WORK @UTM

WORKS

SISTEM MY e-PORTFOLIO UTM

 

1. BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM MY e-PORTFOLIO UTM UNTUK PENSYARAH FKE

Tarikh & Masa: 5.02.2018 (Isnin) & 9.00 pagi-12.00 tengahari

Tempat: Bilik Sistem Komputer 2, Blok P19a FKE

 

Ulasan/Catatan/Cadangan Penambahbaikan:

1. Sistem MY e-Portfolio UTM ini dicadangkan sebagai markah Webometrik (Bonus) di dalam pemarkahan Sistem e-LPPT.

2. Bagaimana dengan penggunaan sistem e-Learning memandangkan pensyarah telah mewujudkan ruangan refleksi pembelajaran di dalam sistem berkenaan. 

3. Sistem ini mesra pengguna kerana ianya memudahkan pelajar untuk membuat perancangan akademik dan kerjaya disepanjang pembelajaran mereka. Segala aktiviti direkodkan.

 

 

2. BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM MY e-PORTFOLIO UTM UNTUK PENSYARAH FKT

Tarikh & Masa: 30.10.2018 (Selasa) & 9.00 pagi-12.00 tengahari

Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Blok N01a, FKT

 ePortfolio FKT.jpeg.1FB_IMG_1517288485553.jpg

 

 

3. BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM MY e-PORTFOLIO UTM UNTUK PENGAJAR KURSUS UMUM

Tarikh & Masa: 28.10.2018 (Ahad) & 9.00 pagi-12.00 tengahari

Tempat: Dewan Perkhidmatan & Sokongan Pelajar, Aras 3, CICT UTM

Ulasan

- Seramai 25 orang peserta telah hadir ke bengkel ini

- Respon dan komunikasi antara Dekan, pengajar dan peserta positif. Majoriti mengatakan bahawa sistem ini mampu memudahkan urusan pemantauan aktiviti pelajar dan ianya juga mampu menjadi platform terbaik untuk aktiviti Penasihatan Akademik,

 Cadangan Peserta:

1) UGS diminta untuk memperluaskan lagi pengenalan sistem ini di semua fakulti UTM.

2) Integrasi sistem MY e-Portfolio dan Blog Fakulti. (Pengguna boleh meletakkan link MY e-Portfolio mereka di blog masing-masing).

3) Wajibkan penggunaan sistem MY e-Portfolio untuk semua kursus.

4) Mewujudkan Disclaimer sebelum Pelajar menggunakan sistem e-Portfolio. Cadangan ini wajar kerana terdapat kebarangkalian pelajar memanipulasi e-Portfolio yang akan dihantar kepada bakal majikan mereka. Sebagai contoh, dikhuatiri pelajar 'copy paste' kerja/proposal/assignment/projek pelajar lain.

  

 

  4. PELANCARAN SISTEM MY e-PORTFOLIO PERINGKAT NASIONAL

- Dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 26 Oktober 2017 bertempat di Auditorium Putra, Fakulti Kejuruteraan, UPM Serdang.

- 5 Universiti Awam (UA) menjadi perintis penggunaan sistem MY e-Portfolio peringkat Nasional iaitu UTM, UPM, UKM, UiTM dn UIA. Kelima-lima UA ini telah telibat secara langsung semasa perasmian dengan memaparkan sistem e-portfolio yang dibangunkan kepada tetamu-tetamu yang hadir terdiri daripada wakil-wakil UA Malaysia, Kementerian, pelajar dan pensyarah UA dan juga pihak Industri.

