SENARAI TUGAS PPK UGS
Bertanggungjawab kepada Dekan & Timbalan Dekan Pembangunan (Akademik)
1. Mengurus hal ehwal pentadbiran Unit, pengurusan aset dan inventori Pengajian Prasiswazah dan Pusat Pembangunan Akademik (ADC UGS).
2. Mengurus kewangan dan bajet Unit.
3. Bertanggungjawab dalam pengurusan, kewangan serta pelaporan program First Year Experience (FYE) yang dilaksanakan di semua fakulti UTM.
4. Merancang dan mengalisis soal selidik kemasukan pelajar baharu setiap sesi akademik.
5. Bertanggungjawab dalam urusan program-program strategi pembelajaran untuk pelajar prasiswazah.
6. Membantu unit bekerjasama dengan fakulti/unit dalam memastikan pembangunan dan pengurusan program pra siswazah UTM.
7. Membantu Dekan melaksanakan program pembangunan dan penambahbaikan kurikulum kursus umum peringkat Universiti.
8. Urusetia Latihan Industri (LI) peringkat Universiti.
9. Urusetia di dalam Jawatankuasa Sistem e-Portfolio UTM.
10. Bertanggungjawab dalam melaksanakan bengkel penggunaan Sistem e-Portfolio Universiti dari semasa ke semasa.
11. Membantu Dekan merancang dan melaksanakan program/bengkel/seminar berkaitan kursus-kursus atau program-program baru akademik mahasiswa prasiswazah mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
12. Membantu mengumpul data dan maklumat berkaitan pengajian prasiswazah untuk tujuan rekod dan perancangan Universiti.
13. Membantu Dekan dalam mencapai Key Performance Index (KPI) Unit yang ditetapkan.
14. Membantu mengumpul bahan / maklumat serta bersama-sama merancang konsep penulisan serta menyediakan bahan penulisan untuk penerbitan UGS seperti Laporan Tahunan Unit, bahan bercetak berkenaan program-program prasiswazah dsbnya.
15. Membantu tugas-tugas pembangunan dan pengemaskinian laman web unit/ facebook dari semasa ke semasa : penyediaaan bahan/maklumat dsbnya.
16. Lain-lain tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.
IDP-A Kump. 7
Assalamualaikum wm..
Saya telah ditawarkan untuk mengikuti Program Penilaian, Pelan Pembangunan Individu IDP-A (Kumpulan 7) bermula daripada 12 sehingga 14 Februari 2018 di Pusat Latihan UTM. Program selama tiga (3) hari ini melibatkan pelbagai skim untuk pegawai P&P UTM Gred 44. Antara program penilaian yang meminta setiap pegawai melontarkan dan membentangkan idea adalah seperti berikut:
1) enVision UTM 2025
- Saya diberikan tajuk Widen & Democratised Access – Intensified TNE, flexible education, increase and diversified financial support, equity. Untuk sesi ini, penilai meminta peserta untuk mencadangkan strategi bagi pelaksanaan komponen enVision di atas.
- Bagi memastikan UTM memberikan pendidikan secara fleksibel dan berekuiti (kesamarataan dan keseimbangan), saya membentang beberapa perkara berkaitan Pelaksanaan Program Gap Year dan juga program untuk pelajar dalam golongan Bottom 40 (B40). Terima kasih kepada penganjur dan juga penilai kerana banyak benda (ilmu) baharu yang saya dapat melalui sesi ini.
2) My Line
- Program ini merupakan program Bahasa Inggeris 100% di mana pelajar perlu mengikuti dua (2) aktiviti seperti kuiz grammar dan juga group presentation. Untuk kuiz, peserta perlu menjawab 40 soalan dalam masa 30 minit manakala untuk presentation peserta perlu menjalankan mesyuarat (dalam kumpulan) berkaitan persediaan untuk mengadakan One-Day Seminar.
