MALAYSIAN DYNAMIC

UHAS1172-17

PESTA KUIH BULAN

PENGENALAN

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan tradisional utama rakyat China. Perayaan ini juga dikenali sebagai Pesta Mengekori Bulan, Pesta Menyembah Bulan, Pesta Bulan Lapan dan Pesta Berkumpul. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam Kalender Cina setiap tahun dan pada ketika itu adalah musim luruh di China. Oleh itu, Perayaan Kuih Bulan juga dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Pada hari itu, bulan biasanya mengambang dan terang. Bulan penuh melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu. Oleh itu, Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Tahun Baru Cina dan akan diraikan oleh orang keturunan Cina di seluruh dunia. Biasanya, Perayaan Kuih Bulan akan disambut dengan tanglung dan kuih bulan.

ASAL USUL PERAYAAN

Perayaan Kuih Bulan diperkenalkan pada Pesta Menuai semasa Dinasti Zhou. Sambutan ini diteruskan di istana semasa pemerintahan dinasti yang seterusnya.  Perayaan ini amat diberatkan semasa Dinasti Tang. Maharaja pada masa itu akan berdoa terhadap bulan agar perpaduan keluarga dan kedamaian negara dijamin. Amalan ini diteruskan semasa Dinasti Song disambut oleh Raja dan rakyat seluruh negara dan telah diwariskan oleh orang keturunan Cina hingga zaman ini.

Menurut kisah rakyat di China pula, Perayaan Kuih Bulan merupakan sambutan kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan. Terdapat pelbagai sejarah dan mitos yang amat menarik sinonim dengan Perayaan Kuih Bulan.

CARA PENYAMBUTAN PERAYAAN

Terdapat berbagai-bagai cara untuk merayakan Perayaan Kuih Bulan tetapi niatnya tetap sama untuk memperjuangkan keamanan, mengekalkan perpaduan dan mengeratkan hubungan antara anggota keluarga.

Menikmati Pemandangan Bulan

Sejak Dinasti Tang, semua anggota keluarga akan berkumpul bersama-sama untuk menikmati pemandangan bulan yang indah dan kanak-kanak akan bermain dengan tanglung. Pada zaman Dinasti Song, setiap kedai dan restoran akan membuat penghiasan dengan menggunakan tanglung dan kain satin yang berwarna-warni untuk meraikan Perayaan Kuih Bulan. Sesetengah keluarga kaya pada zaman itu akan menghidangkan jamuan di hadapan rumah untuk dinikmati oleh semua anggota keluarga. Selepas Dinasti Ming pula, tradisi seperti melepaskan tanglung langit telah diamalkan. Kini, tradisi sebegini masih diamalkan oleh kebanyakan keluarga tetapi dengan cara yang lebih ringkas.

Penyembahan Bulan

Masyarakat etnik Zhuang merayakan Pesta Kuih Bulan dengan menyembah bulan dan menghidangkan arak. Para gadisnya pula akan memasang tanglung dan meletakkannya di permukaan air sungai dan tasik sambil berdoa agar mendapat kebahagiaan sepanjang hayat. Mereka percaya bahawa penyembahan bulan yang melambangkan perpaduan akan membawa keharmonian, kesenangan dan keamanan kepada seluruh keluarga.

Tradisi penyembahan bulan semakin berkurangan pada zaman sekarang dan majoritinya hanya dititikberatkan oleh orang Kanton. Mereka akan menyediakan berbagai-bagai makanan dan buah-buahan seperti kuih bulan, buah pomelo dan buah keladi untuk upacara penyembahan. Makanan dan buah-buahan ini akan dinikmati oleh semua anggota keluarga selepas selesai upacara tersebut.

LAGENDA-LAGENDA YANG BERKAITAN DENGAN PERAYAAN KUIH BULAN

  1. Lagenda Chang Er (嫦娥奔月)

FDG.png

Menurut lagenda, pada zaman purba terdapat sepuluh buah matahari di langit pada masa yang sama. Fenomena ini telah menyebabkan banyak tanaman layu dan rakyat juga hidup dalam kesusahan. Terdapat seorang pewira namanya Hou Yi (后羿), beliau bersimpati dengan penderitaan rakyat lalu pergi ke gunung Kun Lun dengan membawa sekali panahnya, beliau telah memanah sembilan buah matahari dengan panahnya justeru memerintah matahari yang tinggal supaya turun dan terbit pada masa yang ditetapkan.