 YB Menteri Lancar EPORTFOLIO.pngAmrie YB Deris.jpg

 

 

5. PEMERKASAAN SISTEM MY E-PORTFOLIO UTM

Beberapa siri bengkel penggunaan sistem dan TOT sistem My e-Portfolio UTM telah/akan dijalankan bagi memastikan penggunaan sistem ini diperkasakan di semua fakulti dan pelajar.

a) Pembentukan “Champions” dikalangan pelajar

b) Ikon pelajar guna portfolio

 Picture Kelas ePortfolio.jpg

Fakulti juga akan mengenalpasti beberapa kursus mengikut program dan tahun pengajian untuk embed penggunaan sistem My e-Portfolio ini ke dalam kursus tersebut. Rubrik penilaian telah dikenalpasti dan dijangka akan mula menggunakannya seawal semester hadapan.

Jadual di bawah merupakan aktiviti Pemerkasaan Sistem MY e-Portfolio untuk tahun 2017:

BIL

TARIKH (TAHUN 2017)

AKTIVITI

KUMPULAN/ FAKULTI

1.

4 November 2017

Training for Champions

48 pelajar MJIIT

2.

16 Disember 2017

Training for Champions

60 pelajar MJIIT

3.

29 November 2017

Bengkel Penggunaan Sistem My E-Portfolio UTM

30 pelajar FCOMP

4.

4 Disember 2017

Bengkel Penggunaan Sistem My E-Portfolio UTM

40 pelajar FCOMP

5.

Cuti Semester

Bengkel Penggunaan Sistem My E-Portfolio

Semua Fakulti (Pensyarah terpilih sebagai Champion)

 

 

6. MESYUARAT PENGGUNAAN SISTEM e-PORTFOLIO UTM

Catatan/Nota Mesyuarat

Tarikh: 4 Oktober 2017

Masa: 2.30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat UGS

 

A. Sistem e-Portfolio UTM

1) Salah satu elemen yang penting di dalam pembelajaran abad ke 21 adalah penggunaan sistem e-portfolio.UTM merupakan institusi yang telah lama memperkenalkan sistem e-Portfolio di mana ianya telah dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2007. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan sistem ini kurang berjaya penggunaanya di UTM.

2) UTM akan mula menekankan elemen penggunaan sistem e-Portfolio bermula sesi akademik 2017/2018 dan satu Jawatankuasa khas peringkat Universiti akan ditubuhkan bagi menggalakkan penggunaan sistem ini.

3) Fakulti perlu mengenalpasti kursus-kursus yang boleh dimasukkan ke dalam e-Portfolio bagi membolehkan mahasiwa terlibat di dalam proses refleksi secara berterusan ke atas pembelajaran serta pembangunan diri mereka. UGS akan mengemukakan surat rasmi kepada fakulti untuk mereka menamakan satu kursus untuk setiap program mengikut tahun pengajian. - Tindakan - UGS

4) Universiti atau satu jawatankuasa yang akan ditubuhkan perlu memikirkan kaedah atau promosi yang boleh digunakan untuk memperkukuhkan penggunaan sistem e-Portfolio di UTM bermula dari Tahun Satu pelajar sesi 2017/2018.

 5) Wakil MJIIT memaklumkan bahawa mereka telah melaksanakan Bengkel Penggunaan Sistem e-Portfolio untuk semua pelajar Tahun Satu seramai 49 orang pada 14 Oktober 2017 yang lalu. Hasil usaha pengursuan MJIIT dalam mempromsikan sistem e-Portfolio, bengkel ini mendapat sambutan daripada semua pelajar termasuk pelajar Kanan MJIIT di mana satu lagi bengkel dicadangkan untuk diadakan pada penghujung semester 1 20172018.

6) PM Wardah memaklumkan bahawa satu bengkel pembangunan sistem e-portfolio Universiti Awam akan diadakan pada 5 Oktober 2017 bertempat di UPM Serdang. Emel jemputan telah dihantar ke UTM melalui CTL. Dicadangkan Penolong Pendaftar UGS mengikuti bengkel khas ini.

 

B. Penetapan Terma Rujukan (TOR) Jawatankuasa Sistem e-Portfolio UTM

 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan peranan dan tanggungjawab terma rujukan sebagaimana di bawah. 

