SBEG1443 - Project Research Nexus

Pengenalan

Projek ini adalah projek yang pertama kali dijalankan dengan kerjasama daripada pihak luar iaitu Unit Biosekuriti di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Tujuan projek ini dijalankan adalah supaya data daripada pihak JPNJ dapat diaplikasikan di dalam system GIS dan menghasilkan peta. Terdapat pelbagai bancian pokok-pokok yang telah diagihkan kepada setiap kumpulan dan ahli kumpulan kami telah mendapat bancian bagi jenis pokok pisang yang diserang penyakit layu fusarium dan layu bakteria. Setiap aktiviti yang dijalankan telah dikemas kini di setiap minit mesyuarat. Setiap ahli telah dibahagikan gerak kerja masing-masing untuk menghasilkan peta yang lengkap. Masa yang diberikan untuk menyiapkan projek ini adalah 3 minggu dan setiap aktiviti yang dilakukan akan diterangkan pada setiap minggu supaya dapat menyimpulkan hasil kerja masing-masing.

 

Cara Mengaplikasikan Data Ke Dalam Arcmap

  1. Dr sediakan data
  2. Penyusunan data dari setiap daerah
  3. Dr membahagikan pelajar kepada 8 kumpulan.
  4. Ketua setiap kumpulan mengambil data tersebut daripada Dr.
  5. Kami memperoleh data pokok pisang 2018.
  6. Kami bersama-sama memikirkan cara untuk memasukkan data kasar di dalam arcmap.
  7. Terdapat dua cara iaitu menggabungkan semua data tersebut ke dalam excel ataupun memasukkan semua data ke dalam arcmap secara berperingkat mengikut daerah.
  8. Perbezaannya adalah menggabungkan ke dalam excel atau menggabungkan ke dalam arcmap.
  9. Kami meminta pendapat Dr dan membincangkan bagaimana untuk memasukkan data yang telah pindahkan ke dalam arcmap.
  10. Kami mengetahui cara untuk memindahkan data daripada excel spreadsheet ke csv.
  11. Pertama, tambahkan data x, y dan z. Kemudian, gabungkan semua daerah dalam excel dengan menyelarikan semua x menunjukkan MT, y menunjukkan MU dan z pula adalah bilangan.
  12. Selepas itu, masukkan lapisan data pisang tiada serangan, layu fusarium dan layu
  13. Ubah unit kepada meter di dalam ‘layer properties’ dan di ‘map unit’ serta ‘display unit’.
  14. Pemilihan warna secara konsisten. Warna kuning menunjukkan pisang itu tiada serangan manakala warna merah menunjukkan pisang layu fusarium dan pisang layu bakteria adalah warna ungu.

 

Masalah Dan Penyelesaian

Bil

Masalah

Penyelesaian

1.

Penyusunan data dan mengambil masa yang sangat lama

Data yang diperoleh dari setiap daerah digabungkan menjadi satu data. Kemudian data pokok yang diserang penyakit diasingkan daripada pokok yang sihat.

2.

Pemindahan data

Proses pemindahan data ke aplikasi Arcmap sangatlah rumit kerana prosesnya yang panjang. Oleh itu kami telah meminta bantuan daripada pensyarah untuk penerangan tentang cara menyelesaikannya dengan lebih lanjut.

3.

Kekangan masa antara ahli

Masa yang padat untuk melakukan perbincangan secara bersua muka telah digantikan dengan mengemas kini gerak kerja di ‘Whatsapp’. Waktu-waktu perjumpaan juga diberitahu awal supaya tidak berlaku pertembungan masa dengan hal lain.

4.

Kesefahaman antara ahli

Sesetengah ahli kurang kefahaman tentang projek yang dijalankan dan menyebabkan berlakunya perselisihan pendapat.

 

5.

Tidak mengetahui cara menyusun atur peta

Belajar melalui YouTube satu per satu cara menyusun atur peta seperti tajuk, petunjuk, warna, dan skala bar.

6.

Pemilihan warna yang konsisten

Mengambil masa yang sangat lama untuk mengkaji arcmap di dalam ‘colour properties’ untuk memastikan warna di setiap lapisan penyakit pisang adalah sama seperti warna yg diigini.

7.

Tidak mengetahui cara untuk cetak di dalam A3

Meminta tunjuk ajar daripada kawan dan juga pensyarah untuk cetak susun atur peta yang dilakukan dalam bentuk A3 dengan menukar ke pdf di dalam ubahsuai mesin pencetak

 

8.

Terdapat data yang diberikan oleh Dr kurang tepat seperti data pisang jatuh di pinggir pantai

Buang data tersebut di dalam excel sebelum dimasukkan dalam arcmap

9.

Terdapat data yang bercanggah

Asingkan data penyakit yang tiada serangan dan juga yang ada serangan dalam excel sebelum dimasukkan dalam arcmap

10

Tidak mengetahui bagaimana cara untuk membuat bingkai 

Meminta tunjuk ajar daripada senior geoinformatik yang pernah berpengalaman kerja dalam hasil pembuatan arcmap

 

Pemilihan Dalam Penghasilan Map Layout

  • Kami memilih warna terang seperti pisang kerana menonjolkan warna asal buah tersebut
  • Kami menggunakan warna biru laut sebagai latar belakang peta untuk memastikan peta tersebut tidak kosong
  • Kami membezakan warna seperti warna terang iaitu merah, ungu dan kuning untuk dilihat dengan lebih jelas lapisan penyakit pisang tersebut

 

Kesimpulan

Selepas menjalankan projek ini pelbagai pengetahuan baru yang dapat dipelajari dan sama sekali dapat saya memahami tentang jenis-jenis serangan pokok dan juga cara untuk mengaplikasikan data-data baru dalam bentuk peta yang lengkap. Selain itu, projek ini dapat memberi pengalaman dan ilmu untuk menghasilkan peta dalam arcmap secara berkumpulan. Pelajar dapat menggunakan ilmu pembuatan hasil peta ini untuk bekerja dalam bidang gis pada masa akan datang.

 

Gambar Minit Mesyuarat

 

WhatsApp Image 2019-12-11 at 19.33.46.jpeg

Aktiviti Pembentangan Peta

 

WhatsApp Image 2019-12-12 at 11.10.33.jpeg

Hasil Gambaran Peta

 

WhatsApp Image 2019-12-17 at 23.30.59.jpeg