TANGGAPAN AWAL DAN REFLEKSI TERHADAP PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

TANGGAPAN AWAL PELAJAR TERHADAP KURSUS PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI

Kandungan utama

-Pemikiran Sains dan Teknologi menerangkan bagaimana teknologi dapat digunakan dalam kehidupan seharian

Relevansi dengan bidang pengajian

-Relevan. Psikologi bukan sahaja menggunakan pendekatan secara individual tetapi boleh juga menggunakan pendekatan dan kemudahan teknologi

Jangkaan manfaat

-Lebih convenient kerana generasi sekarang lebih menggunakan kemudahan teknologi

Komitmen dan sumbangan anda

-Fokus dan memberikan yang terbaik agar perkembangan teknologi lebih meluas dalam pelbagai bidang dan dapat digunakan dengan lebih efektif

REFLEKSI TERHADAP PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Pada akhir semester satu ini, pendidikan sains dan teknologi telah memberi banyak manfaat dan pendedahan tentang perkembangan teknologi yang berlaku dari tamadun awal sehingga zaman sekarang ini. Melalui pembelajaran subjek ini juga, saya dapat pendedahan tentang kemajuan teknologi yang menyumbang kepada kemudahan dalam sistem pengangkutan, perhubungan dan komunikasi, pertanian, sistem mata wang dan banyak lagi.

Pada pendapat saya, subjek pendidikan sains dan teknologi ini amatlah relevan dipraktikkan dan diajar di semua universiti seluruh Malaysia untuk memberi pengetahuan, pendedahan dan informasi tentang perkembangan yang berlaku pada era dahulu sehingga sekarang. Pendidikan sains dan teknologi juga memberi dorongan kepada golongan mahasiswa untuk menjadi seorang individu yang lebih inovatif dan dapat menghasilkan sesuatu teknologi yang dapat memberi kemudahan dan kesenangan kepada generasi akan datang.

Pada pendapat saya, pendidikan sains dan teknologi ini membantu mahasiswa dan generasi akan datang untuk bergerak lebih ke hadapan dan membina negara ke arah yang lebih maju dengan kemajuan teknolgi yang lebih canggih lagi. Jika kita lihat perkembangan dari tamadun awal sehingga sekarang juga terjadi adalah disebabkan dengan kemajuan teknologi yang semakin lama semakin berkembang sehingga menjadikan era kita sekarang ini tidaklah kebelakang seperti tamadun dahulu lagi.

Sepanjang pembelajaran subjek ini juga saya telah memberi sepenuh komitmen dan sumbangan saya untuk memberikan yang terbaik terhadap aktiviti dan tugasan yang telah diberikan. Saya berharap subjek pendidikan sains dan teknologi ini dapat diteruskan lagi sehingga batch akan datang kerana kemajuan dari segi teknologi tidak akan pernah habis melalui zaman dari masa ke semasa.