SUKAN FAKULTI ELEKTRIKAL

Sukan Fakulti Elektrikal juga merupakan sukan tahunan yang diadakan setiap tahun mengikut fakulti masing-masing.Jadi bagi sukan ini lebih kurang seperti Sukan Antara Mahsiswa(SUKAM) cuma dalam skala yang lebih kecik.

Bagi sukan fakulti ini pula saya menyertai sukan dalam kategori futsal.Pasukan saya berdasarkan pasukan yang kami main secara suka-suka pada waktu petang.Ahli pasukan saya kesemuanya terdiri dari budak tahun satu elektrikal.

Jadi untuk pertandingan ini berlangsung selama 2 hari disebabkan faktor cuaca yang tidak menyebelahi dengan sehari untuk peringkat kumpulan dan sehari lagi untuk separuh akhir dan akhir.

Pasukan saya berjaya melayakkan diri ke separuh akhir apabila berada di tempat pertama dalam peringkat kumpulan dengan satu seri dua menang.Alangkah indahnya apabila saya menjaringkan tiga gol untuk pasukan saya dalam peringkat separuh akhir apabila kami berlawan dengan pasukan kegemaran untuk menang dan seterusnya melayakkan kami untuk ke peringkat akhir.

Amat terkejut apabila di peringkat akhir kedua dua pasukan adalah pasukan tahun satu.Dan keputusan adalah dengan pasukan saya berjaya menjadi johan.Dan majlis penyampaian hadiah dijalankan pada hari lain yang bertempat di S01 KTC pada waktu malam.

 

Image

60C34D1F-38FF-4276-824A-3EE5281B57B3.png
Details

Image

Details

Image