Masalah UTMWiFi

UTMWiFi

Saya ditugaskan oleh Dr. Nurul Aini binti Mohd Ahyan, cikgu kursus ‘Graduate Success Attribute’ untuk mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) dan mencari kaedah-kaedah mengatasi masalah tersebut. Untuk mencari cara-cara untuk mengatasi masalah ini, saya dikehendaki untuk bertemu ramah dangan kakitangan UTM yang berkaitan tentang masalah tersebut. Selepas beberapa process, saya telah membuat keputusan untuk membuat masalah wifi UTM. Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut saya menemu ramah encik Mohd Zahri Zainal Abidin. Beliau merupakan salah satu staf di Adu@IT di C.I.C.T.

 

Masalah yang pertama ialah internet yang lambat. Semasa, saya tanya beliau tentang perkara ini, beliau memberitahu say bahawa perkara ini adalah bukan masalah wifi, padahal masalah ini puncanya daripada computer pelajar. Beliau berkata bahawa wifi sekarang iaitu, UTMWiFi adalh antara wifi yang laju antara universiti-universiti Malaysia dan lebig laju daripada wifi yang lama iaitu Yes4G. Sebelum wifiUTM, adanya Yes4G untuk para pelajar di kolej masing-masing dan hotspotUTM untuk staf dan fakulti yang ada di UTM. Yes4G ini adalah dikendalikan oleh syarikat luar dan hanya boleh dapat di tempat-tempat tertentu seperti dewan dan makmal komputer kolej. Selain tempat tersebut, tempat lain mendapat wifi yang lambat. Setiap kolej hanya diberi pusat akses internet dari 3 hingga 10. Pada masa kini, wifi semua wifi dikendalikan oleh C.I.C.T. Mereka mengabungkan hotspotUTM dan Yes4G untuk menghasilkan UTMWiFi yang para pelajar dan staf UTM sedang menggunakan. Yes4G dihentikan dan pusat akses Yes4G ditukarkan dengan C.I.C.T punya pusat akses wifi. Apa yang dimaksudkan oleh beliau dengan mengatakan masalah ini disebabkan oleh komputer pelajar sendiri ialah komputer pelajar tidak dapat menyokong UTMWiFi yang mengunakan teknologi baru. Teknologi yang digunakan ialah 802.11/n. Komputer pelajar mungkin tidak dapat menyokong teknologi ini kalau komputer tersebut tidak dilengkapi dengan komponen yang diperlukan untuk menyokong wifi ini. Perkara ini boleh diselesaikan dengan menaik tarafkan komputer pelajar atau membeli dongle yang boleh menyokong teknologi yang UTMWiFi menggunakan. Beliau juga mengatakan bahawa para pelajar perlu mempunyai perisian yang sama bit dengan komputer. Jika mempunyai perisian yang bit lain daripada komputer, komputer akan ambik masa yang lama untuk process yang secara tidak langsung akan melambatkan kemudahan wifi.

 

Masalah yang seterusnya ialah para pelajar tidak dapat log masuk ke dalam UTMWiFi untuk menggunakannya. Beliau berkata perkara ini berlaku disebabkan oleh jarak antara komputer dengan pusat akses UTMWiFi. Lagi jauh jarak antara pusat akses dan komputer, kuasa gelombang yang sampai komputer akan menjadi lemah. Halangan seperti dending dan pintu juga akan melemahkan gelombang yang sampai sesebuah komputer. Oleh itu, para pelajar perlu pastikan, mereka menggunkan komputer mereka di tempat yang tidak jauh dari pusat akses tetapi mereka tidak boleh menggunkan komputer mereka di bawah pusat akses atau dekat dengan pusat akses. Hal ini kerana, kawasan tersebut dikira sebagai ‘blind spot’ pusat akses. Gelombang dari pusat akses dikeluarkan dalam sudut 60 darjah sahaja. Oleh itu, kawasan bawah pusat akses susah untuk menyambung dengan UTMWiFi, yang akan menyebabkan masalah semasa process log masuk. Disebakan perkara ini, para pelajar dikehendaki untuk memastikan jarak antara pusat akses UTMWiFi dan komputer mereka adalah sederhana. Beliau juga menambahkan bahawa pihak C.I.C.T tidak boleh meambahkan pusat akses lagi disababkan oleh beberapa sebab. Antara sebabnya ialah, penambahan pusat akses akan menyebabkan ganguan antara gelombang berlaku. Perkara ini boleh menyebabkan wifi lebih lambat. Tambahan pula, penambahan pusat akses akan menyebabkan kesihatan para pelajar terjejas. Beliau menekankan bahawa semua pusat akses tidak diletakan sebarang sahaja. Beberapa process dan kajian dilakukan semasa pusat akses UTMWiFi disediakan.

 

Saya juga menanyakan beliau tentang pelan-pelan yang C.I.C.T ada untuk menambah baikan perkhidmatan UTMWiFi yang sedia ada. Beliau menjawap dengan mengatakan bahawa sebelum membuat sebarang penambah baikan pihak C.I.C.T akan menyiasat tentang capacity pengunaan staf dan pelajar UTM. Jika mendapat keperluan, mereka akan mengambil langkah-langkah yanh diperlukan untuk menaik tarakan UTMWiFi. Selai itu, beliau juga mengatakan bahawa C.I.C.T akan menukarkan perlatan-peralatan yang digunakan dalam rangkaian UTMWiFi kepada yang baru terutama switch. Mereka juga sedang berusaha untuk menjadikan rangkain UTMWiFi berpusat supaya semua kolej-kolej di UTM dapat wifi yang laju. Mereka juga sedang bertukarkan rangkain antara kolej dangan C.I.C.T kepada teknologi fibre.

Dengan ini, informasi boleh jalan kepada semua kolej dengan kelajuan yang tinggi.

 

Kesimpulannya, melalui tugasan ini saya dapat mengatahui tentai sebab-sebab maslah UTMWiFi dan cara-cara mengatasinya. Saya juga dapat mendalamkan ilmu saya tentang kemudahan wifi dan cara UTMWiFi berfungsi. Melaui ini, saya berharap para pelajar dapat mengatasi masalah mereka dangan mengikut cara-cara di atas.