Program Pertandingan Penalti(KOKO)
Pada 2018 Sem 1,saya menyertai program kokurikulum kepegawaian sukan bola sepak di UTM.Program ini diadakan bagi memberi pengetahuan tentang cara-cara mengadili perlawanan kepada sesiapa yang berminat.Info yang diberi berpecah kepada dua cara sama ada teori dan fizikal.
Bagi secara teori ianya hanya dilakukan dalam kelas yang bertempat di N24.Kelas ini diadakan untuk mengajar tentang undang2 dalam bola sepak dan juga maklumat asas seperti luas padang,luas tiang gol dan tujuan garisan2 yang terdapat di atas padang bola sepak.Manakala bagi secara fizikal pula para pelajar diwajibkan untuk turun ke padang dan merasai cara2 untuk mengadili sesebuah perlawanan.
Bagi aktiviti yang dijalankan untuk program ini adalah pertandingan sepak penalti yang bertempat di Maktab Rendah Sains Mara Johor Bahru(MRSM JB).Pertandingan ini dapat disertai oleh orang luar dan juga pelajar UTM sendiri.Bagi kami yang merupakan peserta program kepegawaian sukan kami haruslah mengadili setiap perlawanan sepak penalti dengan sendirinya tanpa pertolongan guru pengiring pada hari tersebut.
Pertandingan bermula pada pagi tersebut dengan dua palang gol yang disediakan agar lebih cepat habis.Pertandingan tersebut berlangsung sehingga ke petang dengan saya berserta beberapa orang lain lagi yang mengadili perlawanan akhir tersebut.
Majlis penyampaian hadiah juga diadakan pada hari tersebut dengan semua pemenang membawa pulang wang tunai berserta sijil dan hamper.