- Setiap kumpulan terbahagi kepada 4 orang dan saya bertindak sebagai Facility Manager yang mana tugasnya memastikan segala keperluan logistik seminar disediakan menjelang pelaksaan One Day Seminar tersebut. Ianya dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan kami semua sangat bersemangat menyempurnakan tugasan yang diberikan. Tahniah team!
- Alhamdulillah sesi MyLine dapat dijalankan dengan penuh santai dan harmoni. Guru-guru Bahasa dan penilai juga agak fleksibel dalam memastikan setiap peserta selesa untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
3) Business Model Canvas (BMC)
- BMC merupakan topik yang sangat familiar bagi pelajar-pelajar MBA seperti saya. Terdapat 9 elemen penting dalam BMC iaitu 1) Key Partners, 2) Key Activities, 3) Key Resources, 4) Value Propositions, 5) Customer Relationship, 6) Customer Segments, 7) Channel, 8) Cost Structure, 9) Revenue Stream.
- Alhamdulillah saya telah mencadangkan bisnes berkaitan Sport & Recreation UTM yang mana para penilai bersetuju dengan BMC dan hujah-hujah yang saya cadangkan. Lampiran di bawah refleksi merupakan BMC yang saya cadangkan.
4) Integrity, Synergy, Excellence dan Sustainability (ISES UTM)
- Ini antara program yang menarik kerana semua peserta dikumpulkan dan duduk seperti di dalam forum yang sebenar. Program ini meminta peserta untuk berbincang, berfikir secara kritikal serta kreatif, melontar idea-idea yang bernas dan juga memberi pendapat yang konkrit mengikut keadaan dan persekitaran yang sebenar berlaku di UTM.
- Sangat menarik kerana saya dapat mengutarakan beberapa isu dan pendapat berkaitan UTM. Semoga apa yang diforumkan ini (yang hujahnya bernas) dapat disampaikan ke 'atas'. Insha Allah.
5) Who AM I - Interview
- Who AM I merupakan sesi interview (individu) yang memakan masa 10-15 minit. Untuk ini, saya ditemubual oleh 2 orang penilai iaitu En. Kamsaini dan juga Pn. Norazlina Md Zaid. Temubual berkisar apa aktiviti dan program yang saya lakukan di Pengajian Prasiswazah (UGS) dan juga KAI yang diberikan.
- Penilai juga meminta pendapat dan pandangan saya bagaimana sekiranya saya ditukar dan ditempatkan di tempat bertugas yang lain? Untuk soalan tersebut, saya menyatakan bahawa saya sangat obses berkaitan Pengangkutan dan Logistik sejak sekolah dan saya berpendapat PHB adalah tempat yang terbaik. Saya juga tidak kisah ditempatkan di mana-mana asalkan saya mampu untuk menyumbangkan sesuatu untuk UTM.
- Ada juga elemen 'menguji' dan 'provokasi' di dalam sesi ini, tetapi saya masih lagi tersenyum dan apa yang penting, hasrat saya untuk berkongsi idea dan pandangan dapat saya utarakan. Alhamdulilah sesi berlangsung dengan sangat tenang dan harmoni.
6) ExcelMag - Excellent Manager
- Antara aktiviti yang saya 'lambat berfikir' mungkin kerana saya keletihan kerana dalam masa 2 hari saya sentiasa melontarkan idea dan pandangan. Tetapi Alhamdulillah saya dapat menggunakan ilmu yang saya miliki semasa Bercuti Belajar (CB) untuk saya kongsikan bersama penilai dan juga rakan-rakan seperjuangan. Saya memilih KFA4 L1.1 iaitu Percentage of staff with Holistics Value dan beberapa cadangan penyelesaian serta penambahbaikan saya kongsikan.
- Saya juga memberikan contoh-contoh kaedah intervensi dalam organisasi dan juga beberapa komponen karakter dalam memastikan inisiatif untuk KFA4 ini tercapai. Inisiatif yang dicadangkan menyentuh soal Integrated Strategic Change, budaya di tempat kerja dan Work Job Design (sistem penyampaian).
