PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi “projek kayu 1” ini dalam kursus “ Teknologi Kayu”. Sepanjang menjalankan tugasan ini banyak pengalaman yang saya perolehi. Sudah tentulah saya akan menggunakan sebaik mungkin pengalaman yang berguna ini di mana-mana saya berada. Terdapat banyak input-input dan ilmu tentang teknologi kayu yang saya peroleh dan pelajari dalam kursus ini.
Setelah itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Dr. Muhamad Afzamiman Aripin. Hal ini kerama, beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini dari segi praktikal dan teori. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan teknologi kayu ini. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amat saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
4.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN
Faktor keselamatan amatlah dititkberatkan didalam setiap bengkel. Namun malang tidak berbau dan kemalangan atau kecemasan tetap boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Dan perkara yang paling penting dan harus diberi keutamaan sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan tentulah nyawa pengguna bengkel berkenaan.
Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah:
- Kelalaian/kegagalan manusia (perbuatan)
- Faktor persekitaran bengkel
- Peralatan yang digunakan
4.1 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK
- a) DIRI
- Pakai pakain yang sesuai.
- Menguunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.
- Jangan bermain ketika melakukan kerja yang melibatkan mesin atau alatan yang tajam.
- Pakai gogel ketika kerja yang melibatkan penggunaan mesin.
- Pakai sarung tangan ketika menggunakan alatan tangan.
- B) TEMPAT
- Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.
- Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.
- Kemaskan tempat setelah selesai kerja dilakukan.
- C) ALATAN
- Pastikan alatan sentiasa berminyak.
- Jangan berebut ketika menggunakan alatan ,terutama alatan yang tajam.
- Jauh diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.
1.0 PENGENALAN
Didalam tugasan atau “projek 1” ini, secara umumnya pelajar telah didedahkan dengan cara penggunaan alatan tangan dan alatan tangan yang berada di dalam bengkel kayu dengan baik. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan “amalan kerja selamat dan sihat”. Pelajar telah didedahkan dengan mengkaji jenis bahaya atau keadaan tidak selamat dan cara menanganinya sebelum memulakan sesuatu kerja didalam bengkel.
Didalam bengkel ini juga, pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam mematuhi peraturan yang telah di tetapkan oleh bengkel. Kerja projek 1 adalah bertujuan melatih pelajar menggunakan alatan tangan dan membiasakan pelajar menggunakan alatan tangan. Pelajar dikehendaki membuat tiga jenis tanggam dalam sebuah kayu yang telah diberikan. Pelajar perlu membuat tanggam-tanggam tersebut dengan menggunakan alatan tangan yang bersesuaian. Pelajar perlu menggunakan sekeping papan dalam projek 1 ini. Dan membuat ukuran yang betul diatas papan yang dipilih.
Semasa pandemik covid19 ini, kami perlu melaksanakan kerja-kerja berkaitan kayu ini dengan mengikut pengawasan SOP yang telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan kerajaan Malaysia bagi mengelakkan penularan penyakit berbahaya tersebut. Jadi, kami perlu mengamalkan penjarakkan fizikal antara satu sama lain dengan jarak 1 meter. Walaupun, agak sukar bagi kami melakukan kerja-kerja itu dengan cara dan norma baharu, kami tetap meneruskan projek tanggam ini dengan penuh berdedikasi.
5.0 PROJEK 1 : TANGGAM
Tanggam adalah cara penyambungan kayu, terdapat pelbagai jenis tanggam yang boleh dihasilkan. Penggunaaan tanggam amat meluas dan dengan adanya tanggam kita dapat mengurangkan penggunaan paku. Rumah Tradisional Melayu banyak menggunakan tanggam kerana ia dibina menggunakan kayu.
Definisi Tanggam ialah tanggam ini merupakan bahagian kayu yang di potong dan dicantumkan bagi tujuan menjadikan pegangan yang rapat dan teguh.. Proses pembinaan tanggam boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan tangan dan mesin. Tanggam digunakan meluas dalam pertukangan kayu dan pembuatan perabot.
Sejarah penggunaan Tanggam dalam kerja kayu. Di peringkat awal rumah tradisional melayu hanya dibina dengan cara diikat dan tarahan tanggam. Begitu juga dengan penggunaan paku kayu yang dikenali sebagai pemeting untuk menguatkan rangka rumah.
Sebagai contoh, pembinaan rumah seri menanti negeri sembilan yang tidak menggunakan paku dan hanya menggunakan tanggam semata-mata untuk penyambungan.
Rumah Seri Menanti Di Negeri Sembilan Yang Menggunakan Tanggam Sepenuhnya Dalam Pembinaannya
Selain itu juga sambungan tanggam yang direka dengan baik dan kemas boleh dipasang atau ditanggalkan setiap satu persatu untuk tujuan pengubahsuaian dan seterusnya boleh dipasang semula. Ia boleh dileraikan mengikut urutan dan pada sambungan-sambungan tertentu, ia tidak dikunci dan mudah dipisahkan.
Ini membolehkan kerja penyambungan, baik pulih, pengubahsuaian, pembesaran, pemisahan hinggalah perobohan dan pembinaan semula dilakukan tanpa merosakkan bahagian kayu terbabit. Kebitaraan dalam teknik tanggam ini menjadikannya sebagai salah satu daya cipta warisan Melayu yang unggul.
