TEKNOLOGI KAYU (SHPL1002-01) TANGGAM LEKAP T

REPORT AMALI TEKNOLOGI KAYU

 

DITULIS OLEH NURULAIN NAWWARAH ARIF, PELAJAR SHPH 2019/2020

 

rsz_1img_1025.jpg.2

PENGENALAN

Apabila berada di bengkel kayu, secara umumnya pelajar akan didedahkan dengan cara penggunaan alatan tangan dan mesin yang berada di dalam bengkel dengan betul. Selain itu, pelajar didedahkan dengan amalan kerja selamat bagi mengelakkan daripada sebarang kemalangan. Pelajar telah didedahkan dengan mengkaji jenis bahaya atau keadaan tidak selamat dan cara menanganinya sebelum memulakan sesuatu kerja di dalam bengkel. Tambahan kami dapat melatih untuk mendisiplinkan diri dalam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 


Amali ini adalah amali membuat tanggam lekap T. Alatan dan mesin diberi pendedahan daripada pensyarah dan kemudian diajarkan cara dan kaedah penggunaannya dengan betul. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dan melahirkan seorang yang teliti dan berusaha dalam menyempurnakan projek bagi menyiapkan amali yang berkualiti. Pelajar dikehendaki menyelesaikan amali ini di bengkel sahaja. 

OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam melaksanakan kursus ini. Antaranya
ialah:

  • Pelajar dapat mengetahui nama alatan tangan.
  • Pelajar dapat memahami fungsi bagi setiap alatan tangan.
  • Pelajar dapat mempelajari cara mengendalikan mesin.
  • Pelajar tidak akan kekok dalam menggunakan alatan tangan apabila praktikal kelak.

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

Setiap kerja yang dilakukan di dalam bengkel mesti dilaksanakan dengan mempertimbangkan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain yang berada dipersekitaran kita. Alatan-alatan perlulah dikenalpasti dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu.

 

1. Peraturan Am Bengkel
a. Bengkel hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur
b. Tempat khas disediakan untuk menyimpan alatan
c. Hendaklah memastikan semua alat kawalan dan perlindungan elektrik bengkel berfungsi dengan baik
d. Laporkan kepada guru sekiranya terdapat satu keadaan bahaya
e. Pastikan semua suis ditutup ketika meninggalkan bengkel
f. Tidak bermain di dalam bengkel
g. Tidak menumpahkan minyak di atas lantai
h. Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api
i. Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik
j. Memastikan bengkel dibekalkan dengan peti pertolongan cemas
k. Sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan

 

2. Peraturan Keselamatan Alatan
a. Pastikan alatan dalam keadaan selamat sewaktu digunakan
b. Gunakan alatan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan
c. Bersihkan alatan yang telah digunakan
d. Laporkan kepada guru sekiranya alatan yang digunakan itu rosak, hilang dan merbahaya untuk digunakan
e. Menyimpan semua kayu yang tidak digunakan dalam stor selepas habis kerja
f. Menyimpan barang-barang yang mudah terbakar di tempat yang selamat

 

3. Peraturan Keselamatan Diri
a. Hendaklah sentiasa mematuhi peraturan bengkel
b. Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas
c. Laporkan kepada guru serta-merta sekiranya berlaku kemalangan
d. Pemakaian seperti jaket, tali leher, barang-barang kemas perlu disimpan semasa melakukan kerja-kerja bengkel
e. Seseorang yang berambut panjang perlu mengikat rambutnya
f. Baju berlengan panjang perlu digulung hingga ke siku
g. Gunakan kasut yang sesuai
h. Jangan melakukan kerja-kerja bengkel dalam keadaan yang penat, mengantuk atau kurang sihat
i. Gunakan cermin mata keselamatan dan alat pelindung muka untuk melindungi mata
j. Gunakan alat penapis habuk ketika berada dalam bengkel kayu
k. Menutup suis setiap kali hendak melakukan penyesuaian
l. Mendapatkan kebenaran daripada guru sebelum menggunakan mesin

