UHIT2302 Pemikiran Sains dan Teknologi

TANGGAPAN AWAL & REFLEKSI MENGENAI PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI

A. TANGGAPAN AWAL

1. Sebelum mempelajari kursus Pemikiran Sains dan Teknologi, apakan tanggapan awal yang bermain di fikiran anda?

Sains merupakan ilmu yang mempelajari alam semesta beserta seluruh isinya. Manakala teknologi adalah suatu sarana yang digunakan untuk memenuhi kebutuhan hidup manusia.
Teknologi merupakan penerapan sains yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, saya mengganggap kursus ini akan mempelajari mengenai perkerbangan pemikiran manusia yang dapat menambahbaik teknologi yang ada atau mencipta teknologi baru untuk kemudahan manusia dan alam semesta.


2. Apakah jangkaan (expectation) anda terhadap kursus ini?

Pada mulanya saya menganggap kursus ini berkaitan dengan perkembangan teknologi terkini sahaja dan bagaimana manusia menjalani kehidupan menggunakan teknologi semasa serta cara manusia menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Selain itu, saya menganggap bahawa kursus ini merupakan ilmu yang boleh diterima akal atau logik serta kesan teknologi kepada global.

 

 

 

 


B. REFLEKSI KURSUS

1. Apakah yang anda telah pelajari dalam kursus ini? Apakah yang paling memberi kesan kepada anda?

Setelah memahami berkaitan dengan kursus ini, saya dapat melakukan kesimpulan berkaitan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan. Selain itu, saya dapat menganalisis isu-isu semasa dan membuat perbezaan berkaitan transformasi dan inovasi dalam pemikiran sains dan teknologi.

2. Apakah komentar anda terhadap pengajaran dan pembelajaran kursus ini?

Selepas mempelajari kursus pemikiran sains dan teknologi, saya memahami bahawa kursus ini menjelaskan tentang perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini. Selain itu, kursus ini adalah berkaitan dengan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan. Kursus ini mampu menjadikan pelajar untuk berfikiran lebih kehadapan seiringan dengan pembelajaran berkaitan perubahan teknologi yang semakin berkembang mengikut peredaran zaman.

 

3. Berikan cadangan anda terhadap penambahbaikan kursus ini.

Kursus ini mengalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis. Jadi, saya mencadangkan kursus ini diteruskan supaya universiti dapat melahirkan generasi yang berfikiran lebih kreatif dan kritis supaya mereka dapat membantu menyelesaikan masalah yang lebi kompleks pada masa akan datang. Cadangan saya adalah memperbanyakkan lagi aktiviti berkumpulan supaya setiap ahli dapat berkongsi idea mengenai ilmu yang mereka ada terutama mengenai sains dan teknologi.