Keselamatan Peralatan Tangan dan Peralatan Berkuasa Mudah Alih

peralatan tangan memerlukan penggunaan tenaga manusia secara manual untuk:

  • menggerak
  • mengubah bentuk
  • menyelaras bahan

peralatan berkuasa memerlukan penggunaan sumber kuasa lain untuk menggerak, mengubah bentuk atau menyelaras bahan.

HAZARD PENGGUNAAN PERALATAN TANGAN

 

  • Elektrik (Peralatan Berkuasa Mudah Alih)
  • Terpotong (Peralatan Berkuasa Mudah Alih)
  • Tersangkut dan Tertarik (Peralatan Berkuasa Mudah Alih)
  • Bahan / peralatan terpelanting (serpihan, kepala peralatan)
  • Tersepit di antara peralatan
  • Terketuk oleh peralatan
  • Pendedahan kepada bunyi bising
  • Getaran- habuk atau wasap daripada aktiviti yang dijalankan

FAKTOR PENYEBAB KEMALANGAN

  •  Menggunakan kaedah yang salah
  • Tidak menyimpan peralatan dengan sempurna
  • Gagal menyenggara peralatan
  • Menggunakan peralatan yang rosak
  • Menggunakan peralatan yang tidak sesuai dengan kerja yang dijalankan

LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN

  •  Pilih peralatan yang sesuai  dengan kerja
  • Beri latihan keselamatan bagi pengguna
  • Sediakan prosedur kerja selamat untuk penggunaan peralatan
  • Periksa peralatan sebelum digunakan
  • Ikut arahan pembuat bagi kendalian peralatan
  • Pilih dan guna kelengkapan pelindung diri yang sesuai
  • Adakan program senggaraan berjadual bagi peralatan