TANGGAPAN AWAL DAN REFLEKSI TERHADAP PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
TANGGAPAN AWAL TERHADAP KURSUS PERMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (UHIT2302-43)
Kandungan utama
Kursus pemikiran sains dan teknologi meliputi kemahiran dan kemajuan teknologi manusia dalam memudahkan aktiviti dan masalah dalam kehidupan.
Ia juga endedahkan sejarah Islam terdahulu.
Relevansi dengan bidang kajian
Kursus pemikiran sains dan teknologi mendedahkan penggunaan teknologi atau pemikiran terdahulu dan semasa.
Jangkaan manfaat
Kemajuan sains dan teknologi membantu manusia menjalani kehidupan yang selesa, mudah dan teratur.
Kemajuan juga dicapai berasaskan nilai-nilai Islam.
Komitmen dan sumbangan
Memberi komitmen yang sepenuhnya dalam penggunaan sains dan teknologi agar pemikiran sains dan teknologi lenih berkembang dan maju.
REFLEKSI TERHADAP PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Pendidikan Sains dan Teknologi ini memberi pendedahan tentang kemajuan teknologi dari tamadun awal hingga ke hari ini disebabkan oleh banyak faktor. Melalui pembelajaran ini, pembezaan penggunaan teknologi dapat dilihat dan perkembangannya adalah sangat ketara dari segi pelbagai aspek. Perkembangan teknologi memberi sumbangan terbesar dalam kemajuan sistem mata wang, sistem pengangkutan, sistem komunikasi dan banyak lagi.
Namun, perkembangan teknologi ini dapat memberi kesan negatif kepada sosial, ekonomi dan negara. Perkembangan teknologi yang semakin pesat pada era globalisasi ini memudahkan masyarakat untuk mengakses dengan mudah serta mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti menggodam komputer, mencuri maklumat dan banyak lagi yang mendatangkan kesan buruk. Contohnya, penghasilan laman web haram seperti “Silk Road” yang diasaskan oleh Ross Ulbricht yang digunakan untuk menjual dadah.
Pada pendapat saya, perkembangan teknologi yang semakin pesat ini haruslah digunakan sebaiknya di mana ia memberi kesan positif kepada diri sendiri, masyarakat serta negara. Perkembangan sains dan teknologi ini juga dapat mendorong masyarakat terutamanya mahasiswa untuk menjadi lebih inovatif dalam mencipta serta menggunakan kemajuan teknologi dengan sepenuhnya pada era globalisasi ini yang dapat memudahkan segala aktiviti dalam kehidupan seharian.
Berdasarkan pendidikan sains dan teknologi ini, saya dapat mengetahui tentang faktor perkembangan teknologi iaitu salah satunya adalah dari agama Islam yang banyak memberi sumbangan kepada tamadun awal serta ke hari ini dan ia juga sentiasa mendorong umatnya untuk melakukan penerokaan serta kajian dalam sains dan teknologi.