REFLEKSI DIRI TENTANG KURSUS PEMIKIRAN SAINS TEKNOLOGI (UHIT 2302-43)

PEMIKIRAN SAINS TEKNOLOGI (UHIT 2302-43)

REFLEKSI DIRI

            Selepas minggu ke-13, perkara yang saya pelajari adalah bukan sahaja tentang teknologi mengikut peredaran zaman tetapi saya juga telah mempelajari tentang sejarah suatu tamadun dan juga negara. Saya juga telah mempelajari tentang tokoh-tokoh mengikut zaman sama ada dalam pendidikan mahupun peperangan. Kursus ini juga mendedahkan tentang sumbangan Islam dalam semua bidang. Pada tanggapan awal, saya hanya menganggap kursus ini adalah tentang tekonologi semata-mata tetapi kursus ini meningkatkan lagi pengetahuan am saya dalam sejarah.

            Semasa membuat tugasan secara berkumpulan, saya memperoleh banyak manfaat. Antaranya ialah kerjasama antara rakan-rakan kumpulan. Saya juga dapat menyumbangkan idea-idea yang kreatif melalui tugasan ini. Video yang dibuat juga telah menjadikan saya semakin mahir menggunakan IT. Semasa pembentangan, saya dapat meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap di hadapan pelajar lain.

            Bagi tugasan individu sepeti forum, saya memperoleh pengetahuan tentang tajuk tugasan yang diberikan kerana dari tugasan tersebut saya akan membuat sedikit penyelidikan tentang tajuk tersebut dan memperoleh pelbagai perkara baharu. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami apa itu ‘Deep Web’ dan ‘Robot Humanoid’. Melalui video dan filem tentang tugasan tersebut, banyak perkara yang saya belajar. Oleh itu, saya belajar banyak perkara baharu dalam kursus ini dan dapat meningkatkan kemahiran saya dalam IT.