Refleksi Kursus UHMT1012
Setelah menghadirkan diri serta mengikuti kursus ini selama 14 minggu untuk semester ini, terlalu banyak perkara saya dapat perolehi dan pelajari daripada pensyarah, Dr. Marlina yang membimbing dan memberi ilmu-ilmu baru tentang kualiti dan kemahiran yang seharusnya ada dalam diri seorang graduan sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak. Saya pasti setiap kualiti dan kemahiran yang telah saya dan rakan-rakan pelajari pastinya dapat
membantu kami dalam menjadi seorang pelajar, pekerja dan individu yang bertanggungjawab pada masa hadapan. Saya berasa sangat beruntung menerima seorang pensyarah seperti Dr. Marlina yang sanggup meluangkan masa hujung minggunya demi memenuhi jemputan program yang kami adakan. Dengan rasa rendah diri saya berterima kasih kepada Dr. Marlian kerana perhatian yang beliau berikan kepada kami sebagai seorang pendidik sepanjang kuliah amat bermakna bagi saya dan pastinya rakan-rakan yang lain. Sekian daripada saya, Sayang Elyiana Amiera binti Helmey, pelajar UHMT1012 seksyen 44.