STRATEGI MEET AND MINGLE (STREAM)
RSS
DATE : 3 NOVEMBER 2020 (TUESDAY)
TIME : 2.00PM - 4.00PM
VENUE/ PLATFORM : CISCO WEBEX
ROLE : COMMITTEE MEMBER
ORGANIZER : STRATEGI CLUB
Mini Report:
Pada 3 November 2020, Kelab Strategi telah mengadakan Program Strategi Meet & Mingle (STREAM). Program ini adalah salah satu program ‘First Year Experience’ yang merupakan program wajib bagi pelajar tahun 1. Program ini dijalankan oada hari selasa dimana pada waktu aktiviti kokurikulum dijalankan. Disebabkan COVID-19, program ini terpaksa dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan Cisco Webex. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengenali dan mengeratkan hubungan antara pelajar tahun 1,2,3 dengan ahli jawatankuasa bagi Kelab Strategi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan peraturan dan polisi bagi Fakulti Azman Hashim serta memberi peluang kepada pelajar tahun 1 untuk bertanya sebarang soalan yang menjadi kemusykilan memandang mereka tidak dapat pulang ke kampus bagi sesi pembelajaran. Atribut graduan yang saya dapat daripada program ialah kemahiran kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan memandang kan saya berperanan sebagai salah seorang ahli jawatankuasa program tersebut.
Self Reflection:
Program ini dijalankan atas usaha semua ahli jawatnkuasa Kelab Strategi dimana semua ahli bekerjasama dalam memastikan program berjalan lancar. Acara dan persediaan yang rapi telah dilakukan sebelum program ini dijalankan. Input/Maklumat yang bermanfaat juga dapat diperolehi oleh semua pelajar yang menyertai program ini. Ini kerana program ini menjemput salah seorang alumni bagi Fakulti Azman Hashim Business School iaitu saudara Ngang Jin Ming untuk berkongsi pengalaman dan berkongsi tip-tip untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan pandai menguruskan masa. Daripada program ini, para pelajar dapat memperoleh ilmu baharu yang bermanfaat dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Selepas program selesai, posmortem dijalankan dan semua ahli jawatakuasa berkongsi masalah dan kesukaran yang dihadapi sepanjang program dijalankan dan menambah baik bagi program akan datang. Oleh itu, program ini sangat memberikan impak yang postitf bukan sahaja pada diri saya malahan kepada semua pelajar yang menyertai program kami.