Sukan Antara Mahasiswa (SUKAM)

Sukan Antara Mahasiswa julang kalinya diadakan setiap tahun yang bertempat di Universiti Teknologi Malaysia.Ianya merupakan sukan tahunan yang sudah dilakukan untuk sekian lama dan menjadi tradisi.SUKAM ini merupakan pertandingan antara kolej-kolej yang terdapat dalam UTM dan pelbagai jenis sukan dipertandingkan termasuklah ragbi,futsal dan lain-lain.

Saya terpilih mewakili Kolej Tunku Canselor untuk sukan Ragbi.Perlawanan untuk sukan ragbi bertempat di padang utama UTM berhadapan bangunan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.Bermula dari pagi hingga ke petang.

Terdapat beberapa sesi latihan yang dijalankan sebelum hari perlawanan.Sayangnya kumpulan saya tidak pergi jauh kerana tersekat di bahagian kumpulan saja.Hal ini disebabkan beberapa perkara seperti tidak mempunyai pemain yang cukup kerana ada yang tidak menghadirkan diri.