karnival tunas tenis

MIND MAP

REPORTING

Pada 12 November 2019 yang lalu, KO-Q Tenis di bawah olaan Dr Shahrul telah mengadakan satu program yang diberi nama Karnival Tunas Tenis. Ahli jawatankuasa bagi program ni adalah semua pelajar yang berdaftar untuk KO-Q tenis seramai 30orang diketuai oleh Muhammad Ajwad. Daripada 30orang ni kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menyediakan beberapa aktiviti sukaneka yang berkaitan dengan tenis dan sesuai kepada pelajar tahun satu. Setiap kumpulan dibahagi kepada 10 orang dan diminta untuk menyediakan tiga aktiviti sukaneka yang sesuai. Pada mulanya kumpulan saya menyediakan tiga aktiviti sukaneka termasuk "dodgeball", membaling bola ke dalam bakul dan juga memukul bola tenis menggunakan raket tenis ke dalam bakul. Antara sukaneka yang dikendalikan oleh kumpulan lain adalah, mini tenis dan boling menggunakan bola tenis. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tahun satu di Sekolah Kangkar Pulai 2 tentang sukan tenis.  Seperti yang kita tahu, sukan tenis ini amat la terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa tetapi kurang dikenali dalam kalangan pelajar pelajar sekolah rendah kerana kekurangan pendedahan dan juga kurangnya atau tiada padang tenis di kawasan sekolah mahupon di kawasan perumahan kita. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara komuniti UTM dengan sekolah berkenaan. Daripada program ini juga, kami telah berjaya menghasut pihak sekolah untuk memasukkan tenis sebagai salah satu kelab yang ada di sekolah berkenaan. Program kami bermula dengan aktiviti sukaneka bersama pelajar pelajar tahun satu dan setelah selesai aktiviti sukaneka, kami telah menyediakan beberapa padang tenis mini di kawasan sekolah berkenaan.

Kami telah membuat persediaan untuk program ini dalam masa tiga bulan bermula dengan meminta dana untuk program ini seterusnya membahagikan tugas kepada setiap ahli jawatankuasa. Saya telah di beri amanah sebagai ahli jawatankuasa tugas tugas khas bersama seorang lagi kawan saya bernama Haidah. Kami juga telah diarahkan untuk menjadi pengerusi majlis pada majlis penutupan program ini. Sehari sebelum program kami telah ke Sekolah Kangkar Pulai 2 bagi membuat persediaan dan sedikit induksi untuk melihat bagaimana majlis berjalan. Setiap kumpulan menyediakan kawasan dan juga peralatan bagi sukaneka yang disediakan. Dr shahrul mencadangkan untuk semua aktiviti ataupon lebih dipanggil sebagai booth di buat di kawasan indoor kerana dikhuatiri hujan pada hari kejadian tetapi disebabkan had kawasan indoor kumpulan kami terpaksa menjalankan aktiviti kami di kawasan outdoor dan Dr Shahrul telah menasihatkan kami untuk memikir kawasan "backup" sekiranya hujan tetapi kami mengendahkannya dan hanya berdoa supaya hari kejadian cuaca dalam keadaan baik dan tidak hujan.

Pada hari kejadian, kami datang lebih awal bagi memastikan semua peralatan untuk sukaneka cukup seterusnya kami juga menyediakan sistem audio profesional sebagai contoh mikrofon dan pembesar suara bagi memudahkan kami memberi arahan kepada semua pelajar dan seterusnya untuk majlis penutupan. Kami memulakan program kami dengan mengambil kedatangan pelajar dan membahagikan mereka ke beberapa kumpulan.

Pada awal program keadaan sudah tidak terkawal dengan pelajar bising dan tidak mendengar arahan. Kami semua sudah bersiap sedia tentang keadaan ini dan mencuba pelbagai cara bagi mereka mendengar arahan. Setelah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan seterusnya mereka diminta untuk ke booth booth aktiviti yang disediakan. Cuaca sangat baik pada awalnya, tetapi apabila kami mula melakukan aktiviti hujan mula turun. Semua kumpulan tiada masalah kerana semua indoor, hanya kumpulan saya yang menghadapi masalah kerana hujan kerana aktiviti kami lakukan aktiviti di kawasan luar. Ketika itu kami sangat menyesal kerana tidak menyediakan tempat sekiranya hujan. Selain hujan, kami juga menghadapi masalah lain seperti ahli kami tidak mencukupi untuk menjaga setiap booth seperti yang dirancang.  Lima orang dari kumpulan kami terpaksa pulang awal kerana mempunyai ujian pada waktu itu. Jadi kami yang hanya tinggal 5orang terpaksa berfikir bagaimana menyelesaikan semua masalah ini. Jadi kami berkeputusan untuk pecah kepada dua aktiviti sahaja seterusnya mencari kawasan yang sesuai untuk melakukan aktiviti sukaneka kami iaitu baling bola tenis ke dalam bakul dan juga memukul bola tenis dan masukkannya ke dalam bakul.