Gambaran Istana Seri Menanti dari sudut berbeza
JENIS-JENIS TANGGAM
Tanggam adalah cara penyambungan kayu yang bertakuk-takuk supaya dapat dihubungkan rapat-rapat serta kukuh.
Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis dengan beberapa subjenis lagi iaitu:
- Tanggam melebar
Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat
- Tanggam siku
Tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang
- Tanggam pemidang
Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting
- Tanggam memanjang
Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap
Walaupun tidak perlu, bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, gam, skru, bolt dan nat boleh digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina. Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang pula perlu semasa membuat tanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.
Itulah antara tanggam-tanggam yang telah saya pelajari dikelas Teknologi Kayu ini.
FUNGSI TANGGAM
Setiap tanggam mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Sebagai contoh, dibawah berikut adalah projek tanggam yang kami lakukan secara individu.
- Tanggam Lekap Penjuru: Tanggam ini digunakan untuk menyambung kepingan kayu agar menjadi lebih panjang dalam kerja-kerja pertukangan kayu.
- Tanggam Parit: Tanggam ini digunakan untuk membuat perabot seperti pembuatan laci, kotak dan bingkai gambar.
- Tanggam Lubang: Tanggam ini digunakan untuk kerja-kerja penyambungan pepenjuru seperti pembuatan kerangka meja, kerusi, pintu dan tingkap.
Teknologi kayu
Inilah kerja kayu dimana kerja yang menggunakan bahan yang diperbuat dengan kayu. Antara kerja yang boleh dilakukan dengan kerja kayu adalah seperti kerja mengukur, kerja melubang, kerja memaku, kerja memotong, kerja mengikir, kerja melicin, kerja mengemas, kerja melengkok. Objektif utama didalam projek kayu ini adalah bertujuan untuk melatih para pelajar menggunakan peralatan tangan dengan betul dan sesuai dengan mengikut kaedah yang betul. Selain itu, pengalaman melakukan kerja ini dapat digunakan oleh pelajar bakal guru untuk mendidik anak-anak bangsa. Pelajar juga didedahkan dengan kaedah dan teknik-teknik kerja kayu yang betul seperti kaedah untuk meggunakan gergaji dengan betul, kaedah menebuk lubang dengan betul dan sebagainya. Pelajar juga didedahkan dengan peraturan keselamatan bengkel setiap kali memasuki bengkel.
Kerja-kerja yang terlibat dalam projek ini adalah seperti:-
- Mengukur dan menanda
- Memotong, melubang, mengikir, mengosok, mengecat dan membenam.
- Kerja kemasan.
- Pemarkahan dan penilaian.
2.0 OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam melaksanakan kursus ini. Antaranya
ialah:
- Pelajar dapat mengetahui nama alatan tangan.
- Pelajar dapat memahami fungsi bagi setiap alatan tangan.
- Pelajar dapat mempelajari cara mengendalikan mesin.
- Pelajar tidak akan kekok dalam menggunakan alatan tangan apabila praktikal kelak.
- Pelajar mempelajari definisi tanggam yang sebenar
- Pelajar mengetahui jenis tanggam dan fungsinya
- Pelajar dapat meneroka sejarah penggunaan tanggam dalam kerja kayu
- Pelajar dapat melakar pelbagai jenis tanggam
Text
3.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL KAYU (PROJEK 1)
Dalam mengikuti bengkel kayu, aspek keselamatan amatlah menjadi keutamaan yang perlu dipatuhi. Hal ini kerana, keselamatan setiap individu itu sangat penting. Kemalangan perlulah disingkirkan dan dielakkan sepenuhnya. Setiap individu itu bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri serta orang yang berada di sekelilingnya.Dengan itu, risiko untuk berlakunya kemalangan dapat dikurangkan serta dapat dicegah.
Walaunbagaimanapun, penambahan alat perlidungan semasa melakukan kerja atau menggunakan mesin sentiasa berubah mengikut keadaan dan kesesuaian. Berikut adalah peraturan-peraturan penggunaan bengkel kayu :
a. Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran dari pengajar.
b. Pengguna mestilah faham dan tahu untuk mengedalikan operasi mesin atau alatan tangan sebelum melakukan sebarang kerja.
c. Jangan menggunakan mesin dan alat tangan yang diragui penggunaannya serta dapatkan tunjukajr dari pensyarah atau pengajar bengkel.
d. Pengguna dikehendaki memakai pakain bengkel atau yang sesuai untuk kerja – kerja didalam bengkel.
e. Pemakain selipar didalam bengkel dilarang sama sekali. Mestilah memakai kasut bertutup yang bergetah.
f. Pemakaian cermin mata keselamatan adalah dimestikan kepada pengguna.
g. Jangan menyimpan lebihan bahan atau komponen rekacipta didalam bengkel.
h. Simpan alat – alat dan segala peralatan yang telah digunakan diletakkan ditempat asalnya. Jangan biarka ianya bersepah diatas mesin dan diatas kawasan persekitaran bengkel.
i. Sila pastikan peralatan yang telah digunakan ,dikemas dan mencukupi bilangannya. Sekira berlaku kehilangan ,pelajar dikehendaki menggantikan peralatan yang baru.
Rajah 2.1 menunjukkan contoh pakaian keselamatan yang sesuai dan pakaian yang tidak sesuai digunakan didalam bengkel.