7) Leading-edge UTM
- Sesi ini agak menarik kerana para peserta diberi masa untuk memikirkan soal sustainability untuk UTM. Terdapat 2 perkara yang dimaklumkan iaitu samada Penjimatan ataupun sesuatu yang menjana keuntungan. Walaubagaimanapun, ianya dilihat sedikit tricky kerana soalan esaimen meminta peserta memasukkan elemen 'Futuristik' yang boleh dicapai dalam 5 hingga 10 tahun akan datang.
- Soal jana keuntungan, saya fikir untuk berkongsi perkara yang sedang/telah berlaku iaitu Khidmat/Bisnes thesis binding yang dijalankan di KTC yang mana elemen futuristik yang saya masukkan adalah penggunaan sistem pesanan (booking) bagi meningkatkan jualan thesis binding dalam dan luar UTM.
- Walaubagaimanapun, saya dimaklumkan oleh penilai, mereka inginkan sesuatu yang lebih 'futuristik' yang mana cadangan atau perkara 'sustainability' yang diinginkan agak sukar/atau hampir tidak mampu dilaksanakan. Ada beberapa perkara yang saya ingin bahaskan khususnya berkaitan konsep bisnes tetapi saya memilih untuk silent kerana ianya bukan platform yang sesuai.
- Apa yang pasti, saya sangat bersetuju dengan konsep kebersamaan atau lebih mudah saya katakan konsep 'SINERGI' yang dicadang oleh Puan Penilai memang perlu ditekankan pada semua staf (akademik dan bukan akademik) UTM bagi memastikan segala cita-cita/impian sama ada futuristik atau tidak dapat dicapai dengan jayanya. Bukan sekadar 'Angan-angan Mat Jenin'. InshaAllah
Pembangunan Kerjaya PPK
BIL |
PERKARA |
HURAIAN |
TARIKH |
TEMPAT |
CATATAN (+) |
1. |
Lapor Diri Pen. Pendaftar Kanan (N44) |
Lapor diri di Pengajian Prasiswazah |
5.9.2017 |
Pusat Pembangunan Akademik (ADC), Pejabat Pengajian Prasiswazah (UGS) |
Tamat Cuti Belajar (CB) 1.2.2016 – 31.8.2017 |
2. |
Urusetia JK Sistem e-Portfolio UTM dan Fasilitator Sistem MY e-Portfolio UTM. |
Mula dirasmikan peringkat Nasional. Beberapa kursus dan bengkel peringkat fakulti dijalankan. |
Sesi akademik 2017-2018 |
UTM JB dan UTM KL |
Perasmian SIstem e-Portfolio Peringkat Nasional. Dirasmikan oleh YP Menteri KPT di UPM pada 26.10.2017 |
3. |
Urusetia Taskforce Semakan Semula Buku Garis Panduan Latihan Industri (LI) |
Diwujudkan bagi menyemak dan menilai semula Garis Panduan LI yang kali terakhir disemak pada tahun 2013 |
Lantikan TNCA untuk tempoh Satu Tahun |
Pejabat Pengajian Prasiswazah |
|
4. |
Taklimat Program Penilaian Pelan Pembangunan Individu (IDP-A) Staf P&P UTM Gred 44 Kump.7 |
IDP Gred 44 wajib dihadiri oleh semua Pegawai P&P UTM |
5.2.2018 |
Dewan Seminar CICT Aras 4, CICT UTM |
Hadir taklimat
|
5. |
Program Penilaian Pelan Pembangunan Individu (IDP-A) Staf P&P UTM Gred 44 Kump.7 |
Menyediakan profile Pembangunan Individu bagi menentukan program latihan yang diperlukan dalam pembangunan kerjaya dan individu staf. |
13-15.2.2018 |
PULAU UTM |
Hadir |