TUGASAN 1 (e-portfolio)
Apakah tanggapan anda terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi dari sudut:
- Kandungan utama
Sains dan teknologi telah berkembang seiring dengan corak pembangunan tamadun manusia di alam semesta ini. Sejarah tamadun manusia memerlukan usaha manifestasi nilai dalam skop perspektif mereka sendiri. Kenyataan di atas boleh dibuktikan dengan sandaran yang kukuh dengan maksud sains dan teknologi itu sendiri, ia adalah nilai-nilai dan termasuklah pandangan budaya yang dibentuk oleh manusia itu sendiri. Sains dan teknologi telah berkembang dengan cara yang teratur berdasarkan objektif kajian sainstifik. Inovasi dan perciptaan sains dan teknologi dipergaruhi oleh epistemologi dan metodologi.
2. Relevansi dengan bidang pengajian
Pendidikan seharusnya berkembang selaras dengan perkembangan teknologi. Kaedah pembelajaran tradisional perlu dimodenkan dan sebaik mungkin sejurus munuju ke arah penggunaan teknologi sebagai satu media pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan antara kurikulum dengan aspek teknologi adalah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi.
3. Jangkaan manfaat
Kegagalan memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi dalam melaksanakan mandat rakyat ianya akan menyumbang kepada kegagalan sesebuah kerajaan, masyarakat dan negara.
Dalam usaha kearah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi, membangunkan sains dan teknologi menjadi agenda penting dengan tumpuan menerokai pendekatan kreatif dan inovatif bagi memimpin Malaysia menghadapi cabaran ekonomi baharu.
Walaupun biang sains dan teknologi berkembang pesat, ramai yang gagal memanfaatkan untuk memajukan bangsa, agama dan negara.
“ Kita tidak berfikir secara sainstifik. Kita malas berfikir dan kadang-kadang berhenti berfikir. Kita memisahkan sains daripada dasar kita. Kita menjauhkan teknologi sebagai instrument terbaik memajukan masyarakat ” kata-kata daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bekas timbalan perdana menteri Malaysia.
4. Komitmen dan sumbangan
Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia, di samping memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi banyak manfaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan.
Penyelidikan dalam bidang sains menghasilkan banyak penciptaan dan penemuan baru untuk membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah, cepat dan selesa. Manafaat yang diperolehi oleh manusia melalui sains menggalakkan lagi lebih banyak penemuan baru dicipta ataupun diperolehi.