EMF FUN RUN
RSS
Maklumat ringkas program : Meningkatkan kesedaran sayang akan haiwan dalam diri peserta
Tarikh : 6 Mac 2020
Tempat : Stadium Azman Hashim, UTM
Penganjur : Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik
Jawatan : Pengarah
1) Mini Report
EMF ( Endangered in Malaysian Forest) FUN RUN merupakan satu program larian yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Kerjuruteraan Elektirk ( JURUTEK ) pada 6 Mac 2020 bertempat di Stadium Azman Hashim, UTM. Larian ini bertujuan untuk menekan kan kepentingan menjaga haiwan haiwan diancam kepupusan. Sebahagian daripada yuran penyertaan peserta telah disumbangkan kepada pihak PERHILITAN. Melalui program ini, kami berjaya mengutip sebanyak RM1000 dan disumbangkan kepada pihakn perhilitan bagi membantu dalam memastikan kelangsungan hidup haiwan terancam di negara kita. Program ini berjaya menarik lebih kurang 500 orang peserta melibatkan pelajar UTM dan orang awam
2) Self reflections
Melalui program ini, saya telah dilantik oleh JURUTEK untuk menyandang jawatan pengarah program. Walaupun ini bukanlah program pertama saya, tetapi program kali ini merupakan antara program yang paling mencabar bagi saya. Walaubagaimanapun, banyak saya perolehi daripada program ini. Ilmu yang saya perolehi dari program ini akan saya bawa untuk program seterusnya agar program selepas ini dapat dijalankan dengan lebih baik. Secara keseluruhan, saya sangat berpuas sepanjang menyertai program ini.