Setelah selesai segala aktiviti, pelajar diberi masa untuk rehat dan selepas itu pelajar diminta untuk berkumpul kembali bagi majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Majlis penutupan dimulakan dengan kata alu aluan pengerusi iaitu saya dan Haidah kemudian diteruskan dengan bacaan doa oleh salah seorang daripada ahli jawatankuasa kami. Seterusnya, majlis tersebut diteruskan dengan ucapan dari pengarah program iaitu Ajwad, ucapan dari Dr Shahrul pensyarah penasihat bagi program ini dan akhir sekali ucapan dari guru besar SK Kangkar Pulai 2. Seterusnya penyampaian hadiah kepada semua pelajar dijalankan dan akhir sekali memberi hadiah saguhati kepada pihak sekolah dan diterima oleh guru besar SK Kangkar Pulai 2. Majlis tu berakhir dengan sesi bergambar bersama semua pelajar dan guru besar sekolah tersebut seterusnya kami membantu pelajar pelajar mengagih hadiah mengikut kumpulan. Selain itu kami juga mengumpul “feedback” dari para pelajar dengan bertanya apa perasan mereka sepanjang program. Ramai daripada mereka yang gembira kerana dapat melakukan aktiviti sukaneka ini, ada juga daripada mereka yang mengatakan mereka seronok dan suka akan sukan tenis ini selepas bermain mini tenis. Kebanyakan mereka mengatakan tenis adalah sukan yang menarik dan kalau boleh mahu main lagi. Setelah selesai, kami sambung mengemas semua peralatan yang digunakan kemudian pulang semula ke UTM menaiki bas.

RESPONDING

Sebelum program kami sendiri telah diajar cara untuk bermain tenis. Ia bermula dengan mengenali jenis jenis bola tenis yang ada , seterusnya belajar bagaimana hendak memegang raket dan kemudiannya belajar tentang bagaimana hendak memukul bola. Semua perkara asas tentang tenis kami diajar kerana kebanyakan daripada kami tidak pernah bermain tenis. Perasaan saya sangat teruja untuk belajar sukan baru kerana saya jenis sangat suka bersukan tidak kira apa jenis sukan. Pada hari program kami pula yang mengajar pelajar pelajar bagaimana untuk bermain tenis. Bagaimana hendak memukul bola menggunakan raket, bagaimana hendak mengawal bola semua kami ajarkan kembali kepada mereka melalui aktiviti sukaneka yang kami sediakan untuk mereka. Saya sangat gemuruh pada awalnya kerana saya tidak pernah mengendalikan pelajar tahun satu yang sangat ramai dan bermacam perangai tetapi sewaktu program saya sangat tenang mengawal dan memberi tunjuk ajar kepada mereka kerana kebanyakan mereka mendengar arahan. Ada juga yang degil suka berlari ke sana sini dan ada juga yang bermain hujan ketika itu. Saya sedikit stress dengan pelajar yang begitu jadi saya takutkan mereka dengan memanggil guru yang lalu di kawasan itu dan secara tiba tiba mereka jadi pelajar yang sangat baik dan mendengar arahan. Saya sedikit terhibur dengan bermacam ragam pelajar pelajar sepanjang program itu. Betul la orang kata, kanak kanak ini seperti ubat bagi kedukaan kita. Kita boleh tersenyum dengan melihat ragam mereka sahaja.

