Keselamatan Kebakaran

Keselamatan Kebakaran

Kejadian kebakaran melibatkan:

  1. Peralatan
  2. Bahan mentah
  3. Proses yang dijalankan

Lokasi kebakaran

  1. Proses yang dijalankan
  2. Dalam ruang terkurung
  3. Dalam bangunan
  4. Peralatan dalam bangunan
  5. Peralatan luar
  6. Kawasan storan/ gudang

Penyebab kebakaran

  1. Litar pintas
  2. Kegagalan peralatan
  3. Aktiviti kimpalan, pemotongan logam
  4. Luahan/ limpahan cecair atau gas mudah terbakar
  5. Pemanasan berlebihan
  6. Sentuhan permukaan panas
  7. Kebocoran/ kegagalan paip
  8. Pembakaran sengaja

Faktor menyumbang kepada kebakaran

  1. Sistem semburan rosak
  2. Air bagi sistem semburan tidak mencukupi
  3. Ketiadaan sistem semburan air
  4. Kesilapan manusia/ pengendali
  5. Kewujudan bahan mudah terbakar
  6. Pemecahan peralatan atau bekas.

Asas Kebakaran

Kebakaran adalah suatu tindak balas kimia yang berlaku apabila bahan boleh terbakar dan oksigen menyentuh punca haba atau cucuhan.

 

 
   

 

 

Bahan Api

 

 

oksigen

 

 

 

 

 

 

 
 

haba

 

 

 

 

 

  • Kebakaran tidak berlaku sekiranya salah satu elemen tiada
  • Kebakaran terhapus jika salah satu elemen disingkirkan.

Wap atau Gas

  • Terbakar oleh bunga api atau nyalaan kecil

Pepejal atau cecair

  • Memerlukan haba yang lebih hebat
  • Memerlukan lebih oksigen (2-5%)

Pencucuhan bahan api

  • Nyalaan kecil
  • Dipanaskan sehingga mencapai suhu pencucuhan kendiri (self-ignition temperature)

Api

  • Terus hidup jika imbangan habanya positif. (haba bersih yang terluah)
  • Pinggir api adalah kawasan api yang paling lemah
  • Penghapusan hanya memerlukan penyingkiran oksigen yang sedikit.

Api merebak melalui:

  • Pembakaran langsung
  • Pemindahan haba
  • Pergerakan bahan api

Pemindahan haba melalui:

  1. Pengaliran
  • Perentasan api melalui halangan pepejal
  1. Olakan
  • Perebakan api secara ke atas
  1. Sinaran
  • Perebakan ke objek lain secara terus
  • Perentasan melalui ruang terbuka

Pergerakan bahan yang terbakar

  • Cecair terbakar
  • ‘wap boleh terbakar’ yang terluah daripada pepejal dipanas oleh kebakaran juga digelar pengilatan lebih.

Had kebolehbakaran (FL) gas dan wap

  • Had di mana gas dan wap boleh terbakar aakan terbakar di dalam udara dalam julat had kebolehbakarannya
  • FL ialah kepekatan separuh yang diperlukan untuk tindakbalas stoikiometri
  • Campuran terlalu cair jika kepekatannya di bawah had kebolehbakaran bawah (LFL)

Had kebolehbakaran Bawah (Lower Flammability Limit-LFL)

Had Kebolehbakaran Atas (Upper Flammability-UFL)

  • UFL ialah kepekatan dua kali ganda yang diperlukan untuk tindakbalas stoikiometri:

-campuran terlalu pekat jika kepekatannya di atas had kebolehbakaran atas (UFL).

 

Pengaruh ke atas LFL dan UFL

  1. Keadaan persekitaran
  2. Suhu
  3. Gravity
  4. Tekanan
  5. Arah perambatan api

Suhu Pencucuhan Kediri

  • Suhu di mana kebakaran berlaku dalam gas pukal apabila suhu satu campuran gas-udara ditingkatkan secara seragam, sehingga mencapai satu tahap.

Halaju Pembakaran

  • Halaju pembakaran balik ke bahan api/ penunu (bergantung kepada tekanan dan suhu)
  • Halaju pembakaran maksimum yang ditentukan pada tekanan dan suhu ambient digelar halaju pembakaran asas maksimum.

Fenomena Pencucuhan

  1. Pencucuhan Kendiri
  2. Pencucuhan setempat
  • Pencucuhan bunga api
  • Pencucuhan permukaan panas
  • Pencucuhan geseran dan hentaman
  • Pencucuhan jet gas panas
  • Pencucuhan zarah panas
  • Pencucuhan jet api
  • Pencucuhan pemampatan

 

 

 

Sumber Pencucuhan

  1. Api
  • Pembakaran terbuka
  • Api dalam relau, dandang dan menara api
  • Kebakaran kecil
  1. Kerja panas
  • Pematerian, pemotongan dan pelasan
  1. Permukaan panas
  • Oven
  • Mesin yang bekerja lebih seperti motor, dan pam

 Kebakaran dan kerugian
Di Malaysia, kebakaran memang telah diketahui sebagai ancaman kepada nyawa, harta benda dan alam sekitar.

Pada tahun 2006 kerugian akibat kebakaran sebanyak lebih RM760 juta, yang menyebabkan 71 nyawa terkorban dan 86 orang cedera, daripada 18,913 kes kebakaran yang berlaku pada tahun 2006.

Pada tahun 2007, ia melibatkan 20,225 kes kebakaran dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM 812 juta, meragut 87 nyawa dan 67 orang cedera.

Pada tahun 2008 pula, 21,524 kes kebakaran telah berlaku, 88 nyawa terlibat dan 79 orang cedera. Jangkaan kerugian mencapai RM1,044 juta.

Memandangkan kerugian tinggi disebabkan oleh kebakaran, maka keselamatan kebakaran merupakan aspek kawalan yang terpenting dalam sesebuah masyarakat.

Tip keselamatan kebakaran

Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran yang dapat membantu untuk mencegah kebakaran :

  1. Pasang alat pengesan asap di setiap tingkat, tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
  2. Pastikan ada dua laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah dilatih menggunakannya.
  3. Jangan sekali-kali menghisap rokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
  4. Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
  5. Elakkan membuat penyambungan yang boleh membebankan litar elektrik.
  6. Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  7. Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
  8. Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sesaat dan jauhkannya daripada kanak-kanak.
  9. Anda disyorkan supaya meletakkkan satu unit Alat Pemadam Api jenis debu kering ataupun jenis gas di rumah

 

 

External Video