1967
  • Pemeriksaan jentera mengikut peruntukan Akta Kilang dan Jentera 1967

3. Penyenggaraan Kerosakan

  • dilaksanakan apabila jentera mengalami kerosakan dan tidak boleh beroperasi

4. Penyenggaraan Online

  • dilaksanakan semasa jentera beroperasi

KEPERLUAN  PENYENGGARAAN ONLINE

1)Tidak praktikal

  memberhentikan jentera

2) Satu  keperluan  proses / mengkehendaki  jentera beroperasi bagi tujuan :

  • Pembersihan
  • Pembaikan
  • Menyelaras
  • Trouble shooting

KEMALANGAN SEMASA PENYENGGARAAN

  • Terdedah kepada bahan berbahaya
  • Tersentuh  dengan  elemen / bahan / bahagian jentera yang bergerak
  • Terjatuh
  •  aras yang sama
  • dari satu ketinggian
  • Terhempap objek jatuh

KESELAMATAN PENYENGGARAAN

Langkah – langkah yang perlu

diambil:

  • Mengadakan latihan keselamatan bagi pekerja terlibat
  • Mengadakan prosedur kerja selamat
  • Mengadakan sistem kerja selamat
  • Menyelia kerja yang bakal dijalankan
  • Mengadakan permit kerja sebelum perlaksanaan kerja
  • Menggubal peraturan  berkaitan kerja senggaraan
  • Memasang papan tanda amaran
  • Membuat pemilihan pekerja
  • Membekalkan pakaian & kelengkapan perlindung diri yang sesuai
  • Menggunakan perkakas yang sesuai