 

Sehari sebelum program semasa kami menyediakan kawasan untuk aktiviti, pensyarah kami untuk mencari kawasan yang berbumbung supaya sekiranya hujan kami tidak aka nada masalah. Tetapi kami sangat keras kepala ketika itu dan mengabaikannya dan pada hari program tersebut, cuaca tiba tiba bertukar hujan. Kami terpaksa menukar sukaneka yang kami rancang yang bersesuaian dengan kawasan yang kami pilih. Kami juga terpaksa batalkan dua daripada aktiviti yang kami rancang kerana kekurangan ahli kumpulan pada hari tersebut. Pada ketika itu saya merasakan sangat serabut dengan cuaca hujan dan ahli yang tidak mencukupi. Ketika itu saya sudah rasa sangat tak sukakan program ni. Tetapi selepas berbincang dengan ahli kumpulan akhirnya saya kembali tenang dan meneruskan aktiviti yang kami rancang. Ketika saat itu, saya merasakan ketenangan minda adalah sangat penting ketika berprogram. Selain itu, saya juga merasakan “critical thinking” diperlukan untuk mengatasi keadaan begitu semasa program.

Seterusnya, saya juga telah ditugaskan untuk menjadi pengerusi bagi majlis penutupan bersama sama dengan kawan saya Haidah. Teks ucapan telah disediakan sebelum program lagi, saya juga ada berlatih sikit sikit sebelum program. Saya semestinya gemuruh kerana kali terakhir saya sebagai pengerusi majlis ini adalah pada zaman saya sekolah rendah lagi. Hal ini kerana semasa sekolah rendah saya amatlah berkeyakinan tinggi untuk melakukan apa apa di khalayak ramai. Tetapi sejak meningat ke sekolah menengah saya tidak pernah mempunyai keyakinan diri sendiri untuk melakukan sesuatu di depan khalayak ramai. Jadi, saya mengambil tugas ini sebagai suatu cabaran baru bagi saya. Saya sangat gemuruh pada awalnya sehingga banyak kali tersasul menyebut beberapa perkataan. Ketika sudah selesai majlis saya sangat bersyukur sebab saya dapat habiskan tugas saya sebagai pengerusi dengan jayanya walaupon ada sedikit kekurangan dalam pengacaraan saya.

RELATING

Ketika saya menjadi pengerusi saya teringat saya pernah menjadi pengerusi majlis ketika waktu sekolah rendah. Jadi, apabila saya menjadi pengerusi bagi majlis untuk pelajar tahun satu ini saya merasakan tiada beza pon dengan dulu kerana pendengarnya adalah orang sama. Itulah yang membuatkan membuang rasa gemuruh ketika mengerusi majlis. Tetapi saya tetap rasa sedikit gemuruh kerana ada sebahagian pendengar adalah rakan rakan ahli jawatankuasa saya. Setiap masa saya rasa di perkatakan oleh mereka kerana saya terlalu berfikir. Tetapi saya cuba berfikiran positif supaya saya melakukan tugasan saya dengan baik.

Ketika saya mengendalikan booth aktiviti sukaneka kumpulan saya, saya sedikit tertekan dengan pelajar yang degil sedikit. Ini semua mengingatkan saya ketika menjaga anak saudara atau adik saudara saya di rumah. Mereka semua mungkin tidak mahu dengar arahan kita tapi mereka takutkan mak ayah mereka ataupon haiwan yang ada. Kita sering takutkan mereka dengan “sesuatu” bagi mereka dengar arahan kita. Bagi saya cara ini sangat jahat tapi ketika itu, saya hanya boleh memikirkan cara itu sahaja bagi mereka mendengar arahan. Seterusnya, di zaman kini kanak kanak sering di kenalkan dengan gajet seperti kamera dan telefon bimbit. Saya juga menarik perhatian mereka dengan mengambil gambar dan merekod video mereka. Baru lah mereka mahu melakukan aktiviti dengan baik dan tidak berlari ke sana sini.

 

Saya jenis yang sukakan aktiviti outdoor seperti “hiking” kerana aktiviti ini bukan sahaja menguji ketahanan mental dan fizikal kita, ianya juga banyak mengajar kita erti hidup dan bagaimana untuk berfikir dengan pantas sekiranya sesuatu perkara berlaku. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini tentang masalah cuaca yang hadapi, saya dan ahli kumpulan dapat berfikir dengan cepat bagi menyelesaikan masalah kami. Saya sangat bersyukur saya mendapat ahli kumpulan yang baik dan sentiasa membantu sama lain.

