REFLEKSI WEBINAR 1 (SHPE2622-05)

‘TURNING IDEAS INTO INNOVATION & MARKETING YOUR TECHNOLOGY’

Mr. Junaidi Said

Chief Executive Officer

Human Life Advancement Foundation (HLAF)

Berdasarkan video klip ini, apa yang saya pelajari adalah berkaitan inovasi produk. Inovasi ini adalah untuk kegunaan diri sendiri dan masyarakat. Ianya juga adalah untuk penambahbaikkan kualiti hidup. Kelebihan pengkomersial ini pada sesebuah negara adalah dapat menambah pendapatan negara. Sebuah idea bukanlah suatu penemuan. Penemuan yang berjaya bermakna suatu produk berjaya dipasarkan. Ianya mengambil masa yang lama untuk suatu idea itu sehingga produk tersebut berada di pasaran. Walaubagaimanapun ianya berdasarkan produk tersebut dan mengambil kira terlibat dalam industri apa untuk menentukan kepanjangan masa prosesnya.

Pembelajaran tentang topik ini penting kerana ianya membantu saya memahami selok belok dalam bidang perniagaan yang bermula dari idea sehingga mendapatkan lesen perniagaan. Topik ini juga sebagai tunjuk ajar untuk saya memulakan suatu perniagaan dengan menghasilkan produk yang baru. Kemudian melakukan inovasi pada produk baru tersebut.

Hasil daripada menonton video klip tersebut, topik ini akan saya gunakan dalam projek saya dengan melakukan analisis terhadap projek saya bagi menentukan projek saya berada di dalam bidang apa. Dengan ini, saya akan mengikut langkah demi langkah bagi proses projek yang akan saya lakukan.