TANGAN & FUNGSI

SESIKU L                         

   82a687359fcbad02535c216f22eed74f.jpg.1

  • Membuat garisan bersudut tepat.
  • Mengukur kepersegian ketepatan 90 darjah
  • Membina garis menegak

 

 PENSIL TUKANG                         

  pensil.jpg

  • Membuat garisan 
  • Menanda bentuk atau bahagian benda kerja

 

PISAU PENANDA                                 

pisau.jpg.1

  • Menanda garisan yang akan dipotong
  • Membina lurah pada kayu

 

PITA PENGUKUR

pita-pengukur.jpg.1

  • Mengukur jarak yang pendek dan panjang
  • Memindahkan ukuran

 

APIT G

apit g.jpg.1

  • Mengapit bahagian benda kerja kayu 
  • Memegang kayu yang hendak digerudi, pahat atau gergaji

 

GERGAJI PUTING

gergaji.jpg.2

  • Memotong benda kerja secara lurus

 

KIKIR 

kikir-untuk-menghaluskan-permukaan-material.jpg

  • Mengikir atau membesarkan lubang yang berbentuk segi empat secara kasar
  • Untuk mengikir alur atau lurah
  • Menipiskan permukaan kayu

 

PAHAT TEPI SERONG

pahat.jpg

  • Meraut, meratakan dan membersihkan bucu benda kerja

 

RAGUM MEJA

ragum.jpg.1

  • Memegang benda kerja

 

GANDIN KAYU

gandin kayu.jpg

  • Memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam

LANGKAH KERJA

photo_2020-04-29_00-29-49.jpg

LANGKAH KERJA:
1. Sediakan kayu mengikut ukuran
2. Rancang tanda ‘pin’ dan ‘soket’. Tanda ‘X’ bagi basi.
3. Gergaji mahu dan membelah atau memahat pin serta bersihkan.
4. Lengkapkan ‘pin’di atas kayu ‘soket’ dan ‘tandakan ‘soket’.
5. Gergaji dan pahat ‘soket’ serta bersihkan.
6. Pasangkan tanggam dan uji kepersegian.
7. Tampas hujung kayu ‘pin’.

 

PROSES MEMBUAT TANGGAM LEKAP T

photo_2020-02-20_17-21-55.jpg 

  • Mengukur dan menanda kayu mengikut ukuran yang telah ditetapkan.

photo_2020-02-20_07-54-57.jpg  

  • Memotong kayu tersebut kepada dua bahagian dikenali sebagai pin dan soket.

photo_2020-02-26_11-37-58.jpg

  • Pin ditanda X untuk mencari titik tengah dan membahagikan kepada dua bahagian.

photo_2020-02-26_11-38-02.jpg

  • Mengukur satu inci dari tepi kayu.
  • Selepas satu inci, barulah soket diukur mengikut kelebaran pin agar tanggam itu bercantum

photo_2020-02-26_11-37-38.jpg

  • Potong pin untuk mengikut garisan penanda yang telah diukur dan digaris.

photo_2020-04-18_15-14-50.jpg                  photo_2020-04-18_15-14-55.jpg

  • Soket dikerat dan dipahat mengikut kelebaran pin menggunakan gandin kayu.
  • Soket dikikir untuk meratakan dan mengemaskan hasil daripada pahat tadi sehingga selesai.

 

REFLEKSI

Dalam menyelesaikan tugasan projek kayu ini, saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Antaranya ialah:

  • Cara menggunakan alatan tangan dan mesin dengan betul. 
  • Mengenali nama-nama alatan tangan dan mesin beserta fungsinya. 
  • Belajar memahat dengan betul. 
  • Dapat belajar mengendalikan mesin band saw.
  • Mengetahui cara membuat tanggam lekap bajang. 
  • Belajar bersabar dan fokus serta meneliti setiap perkara yang dibuat.