SCIENCE & TECHNOLOGY THINKING

Pertandingan Inovasi

IMG_9328.jpg

Video Inovasi

Refleksi Pertandingan Inovasi

Tanggapan Awal Terhadap Pemikiran Sains & Teknologi

photo_2019-12-29_05-57-23.jpg

Reflection

Pada pendapat saya, subjek Pemikiran Sains dan Teknologi  ini banyak melibatkan konsep islam dan sejarah. Dalam mempelajari sejarah pada masa yang sama kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan islam. Dr Najwa Hanani merupakan pensyarah Pemikiran Sains dan Teknologi  kami.

Tanggapan Akhir

Pada pandangan saya, kursus Pemikiran Sains dan Teknologi telah mendedahkan saya dengan banyak perkara yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi. Bermula daripada bagaimana pemikiran manusia berkembang, prinsip-prinsip yang dipegang oleh kumpulan-kumpulan tertentu sehinggalah etika kita sebagai seorang ahli teknologi dalam membangunkan sesuatu teknologi baharu.

Kursus ini mendidik saya untuk berfikir mengenai kesinambungan sesuatu teknologi, kesannya kepada masyarakat, alam sekitar dan agama yang mana jika diendahkan akan membawa kerosakan kepada bumi seperti yang telah berlaku pada era perang dunia kedua. Kita semestinya tidak mahu perkara buruk seperti itu berulang, maka seharusnya setiap ahli sains dan teknologi mempunyai jati diri dan berpegang dengan prinsip agama atau moral.

Seterunsya, kursus ini amat menggalakan setiap individu untuk berfikir secara kreatif bagi mendatangkan satu ciptaan yang memberi manfaat kepada manusia. Manusia sentiasa mencari kekurangan yang terdapat dalam kehidupan seharian, dan mereka solusi yang akan menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi meningkatkan produktiviti atau memberi kesenangan. Bagi merealisasikan solusi tersebut, perlu kepada pemikiran yang kreatif. Pertandingan inovasi yang telah diadakan oleh Dr. Najwa tempoh hari sedikit sebanyak memupuk sifat ini. Dengan prospek ini, diharapkan dapat membantu menyeselaikan masalah-masalah dunia kini seperti masalah keperluan asas yang masih melanda negara-negara tertentu.

Selain itu, kursus ini turut menyedarkan saya bahawa cara pemikiran yang didorong oleh kehendak manusia akan memberikan dua kesinambungan; baik dan buruk. Secara mudahnya, manusia lebih mudah menerima sesuatu perkara yang berpihak kepada mereka. Manfaatnya tidak bersifat universal, hanya menguntungkan pihak tertentu. Maka, manusia semestinya tidak bertindak mengikut hawa nafsu, malah amatlah baik sekiranya berpandukan cara pemikiran yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah.