Berdasarkan video klip tersebut, apa yang saya pelajari sumber manusia ini adalah bagaimana menguruskan seorang pekerja sebelum, semasa dan setelah diambil. Sumber manusia ini juga menggalakkan perkongsian pengalaman dan meningkatkan minat dalam pengurusan industri. Manusia terdiri daripada 3 golongan iaitu A, B dan C. A ialah tidak bekerja, B ialah peniaga dan C ialah usahawan. Kebiasaannya peniaga jarang mengambil sumber manusia tetapi usahawan akan mengambil sumber manusia kerana usahawan banyak lagi perkara yang perlu diuruskan. Dalam sesebuah syarikat, ada tiga level iaitu top level, middle level dan lower level. Sumber manusia akan berada pada middle level yang mana ianya akan mengembangkan syarikat.
Topik sumber manusia ini penting bagi mengetahui proses untuk mendapatkan suatu pekerjaan. Untuk mengembangkan syarikat, sumber manusia ini sangat diperlukan yang mana terlibat dalam mengembangkan kewangan syarikat dengan bekerjasama dengan pihak kewangan (financial) syarikat. Dalam erti kata lain, sumber manusia ini sangat penting dalam sesebuah syarikat. Untuk mendapatkan pekerjaan, semasa praktikal, lakukanlah sesuatu pekerjaan dengan bersungguh supaya mempunyai peluang untuk diserap masuk bekerja di dalam syarikat tersebut. Seandainya banyak masa untuk mencari tempat praktikal, seboleh-bolehnya carilah syarikat-syarikat besar yang telah beroperasi 10 tahun ke atas. Cuba elakkan praktikal di syarikat baru kerana anda tidak akan dibimbing kerana operasi syarikat masih baru.
Sebagai pelajar, menghadapi tugasan adalah perkara biasa. Tugasan yang diberikan, dibahagikan kepada dua sama ada tugasan individu atau secara berkumpulan. Apabila secara berkumpulan, topik ini akan saya aplikasikan dalam topik saya dalam pembahagian ahli kumpulan supaya sesuatu kerja dapat dihasilkan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.