  1. Merekabentuk, membangun serta memperkasa penggunaan sistem e-Portfolio UTM.
  2. Merancang aktiviti latihan bagi pelajar dan staf akademik.
  3. Menyemak dan mengemaskini keperluan sistem e-Portfolio dari sudut pandangan pengguna secara berkala.
  4. Memantau keberkesanan sistem e-Portfolio yang telah dilaksanakan di peringkat fakulti dan membantu menyumbang idea kepada universiti bagi menambahbaik sistem sedia ada.
  5. Menyediakan laporan dan statistik penggunaan sistem e-Portfolio dari semasa ke semasa.

 

 

PERTANDINGAN ROBOCON PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

ROBOCON MALAYSIA 2018

Tarikh: 19 hingga 21 April 2018

Tempat: UNITEN, Bangi, Kuala Lumpur

Skop Tugasan: Unit Program Robocon

 

1. Mesyuarat Jawatankuasa Robocon 2018 (Disember 2017) @Bilik Persidangan 1, FKE

2. Mesyuarat Unit Program Robocon 2018 (24.1.2018) @BM Dekan FKE

DOWNLOAD: Cadangan Program Flow Robocon 2018

PROGRAM-PROGRAM STRATEGI PEMBELAJARAN

1. AKTIVITI YANG AKAN/TELAH DIJALANKAN TAHUN 2017 (SESI AKADEMIK 2017/2018)

Program

Jumlah pelajar

Fasilitator

a) Lunch & Learn

Makan tengahari bersama Profesor

9 kali pertemuan -

89 orang

Dekan Fakulti, Pentadbir Akademik, Dekan dan Timb. Dekan UGS

b) Bottom 40 (B40)

Coaching@UGS Survival University, Saya Mahu Sukses

91 orang

Dekan UGS, Felo UGS

c) Supplemental Instruction (SI)

Peer Tutoring Mentor Mentee

62 orang Mentee

9 orang pelajar Mentor

 

LUCNH &LEARN.jpgCoaching @UGS.jpgSI.jpg

 d) First in Family (FIF) – Dalam perancangan mengadakan beberapa siri program Strategi Pembelajaran seperti Presentation Skills, Communication Skills dan Learning Skills sebelum minggu peperiksaan dan awal semester 2.

e) De Stress Week (minggu peperiksaan) - UGS membuka booth di foyer Perpustakaan Sultanah Zanariah untuk me’Nyah’ stress pelajar menghadapi peperiksaan akhir.

f) Sharing Session Dekan UGS bersama Pelajar Prasiswazah Antarabangsa.

FIF.jpgUGS with IS.jpgDe Stress.jpg

FIRST YEAR EXPERIENCE (FYE)

PROGRAM PENGALAMAN TAHUN SATU (FYE)

Program FYE ini bertujuan untuk menerapkan kefahaman awal kepada pelajar mengenai program pengajian, prospek kerjaya, aspirasi fakulti dan UTM, penerapan kemahiran insaniah dan mengeratkan jalinan ukhuwah dengan pelajar senior dan pensyarah.

 

Statistik Perbelanjaan Program FYE Sesi 2017/2018 Mengikut Fakulti:

BIL

FAKULTI

JUMLAH PERUNTUKAN YANG DILULUSKAN

BILANGAN PROGRAM YANG DIJALANKAN

BILANGAN PELAJAR

1.

Fakulti Alam Bina

RM3,140.00

3

157

2.

Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan

RM2,133.00

1

200

3.

Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah

RM2,320.00

2

116

4.

Fakulti Kejuruteraan Awam

RM5,540.00

1

277

5.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

RM3,150.00

2

158

6.

Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga

RM2,980.00

2

149

7.

Fakulti Sains

RM1,420.00

3

284

 

JUMLAH KESELURUHAN

RM20,693.00

14

1,341

 

SEMAKAN SEMULA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI (LI) UTM