Pemagaran Kawasan Umum
Pemagaran kawasan umum adalah melindungi sesuatu kawasan bahaya dengan memasang dawai/ rel dari dicerobohi.
KEPERLUAN PEMAGARAN
Mengelakkan kemalangan yang berpunca daripada:
i) Terjatuh ke dalam lubang
ii) Terjatuh ke paras yang lebih rendah
iii) Tersangkut pada bahagian bergerak
iv) Ditimpa objek
v) Dilanggar objek bergerak (jentera robotik)
vi) Terdedah kepada bahan berbahaya
SITUASI PEMAGARAN DIPERLUKAN
- Bukaan pada lantai
- Tepian terdedah (exposed edges)
- Catwalk
- Lurang (manhole)
- Aktiviti berbahaya
- Proses berbahaya
- Ramp (landas angkat)
- Tangga
JENIS PEMAGARAN
- Rel
- Skrin
- Jaring dawai
- Penghadang Pinggir
CIRI – CIRI PAGAR
- Kukuh
- Tahan dengan keadaan persekitaran (contoh persekitaran berasid)
- Rekabentuk sesuai dan selamat
- Memerlukan senggaraan minimum
- Memberikan perlindungan yang diperlukan
- Bahan pembinaan pagar tidak membahayakan pekerja
KAEDAH PEMAGARAN
- Kenalpasti kawasan yang perlu dipagar
- Buat pemilihan jenis pemagaran yang sesuai
- Adakan kawalan sementara
- Pasang pagar yang sesuai
- Adakan kawalan pentadbiran (seperti papan tanda, pemeriksaan)