REASONING

Banyak yang saya belajar daripada mengendalikan program ini. Perkara sangat penting dalam sesebuah program adalah komunikasi. Daripada bermulanya perancangan untuk program ini kami perlukan komunikasi daripada semua ahli untuk memilih ketua seterusnya penolong dan juga majlis tertinggi bagi program ini. Bagi saya, saya sangat bersyukur kerana kami memilih seorang ketua yang sangat bertanggungjawab. Walaupon dia seorang yang pemalu tetapi semua arahan yang diberikan sangat jelas dan semua tugas dia lakukan dengan baik. Ketua bagi program ini juga adalah salah seorang daripada ahli kumpulan saya. Dia juga la mengumpul ahli kumpulan ketika kami menghadapi masalah dan berbincang semasa kami. Seterusnya kami dapat menjalan aktiviti kami dengan baik.

Selain itu, saya juga merasakan melakukan kerja dalam keadaan tertekan ini adalah sebuah kemahiran. Contohnya, saya yang pada mulanya tertekan dengan masalah yang dihadapi akhirnya dapat berfikir dengan baik dan seterusnya membantu ahli kumpulan untuk mencari jalan keluar dari masalah kami. Kadang kala perasaan tertekan ini perlu dalam diri seseorang bagi dia bergerak melakukan sesuatu kalau tidak, dia tidak akan merasa hendak melakukan apa apa. Saya boleh kaitkan dengan diri saya sekarang yang terpaksa menyambung pengajian ijazah muda saya secara dalam talian. Saya sentiasa tertekan dengan tugasan yang banyak daripada semua pensyarah. Kerana itulah saya bangun dan seterusnya menyiapkan semua tugasan yang diberikan dan seterusnya merasa lega apabila sudah menyiapkan semua tugasan yang diberikan.

Seterusnya, daripada program ini saya dapat melihat semangat berpasukan dan kepimpinan daripada semua ahli. Walaupon ada dari mereka yang kurang ada sifat “common sense” tapi kebanyakan mereka semua menunjukkan semangat berpasukan yang sangat baik dari awal sehingga berakhirnya program. Tanpa semangat berpasukan dan kepimpinan dari semua ahli, berkemungkinan program ini takkan berjalan dengan baik ataupon mungkin tidak akan pernah berjalan. Selain itu, saya juga sangat bersyukur kerana kami mendapat pensyarah dan seorang jurulatih yang sangat berdedikasi bagi menjayakan program ini. Tanpa mereka kemungkinan juga program kami tidak akan berjaya.

RECONSTRUCTING

Sekiranya saya diberi peluang yang sama di masa hadapan, saya akan melakukan tugasan dengan lebih baik daripada ini. Contohnya, sebagai pengerusi majlis, sekiranya saya diberi peluang saya akan berlatih bersungguh sungguh sebelum majlis berjalan semua teks yang diberikan supaya keyakinan saya semakin bertambah kerana saya yakin saya boleh menyebut semuanya dengan betul. Saya sangat berbesar hati sekiranya di beri peluang mencari pengerusi majlis di mana mana majlis kerana memang minat saya dari kecil untuk mengerusi sebuah majlis. Namun, ketika saya mula meningkat remaja semua keyakinan saya mula pudar.

Seterusnya, jika saya berpeluang mengendalikan program program akan datang,saya akan pastikan mempunyai “backup plan” bagi setiap aktiviti ataupon semua perkara berkaitan dengan program. Hal ini kerana kita tidak pernah tahu apa masalah yang akan berlaku pada masa akan datang. Selain daripada itu, saya juga akan menasihatkan diri saya sendiri dan juga kawan kawan ketika berprogram untuk mendengar cadangan dan nasihat daripada penasihat kita. Hal ini kerana mereka lebih berpengalaman mengendalikan program daripada kita.

Akhir sekali, saya juga ingin mengatakan bahawa kita hendaklah membantu antara satu sama lain dan tidak mementingkan diri dalam sebuah organisasi. Hal ini kerana apabila kita mengadakan program ketika melakukan ini bersama sama dan bukannya berseorangan. Saya juga ingin menegaskan kepada semua ahli supaya tidak mengganggap kerja anda sudah selesai apabila tugas diberikan kepada anda sudah selesai. Anda hendaklah membantu rakan rakan yang lain menyelesaikan tugas mereka supaya kita dapat menyediakan program dengan lebih awal. Selain daripada itu, kita juga dapat merapatkan silaturahim sesama ahli jawatankuasa.

GAMBAR SEMASA PROGRAM

GAMBAR SEMASA PROGRAM

GAMBAR SEMASA PROGRAM