Oleh sebab perlakuan Hou Yi yang telah menyelamatkan semua rakyat, beliau amat dihormati dan disayangi orang ramai. Hou Yi beristeri seorang perempuan yang baik hati dan cantik namanya Chang Er (嫦娥), selain daripada mengajar seni memburu, kebanyakan masa Hou Yi akan menemani isterinya Chang Er. Kedua suami isteri ini merupakan model suami isteri kepada orang ramai dan amat dicemburui.

Disebabkan oleh kejayaan Hou Yi memanah dan menghapuskan sembilan buah matahari, orang ramai telah merantis dengan Hou Yi untuk berlajar seni memanah termasuk Peng Meng (蓬蒙) yang tidak berniat baik.

Pada suatu hari, Hou Yi telah pergi ke Gunung Kun Lun untuk mencari kawannya. Semasa ke rumah kawannya beliau telah berjumpa dengan Ratu Dewi. Lalu Ratu Dewi telah menghadiahi Hou Yi satu ubat yang ajaib. Ubat tersebut dikata selepas dimakan manusia, mereka akan mendapat tubuh yang kekal abadi dan akan menjadi seorang dewa. Walau bagaimanapun, Hou Yi tidak makan ubat tersebut sebab beliau tidak mahu meninggalkan isterinya Chang Er. Hou Yi telah menyimpan ubat tersebut di dalam satu kotak kayu. Akan tetapi, Peng Meng telah melihat serta faham akan keajaiban ubat tersebut. Peng Meng kemudiannya berniat  mencuri ubat tersebut untuk menjadi seorang dewa.

Tiga hari selepas itu, Hou Yi telah membawa para perantis untuk memburu di hutan. Peng Meng telah berpura-pura sakit dan tidak mengikut Hou Yi masuk hutan. Tidak lama kemudian, selepas Hou Yi bertolak, Peng Meng telah membawa sebilah pedang dan mencerobohi rumah Hou Yi, dia telah memaksa Chang Er untuk menyerahkan ubat tersebut. Chang Er tahu dia tidak mampu berlawan Peng Meng dan dalam situasi kecemasan tersebut Chang Er telah mengeluarkan ubat tersebut dan menelannya untuk menggelak Peng Meng mendapat ubat itu dan menjadi dewa lalu membawa padah kepada rakyat. Selepas menelan ubat tersebut, tubuh Chang Er telah menjadi sangat ringan dan dia telah terbang ke langit. Oleh sebab Chang Er enggan meinggalkan Hou Yi berseorang, Chang Er telah terbang ke tempat yang paling berdekatan dengan bumi iaitu bulan dan telah menjadi seorang dewi de bulan.

Pada waktu petang, selepas Hou Yi pulang ke rumah, hamba telah menceritakan semua yang berlaku pada Hou Yi. Hou Yi yang sedih dan marah teringin membalas dendam malangnya Peng Meng telah lama melarikan diri. Hou Yi yang kecewa, memandang ke langit malam dan memanggil nama isterinya. Pada masa yang sama, Hou Yi telah perasan bulan malam itu mempunyai cahaya dan saiz yang luar biasa, beliau juga perasan ada satu bayang-bayang di bulan yang seumpama Chang Er. Hou Yi lalu berlari cuba mengejar bulan, tetapi apabila Hou Yi mengejar tiga langkah, bulan akan berundur tiga langkah dan apabila beliau mengundur tiga langkah bulan akan ke depan tiga langkah,

 Hou Yi tahu yang beliau tidak akan dapat mengejar bulan, beliau amat merindui isterinya lalu suruh hamba untuk menyediakan makanan kegemaran Chang Er untuk menyembah Chang Er. Peristiwa Chang Er telah diketahui oleh orang ramai, mereka juga menyembah Chang Er supaya Chang Er akan memberkati mereka. Sejak peristiwa ini, budaya menyembah bulan telah diwarisi semasa perayaan kuih bulan.

KESIMPULAN

Pesta Tanglong diraikan oleh masyarakat Cina berdasarkan kepercayaan dan legenda yang diceritakan dari turun temurun. Makanan tradisi yang menjadi lambang dalam menyambut pesta tanglong adalah kuih bulan. Kuih bulan menjadi makanan tradisi masyarakat Cina kerana ianya merupakan satu medium yang penting digunakan pada masa dahulu berdasarkan beberapa kisah legenda. Kebiasaannya, Masyarakat Cina akan menyambut pesta ini dengan keluarga mereka. Kebiasaannya seluruh keluarga akan berkumpul dan makan kuih bulan bersama-sama.

REPORT